Kesian Faekah Hussin....
Ketika usul pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Khalid Ibrahim gagal mendapat majoriti 2/3, sekaligus meranapkan harapannya untuk menjadi 'sultan' baru di Selangor. Temberang dan tembelang Pakatan DAP-PKR di Selangor, telah pecah. Faekah Hussin melihat peluang ini untuk menaikkan semula namanya.
Apabila Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor menyatakan, Khalid Ibrahim wajar meletakkan jawatan kerana gagal memperolehi sokongan dua pertiga untuk pindaan enakmen itu, Faekah Hussin melihat ruang yang sangat baik untuk dirinya.
Dia segera membidas Muhyiddin Yassin dan Noh Omar dengan menyatakan kedua-dua pemimpin UMNO itu sebagai bodoh dan jahil kerana mengusulkan agar Khalid meletak jawatan. Katanya, sungguhpun Khalid tidak mempunyai majoriti dua pertiga tetapi dia mendapat sokongan 34 daripada 55 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Faekah Hussin segera mengingatkan tentang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan ketua kerajaan hanya hilang kelayakan apabila hilang sokongan majoriti.
Ketika usul hendak dibentangkan, Faekah Hussin juga merupakan antara orang yang sibuk ke sana ke mari memberikan penjelasan dan mengajak rakyat menyokong usul tersebut. Sekalipun memang jelas, usul tersebut tidak akan dapat diluluskan kerana majoriti yang diperlukan oleh Pakatan DAP-PKR.
Kegagalan Pakatan DAP-PKR begitu menghinakan. Pakatan DAP-PKR gagal kerana mereka tidak pernah berniat pun untuk meningkatkan kuasa sultan sebagaimana yang diperkatakan, sebaliknya tujuan mereka hanyalah untuk membesarkan kuasa menteri besar. Motifnya mudah, dalam keadaan sekarang, Menteri Besar Selangor perlu sentiasa terikat dengan titah perintah sultan. Menteri Besar tidak mampu berbuat apa-apa apabila Sultan telah memberi perkenan. Sedangkan pindaan itu pula menyatakan, segala perkenan sultan hanya boleh diberikan setelah mendapat nasihat daripada Menteri Besar.
Pindaan Perlembagaan 1993, tidak mengurangkan kuasa sultan, tetapi menghalang campurtangan asing ke dalam institusi kesultanan yang menyebabkan imej dan peranan sultan dipergunakan oleh pihak tertentu. Pindaan 1993 juga memberikan kuasa absolute kepada sultan tanpa memberi kelebihan kepada kerabat dan orang politik yang sering mempergunakan sultan sebelum 1993. Dan pindaan 1993 juga meletakkan sultan dalam satu jalur disiplin yang akan sentiasa memastikan rakyat menghormati institusi kesultanan Melayu.
Itulah sebenarnya yang tidak dimahukan oleh Pakatan DAP-PKR. Mereka memutarbelit pindaan 1993. Mereka mentohmah dengan mengatakan pindaan tersebut telah mengurangkan kuasa sultan, walhal apa yang berlaku di Selangor dan Perak sudah cukup untuk membuktikan ia adalah sebaliknya.
Faekah Hussin sama seperti pemimpin Pakatan DAP-PKR yang lain, yang mengatakan UMNO berdolak-dalih dan sebenarnya pihak yang tidak mahu mendaulatkan kuasa sultan. Faekah Hussin dan para pemimpin Pakatan DAP-PKR tidak pula menerangkan tentang 'sultan yang perlu mendapatkan nasihat daripada Menteri Besar' terlebih dahulu dan penjelasan, kuasa siapa yang dibesarkan menerusi ayat berkenaan.
Temberang dan tembelang Pakatan DAP-PKR telah pecah. Namun atas dasar muka tak tahu malu, hidup dengan penipuan telah menjadi darah daging para pemimpin Pakatan DAP-PKR, terutama sekali PKR yang menjadi anjing kepada DAP.
Artikel yang baik dari Blogger The Flying Kick, click here
The King, his family and U
16 hours ago
Solat isthikharah dulu sebelum pos atau tulis apa-apa atau sokong mana-mana parti
ReplyDelete