Babak terlalu intim termasuk aksi berpelukan antara pelakon, Erra
Fazira dan Awie dijangka digugurkan dalam persembahan Konsert Teaterikal
Suara Kita yang akan berlangsung di Istana Budaya di sini pada 3 hingga
9 Mac ini.
Pengarah konsert itu, Erma Fatima menegaskan babak intim termasuk
aksi berpelukan membabitkan kedua pelakon tersebut digugurkan daripada
pementasan bagi menghormati status terkini Erra.
Menurut Erma, 46, perkara tersebut dilakukan selepas mendapat
permintaan Erra yang tidak mahu ia menjadi isu memandangkan dia masih
dalam edah selepas bercerai dengan Engku Emran pada minggu lalu.
“Pada mulanya, saya memang ada merancang untuk memaparkan babak intim
seperti dalam filem lakonan mereka dahulu, tetapi setelah perbincangan
dibuat, Erra meminta agar tidak melakukannya dan saya menghormati
permintaannya itu.
“Sebagai seorang pengarah saya tidak mahu mencemarkan nama baiknya
serta enggan perkara sebegini menjadi terlalu kecoh dan diperbesarkan
oleh orang ramai. Jadi, yang akan dipaparkan nanti sekadar babak mesra
yang tidak melampau,” ujarnya ketika ditemui semasa sesi latihan konsert
berkenaan.
Erma berkata demikian ketika mengulas mengenai gambar Erra dan Awie
berpelukan yang disiarkan kelmarin dalam akhbar Utusan Malaysia ketika
menjalani latihan pementasan teater berkenaan.
Sementara itu, Erra, 40, yang turut ditemui berkata, dia juga risau
dengan perkara tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti dan ia perlu
diambil kira memandangkan statusnya sekarang ini.
Ujarnya, dia merasakan adalah tidak bersesuaian sekiranya ada babak antara dia dengan Awie yang terlalu intim dan berlebihan.
Kosmo! semalam melaporkan pendakwah bebas, Mohd. Fauzi Mustaffa
berkata, Erra perlu mengikuti batas seperti seorang isteri dan mematuhi
hukum tertentu sepanjang tempoh edah seperti tidak dibenarkan keluar
rumah kecuali dengan keizinan bekas suaminya itu
No comments:
Post a Comment