Sunday, April 21, 2013

Khalid Gereja Dah Gila...! Mengamuk Sakan Apabila Penyokong Pakatan SENYAP Sewaktu Namanya Diumumkan

Pagi tadi di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam, Khalid Gereja buat gila...!

Sewaktu nama Zulkifli Nordin diumumkan sebagai wakil BN untuk kerusi Parlimen Shah Alam, sorakan dan tepukan gemuruh dari kumpulan penyokong penyokong BN, gegak gempita jadinya.

Malang sungguh nasib wakil Parti Ada Spender ini, apabila nama Khalid Gereja diumumkan, penyokong Pakatan Pembangkang senyap, langsung tidak memberikan sokongan dan sorakan....

Khalid Gereja mengamuk...! Dia salahkan pihak SPR dan MBSA kerana katanya kedudukan kumpulan penyokong Pakatan tidak membolehkan mereka dengar sebarang pengumuman. Wakil Parti Ada Spender ini mengugut mahu pergi sendiri memanggil penyokong Pembangkang untuk datang menghampiri lebih dekat ke kawasan Dewan MBSA.

Betapa bodohnya Khalid Gereja cuba mempersoalkan tugas pihak keselamatan yang sudah membuat ketetapan bahawa kedudukan penyokong harus berada jarak 50 meter dari pintu pagar utama dewan.

Tindakan Khalid tidak dipedulikan oleh dua calon calon PKR yang lain,iaitu Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail. Malah, wakil calon kepada Rodziah [berbaju melayu kelabu] pada foto dibawah ni menghalang Khalid Gereja daripada meneruskan perbuatan memalukan....

Alangkah bertambah malunya Khalid Gereja....!

Sewaktu nama kedua-dua calon PKR diumumkan, penyokong penyokong Pembangkang bersorak dan bertepuk tangan...

Secara kesimpulannya, apabila nama Zul Nordin, Ahmad Nawawi dan Ustaz Yusof Din bagi pihak BN diumumkan mendapat sokongan penyokong. Begitulah juga apabila nama calon calon PKR disebut, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail turut sama mendapat sorakan serta tepukan penyokong.

Maka hakikatnya, penyokong Pembangkang TIDAK mahu menerima Khalid Gereja sebagai calon mereka


1 comment:

  1. Itulah tanda awal Khalid Samad akan tumbang di Shah Alam. Bukan orang sabotaj pun, dia sendiri yang tunjuk perangai sombong, bongkak, angkuh. Budak kecil pun tahu itu kelakuan sombong.......

    ReplyDelete