Friday, December 10, 2010

SELCAT Kenapa Tak Siasat Ahli Majlis Ini..???

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) digesa menyiasat dakwaan mengenai seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) terlibat dalam pelbagai kes penipuan dan tidak diambil tindakan.

Anggota Parlimen bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong berkata Selcat perlu mengambil tindakan ke atas anggota DAP itu sebagai membuktikan ketelusan yang dilaungkan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Selangor selama ini.

Anggota DAP itu didakwa begitu berkuasa dan berpengaruh di Selangor sehingga tiada tindakan diambil terhadapnya walaupun pelbagai aduan telah dibuat, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau percaya ahli MPKJ itu terlibat dalam banyak kes penipuan membabitkan pemberian beberapa projek tetapi dilindungi oleh pemimpin atasan parti sehingga Jawatankuasa Disiplin DAP serta kerajaan pakatan pembangkang Selangor gagal mengambil tindakan terhadapnya.

"Pakatan pembangkang di Selangor sering memperjuangkan soal keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan tetapi projek banyak diberikan kepada kroni sendiri.

"Saya tahu individu terbabit mempunyai sokongan padu daripada seorang pemimpin kanan DAP, mungkin sebab itu tiada tindakan dapat diambil ke atasnya," katanya yang turut menggesa pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.

Blog Lawyer Garang ; Kalau semua salah silap BN bukan main laju lagi DAP, PKR, dengan PAS buat kecoh! Sibuk nak table dalam Parlimen, kalau tak dilayan protes pulak...

Kenaper pengundi kat Selangor susah nak percaye leaders dari Pakatan pun boleh makan rasuah, mereka pun manusia biaser jugak ade nafsu, especially kalau dah ade kuasa dalam tangan..!


3 comments:

  1. alasan yg biasa keluar dari mulut2 juak2 PR adalah.. "dulu BN boleh buat.. boleh makan rasuah.. kenapa sekarang bising bila PR lakukan"!! hahaha... tang PR semua halal!!!...

    ReplyDelete
  2. memang betul..geram bila baca... klau BN kemain lagi... riuh satu dunia...

    ReplyDelete