Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya ketika ditemui sama ada bersedia
menjadi calon mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata,
sebagai orang yang telah dididik oleh Abdul Taib, beliau akur dan
sentiasa bersedia jika diperlukan.
"Sebagai orang yang dididik oleh Abdul Taib selama ini, saya sentiasa
akur dan taat kepada apa sahaja arahan beliau termasuk saya sendiri ke
Perlis enam tahun lalu pun adalah atas arahan beliau sendiri.
"Maka saya sentiasa ingin menyumbang sebagai mana beliau mahu menyumbang kepada negeri dan negara," jelasnya.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, soal
calon dibincangkan oleh peringkat tertinggi PBB dan bukan tempatnya
bagi memberi lebih penjelasan.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud
akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas
meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat ini.
Pada 12 Februari lalu, Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan
sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Februari dan akan digantikan oleh
Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu.
No comments:
Post a Comment