Friday, December 11, 2009

AMPUN TUANKU BERIBU RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

11 Disember 2009 – Jumaat
24 Zulhijjah 1431H

DIRGAHAYU KeBawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 64.

Patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kesejahteraan, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat di negeri bertuah ini, AMIN…

Patik turut ingin mempersembahkan bahawa Tuanku merupakan sumber aspirasi seluruh rakyat Negeri Selangor. Titah dan nasihat Tuanku akan sentiasa dijunjung dan disanjung menjadi pedoman rakyat di negeri ini.Semoga negeri yang dicintai ini senantiasa diberikan keamanan, kesejahteraan, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Patik dan seluruh rakyat akan terus mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan orang melayu khususnya dan rakyat Negeri Selangor amnya

DAULAT TUANKU...!
DAULAT TUANKU...!
DAULAT TUANKU...!

No comments:

Post a Comment