Gambar di atas dirakamkan oleh wartawan TV9 di Johor, Zulhazri Abu Bakar sewaktu
menyertai operasi bersama kakitangan Jabatan Imigresen Johor.
Majoriti
wartawan serta jurugambar terbabit membuat liputan kes jenayah selalunya
sudah amat lali melihat keadaan seperti gambar di atas.
Tatkala pusat
urut diserbu oleh pihak berkuasa, sebilangan tukang urut wanita
kelam-kabut mencari seluar dalam dan coli sendiri. Tidak hairan jika
seluar dalam itu tersepit.
Jika benar
mereka hanya mengurut pelanggan, mengapakah perlu berbogel? Jawabannya
mudah. Ramai tukang urut wanita warga asing menawarkan kaedah urutan
badan ke badan atau 'body to body massage'
Maksudnya, mereka
'mengurut' pelanggan lelaki menggunakan tubuh termasuk buah dada dan
celah kelangkang. Bayaran dikenakan mungkin sedikit tinggi tetapi telah
dipersetujui sejak dari awal oleh kedua belah pihak.
Bayaran
untuk mengurut tubuh pelanggan lelaki barangkali tidak seberapa tetapi
menjadi lebih lumayan andai pekhidmatan seks turut ditawarkan.
Sebelum ini,
premis menawarkan perkhidmatan mengurut dibanjiri oleh gadis Indonesia
namun kebelakangan ini, senario itu berubah. Gadis China dan Vietnam
mengambil alih tempat mereka.
Dibandingkan
dengan gadis Indonesia, lazimnya, tukang urut berasal dari China dan
Vietnam tidak memahami bahasa Melayu dan majoriti mereka tidak memiliki
kemahiran mengurut.
Apapun kemahiran berkomunikasi dalam bahasa
tempatan, bukan satu tuntutan dalam kerjaya mereka. Asalkan kehendak
pelanggan dipenuhi, tugas selesai dan mereka menerima imbuhan.
Hemat
saya, mereka tidak berhasrat untuk menetap di Malaysia buat selamanya,
sebaik simpanan mencukupi, mereka kembali ke negara asal sambil
tersenyum
Bersama Mazidul...
No comments:
Post a Comment