Wednesday, June 11, 2014

Inilah Sebabnya Kenapa Pengundi Muda Suka Sokong Tan Sri Khalid Ibrahim

Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu sistem telekomunikasi yang menyeluruh bagi kegunaan penduduk Selangor tidak lama lagi.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan membentangkan rancangan itu kepada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam tempoh terdekat. Katanya, ketika ini, pihaknya kini dalam pengubahsuaian kertas kerja rancangan itu.
“Kita akan jemput mereka ini dan pihak yang terbabit sedikit masa lagi untuk mendengar taklimat rancangan dari pihak Kerajaan Negeri.
“Kertas kerja sudah siap tetapi kita ambil masa sedikit untuk selesaikan perlaksanaannya sebelum sistem itu dilakukan,” katanya dalam rumusan Majlis Dialog Belanjawan negeri 2015, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.
Teknologi terkini terbabit ialah Optical Distribution Antenna System (ODAS) iaitu telekomunikasi 4G yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor.
Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri selaku pembuat undang-undang perlu membuat satu dasar tertentu.
Katanya, polisi ini akan memberi kemudahan Wifi percuma kepada rakyat seterusnya menjana pendapatan kepada kerajaan melalui sewaan binaan telekomunikasi.
“Sekiranya ia dilaksanakan, ia akan memberi perkhidmatan Wifi percuma kepada rakyat Selangor termasuk Kamera Litar Tertutup (CCTV),” katanya.

No comments:

Post a Comment