Friday, March 23, 2012

LAWAK Bengong Makcik Baru Balik Bertapa Kat Gua..., Tiba2 Geli Nak Jadi Ketua...!!

Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim melalak lagi. Selama ini, dia sendiri entah ke mana hilang, alih-alih bila Ketua Wanita UMNO sedang ditekan dengan hebatnya, maka Kamilia dah jadi macam pucuk enau dalam belukar.

Kamilia mempersoalkan akar umbi yang menggelarkan WANITA UMNO sebagai lembu. Dia malulah kononnya sehingga perlu mendesak Shahrizat melepaskan jawatannya selaku Ketua Wanita pula selepas tidak menyambung tugas selaku Menteri.

Agak aneh tindakan Naib Ketua Wanita UMNO itu. Kelibatnya pada siri PRK langsung tidak kelihatan, tetapi tanpa segan silu, dia berani pula mempersoalkan Shahrizat Jalil. Malah Kamilia sendiri dikatakan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO yang paling tidak bekerja sepanjang sejarah kewujudan Wanita UMNO...!!

Rasa-rasanya tak perlulah dihuraikan siapakah yang dimaksudkan oleh Kamilia Ibrahim sebagai AKAR UMBI kerana ramai yang tahu apa kepentingan dan keperluan Kamilia Ibrahim dalam hal ini.

Bukankah lebih baik sekiranya Kamilia Ibrahim berusaha menunjukkan bakatnya bekerja untuk UMNO berbanding mencari jalan mempopularkan diri sendiri dalam politik UMNO. Kamilia sendiri sudah pasti sangatkah Kuala Kangsar akan memilihnya?

The Flying Kick

No comments:

Post a Comment