Friday, September 7, 2012

SERAH DIRI - Ah Moi Ditemani Pimpinan DAP..., Muhammad Ammar Tunjuk Bontot Seorang Diri....!

Padan muka kau setannn...!!

Mak bapak kau mengharap dengan segunung harapan agar kau, Muhammad Ammar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, belajar di kolej.

TETAPI, sayang seribu kali sayang..., otak kau minda kau sudah diliwat dengan fahaman jahat juak juak murahan Pembangkang. Hilang nilai sivik dan tidak ada pengertian patriotisme langsung, terjebak dengan aktiviti bodoh paling sial..!

Buat Ah Moi part time modelling dibawah ini kita tak perlu kaget dan heran dengan tindakannya memijak-mijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib..

Semangat kebencian kaumnya terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional sedang ejakulasi...! Seperti seorang lelaki yang klimaks mahu memancutkan anunya...

HEBAAAT...! Wanita muda ini tak perlu gentar.., tak perlu tutup mukanya seperti yang dilakukan oleh Muhammad Ammar.

Rasa lega sebab mendapat perlindungan pimpinan DAP yang sememangnya chauvanist terhadap bangsa melayu.

Bagaimana pula nasib anak melayu dibawah ini...?


Mana pergi loyerr loyerr buruk penyapu buruk PAS..? Kenapa anak muda ini keseorangan sahaja..??

Bukankah tindakan menunjukkan bontot yang Muhammad Ammar lakukan itu ditujukan khas buat musuh ketat PKR dan PAS..?

Kenapa tidak ada mana mana juak juak murahan pimpinan PKR dan PAS khususnya orang melayu mahu memberikan sokongan kepada anak muda ini..?

Apakah pimpinan melayu PKR dan PAS kecut telor kerana akan dilabelkan sebagai tidak ada semangat patriotisme cintakan keamanan dan menghormati pemimpin...??

Yang nyata dan jelas ialah, anak muda bernama Muhammad Ammar ini sudah terkena beb! Terkena getah yang lekitnya seperti air mani Anwar Ibrahim bertakung dalam kondom sewaktu membalun China Doll sepertimana yang kita saksikan dalam video yang tersebar luas suatu ketika dulu.

Padan muka kau setaaaaannnnnnn @ Muhammad Ammar



Thursday, September 6, 2012

Penilaian Bengong Columnist Harakhdaily..! Abby Abadi Lebih Mulia Dari Ustaz Fathul Bahri


Penulisan Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.


Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

KANTOI..! Kalau Khalid Jemput Sultan Selangor..., Tak Dapatlah Anwar Jadi TETAMU Utama

Menteri Besar Selangor Khalid Gagap pada mulanya menyatakan bukan amalan kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan ke acara sambutan kemerdekaan peringkat negeri...

Namun setelah menyedari kesilapannya, beliau dan konco-konconya menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang tidak menjemput Tuanku.

Alasan awal Khalid Gagap ini mendedahkan niat sebenar beliau untuk tidak menjemput Tuanku. Ini kerana kehadiran Tuanku akan menyebabkan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi tetamu utama malam tersebut.

Saya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri mahukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama...., baca seterusnya, klik SINI

Wednesday, September 5, 2012

Tan Sri Khalid Digesa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjadi 'anak jantan' dan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengetepikan baginda dan institusi diraja semata-mata untuk melayani pemimpin politik pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri Selangor, Khamis lalu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dan bukannya mencari jalan mudah dengan mengalihkan kesalahan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negerinya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai kerajaan negeri lain.

"Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin diminta berhenti menuding jari kepada orang lain dan mengaku kesilapan kerajaan negeri dalam isu mengetepi baginda semasa sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor itu.

"Abdul Khalid perlu menghadap baginda secepat mungkin dan memohon maaf atau beliau akan berisiko menghantar mesej salah kepada rakyat bahawa tiada masalah mengetepikan sultan," katanya.

Mohd. Zin mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengetepikan sultan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri yang dipetik dalam portal The Malaysian Times hari ini.

Beliau berkata, pakatan pembangkang mendakwa sambutan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan pada malam 30 Ogos lalu hanya sebagai ambang merdeka yang mana sultan tidak perlu dijemput.

"Bagaimanapun, pada malam itu terdapatnya perbarisan oleh 56 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan negeri. Jika dikatakan sebagai sambutan ambang merdeka, hanya pertunjukan bunga api tanpa sebarang perbarisan.

"Sehubungan itu, pendirian pakatan pembangkang bahawa tidak menjemput sultan kerana bukan sambutan Hari Kemerdekaan itu adalah tidak relevan.

"Keputusan Abdul Khalid mengelakkan dirinya daripada isu ini mencerminkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.

Menurut sumber, keputusan menjemput Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu terhormat pada sambutan itu adalah oleh Majlis Eksekutif negeri.

Amboii..! Semakin Intim Dan Mesra.., Abby Abadi & Yb Sri Muda Pkr Serah Beras, Kuih Raya Kepada Fakir Miskin Dan Ibu Tunggal

Pada 15 Ogos lalu, sekitar jam 6.30 petang, Adun Sri Muda Yb Shuhaimi bersama penyanyi dan pelakon terkenal yang baru-baru ini menyertai Pas, Abby Abadi telah menyerahkan beras dan kuih raya kepada keluarga fakir miskin dan ibu tunggal.

Mereka menyampaikan sumbangan beras dan kuih muih kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim di Madrasah At-Taqwa, Seksyen 25, Shah Alam.

Selepas majlis berbuka puasa bersama-sama semua penerima secara sederhana tapi meriah, mereka bersolat mahgrib berjemaah

Bila Pulak Anwar Ibrahim & Dap Nak Ambek Tindakan Kat Nik Aziz...??



Tuesday, September 4, 2012

Blogger Umno - Rbf Online Dibelasah 4 Lelaki...! Kisah Sebenar

Kisah benar yang diceritakan sendiri oleh Blogger Rbf Online..., klik SINI

Pelajar Tahfiz Tak Mahu Bersalaman Dengan Rosmah….? FITNAH Atau Fakta….?

Sudah menjadi darah daging juak juak murahan ahlol ahlol tolol Pakatan Pembangkang mereka hanya tahu menabur fitnah….

Terbaru…, sasaran masih tetap ditujukan kepada isteri YAB PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor! Blog pro Pakatan Haram Jadah memaparkan gambar yang menunjukkan beberapa pelajar Tahfiz seolah-olah tidak mahu bersalam dengan Rosmah. Rakaman dalam majlis jamuan Hari Raya Datuk Seri Noh Omar di Dewan PKNS Kelana Jaya minggu lepas.

Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada rakaman penuh ketika Rosmah bersalaman dengan tetamu yang hadir… Juak juak murahan blogger upahan Pakatan Haram Jadah tidak menyiarkan rakaman penuh!

Gambar di dibawah ini pula jelas menunjukkan situasi sebenar yang berlaku pada Majlis tersebut. Pelajar-pelajar tahfiz yang turut serta hadir di Rumah Terbuka Menteri berkenaan bersalaman dengan Isteri Perdana Menteri sebagai tanda menghormati status beliau selaku isteri Pemimpin Negara.

Oleh itu, adalah kurang tepat jika persepsi awal dikeluarkan dari mana-mana pihak tanpa sebarang rujukan dan fakta sebenar apatah lagi menggunakan sumber gambar dari pihak yang tidak berkaitan.

Harakahdaily mahupun tabloid Harakah merupakan portal PAS sama tidak bermoral dan corak pemberitaan yang tidak beretika sepertimana Malaysiakini dan media Pembangkang lain.

Malah mereka ini juga dilihat sebagai satu pasukan yang cukup berani melemparkan fitnah serta sambung menyambung laporan –laporan dusta dalam media mereka masing-masing.

Portal PAS ini barangkali berguru dengan `pemberita-pemberita bajingan’ dari portal Malaysiakini yang jelas menunjukkan wajah bahawa mereka adalah pendokong ataupun inspirasi kepada gerakan pembangkang dalam negara ini.

Sebagai sebuah akhbar ataupun portal milik parti PAS dan menjadi dasar parti itu sekarang untuk menyokong sebarang fitnah serta melestarikan fitnah-fitnah itu...!

Baca seterusnya..., klik sini

Sunday, September 2, 2012

Kisah Pimpinan PAS Kahwin Cina Buta


Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut:

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua. BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil. Tetapi, tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan. Ada kemungkinan ia terjadi begini:

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.

Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu....!

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.

DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.

Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.

Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini...?

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang...?

Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Saturday, September 1, 2012

Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol

Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.

Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.

Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.

Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.

Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.

Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut.

Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.

Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.

Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan/Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan) Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai.

Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.

Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.

Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS.

Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya".

Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.

Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah.

Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.

Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain?

Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut.

PELIK..!! Anwar Jadi Bingung Dengan Perubahan Sikap Nurul Izzah

Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

Noh Omar Kata " Yb Ng Suee Lim Tak Bijak.., Bercakap Macam Orang Mabuk...!"