Wednesday, January 18, 2012

Komen Tun Mahathir....

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. - BERNAMA

Tuesday, January 17, 2012

Datuk Mustafa Ali Dah Serahkan Nama Pengganti Dr Hasan Ali Kepada MB Tan Sri Khalid....


PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu,” katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

“Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor,” ujarnya lagi.

Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

Monday, January 16, 2012

PARASIT Dalam Pas Punca Mereka Semua Rukuk & Sujud Kepada Pkr & Dap....


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata parti itu telah tunduk kepada tekanan daripada PKR sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti dengan tidak mengikut prosedur.

Sedangkan perbezaan pendapat antara beliau dan pemimpin tertinggi parti berhubung saranan kepada pelajar supaya tidak menyertai perhimpunan 9 Januari itu telahpun "diharmonikan," katanya.

"Saya juga hairan bagaimana PAS boleh tunduk dengan tekanan PKR yang meminta saya dipecat. Apakah PAS sudah hilang maruah diri?

"Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini.

Katanya, saranan beliau itu menimbulkan kemarahan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang kemudiannya meminta pucuk pimpinan PAS supaya segera memecat beliau.

"Keesokan harinya (8 Januari) jawatankuasa PAS pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli PAS tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan saya saya sendiri pun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.

"Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik," katanya lagi.

Tambahnya, beliau sepatutnya diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan bertulis.


Hasan berkata, isu berhubung saranan beliau itu telah "diharmonikan" dalam pertemuan dengan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 27 Disember lalu.

Katanya lagi, Abdul Hadi dalam pertemuan tersebut juga telah memberitahunya bahawa langkah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno tidak melanggar disiplin parti.

Hasan juga mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat pengguguran daripada anggota majlis kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai "tindakan tergesa-gesa."

Bagaimanapun beliau berkata tarikh pengguguran itu bercanggah dengan tarikh pemecatan beliau daripada PAS.

Katanya, beliau masih sah sebagai ahli PAS sehingga minggu pertama bulan Februari.

"Hati saya tertanya, apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya.

"Tindakan tegesa-gesa ini seolah-olah menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan mengganti tempat saya," katanya lagi.

Dato Dr Hasan Ali TAK Akan Merayu....! Pagi Ini Jam 11 Ada Announcement Penting....

Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali menegaskan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya kerana beliau melihat dirinya tidak boleh kekal bersama parti itu.

Hasan yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, perjuangan beliau demi Islam akan dikhianati sekumpulan 'parasit' jika kekal dalam PAS.

Beliau dipecat oleh PAS berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkan kepada Fasal 82 (9) perlembagaan parti.

Bagaimanapun, beliau diberi tempoh sehingga 7 Februari depan untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura.

Pada Jumaat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor membenarkan pemecatan Hasan daripada jawatannya sebagai exco kerajaan negeri itu.

Hasan berkata, terdapat sekumpulan 'parasit' dalam PAs yang tidak menyukainya setiap kali beliau menyuarakan isu berhubung alkohol dan murtad di kalangan umat Islam di Selangor.

"Saya tidak boleh mempertahankan Islam dalam parti kerana rakan parti dan sekumpulan parasit ini tidak menyukai isu alkohol dan murtad di Selangor diperjuangkan," katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik kerana menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan serbuan ke atas sebuah gereja tahun lalu.

"Saya tidak boleh. Jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa saya perlu kekal di dalam parti.

"Saya sanggup digugurkan dalam exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya amat selesa dengan jawatan itu, saya akan tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya.

Menurutnya, beliau tidak keseorangan dalam perkara tersebut dan yakin akan wujud pergerakan besar-besaran untuk memperjuangkan akidah umat islam di negara ini.

Dato Dr Hasan Ali akan mengadakan PC ekoran dari "pemecatan"nya dari jemaah exco Selangor. Jawatannya aka diisi oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani.

PC belau telah dijadualkan untuk pukul 11 pagi di rumahnya berdepan Masjid Ghufran (atas bukit), Taman Tun Dr Ismail.

Sunday, January 15, 2012

Tu Diaa..!! Puluhan Ribu Orang Kedah Kena Klentong Si Anwar....


Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.


Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.


Perrgghh...!! Anwar sedia memaafkan..? Bila pulak orang buat dosa pada dia, yang meliwat Saiful tu siaper..? Pemimpin Umno ker..??

Anwar Ibrahim Kata Dia Hanya Perlukan 6 Bulan Sahaja....

" Saya Menteri Kewangan lapan tahun , saya tahu apa dia sumber pendapatan negara, bagaimana nak urus supaya bermanafaat kepada rakyat .... pengalaman ini berharga bagi saya. ... beri kita 6 bulan (Enam Bulan Sahaja) kita akan robah wajah Malaysia dan bela nasib rakyat negara kita ! " kata Anawar semasa ceramah semalam di Stadium Sultan Abdul Halim.

6 BULAN ? Tapi waktu sama sebut juga pernah 8 TAHUN jadi Menteri Kewangan .....?

3 TAHUN memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ..... ? Tak boleh tanya sampai habis ..... sebab kalau kita tanya, pasti kita dah boleh agak apa jawapannya. Sama macam Ustaz Hadi dengan Negara Kebajikannya. Lantik dulu baru kita akan buktikan ! hehehehe ...

Bagaimana caranya ......? Lantik dulu baru kita tunjukkan ...... hehehehe

Bayangkan ..... Syarikat kalau masuk tender pun , paling tidak kena juga tunjuk sebutharga siap dengan proposalnya bagaimana. Takkan nak tulis dalam sebutharga - LANTIK DULU baru kita akan tunjukkan ....

Oooookaylah, sebab sebutharga nampak cantik, paling murah ..... kita bagi can. Kita try dulu dengan projek kecil. Tak juga dapat dibuktikan. Kita panggil dan tanya. Pasti akan dijawabnya - Kecil sangat tuh.... Tuan kena bagi SEMUA DULU, baru saya dapat buktikan !


Agak-agak korang nak bagi tak ? Berani tak nak ambil risiko sebesar itu berdasarkan apa yang telah ditunjukkan ?

Blogger Din Turtle

Saturday, January 14, 2012

FuyoOO Cayalah..!! Video Klip Anwar Ibrahim Masih Boleh Begelek Tuu...., Siape Yang Tertipu..?


JUSTICE For Saiful...!! Blog LG Pun Join Sekali Desak AG Failkan Rayuan...

Please click HERE

BN Boleh Tawan Semula Selangor...??

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.

Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.

Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.

“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor turut mengumumkan penyelesaian kepada masalah penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dengan meluluskan peruntukan membina sebuah surau dan kuil yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Friday, January 13, 2012

Dah Macam Dirasuk Setan Tapi Nak Kata Sunatullah...??




Apa sahaja yang kita katakan kepada Pas ,DAP dan PKR, bagi mereka semuanya adalah fitnah. Walaupun bukti dah terang-terang depan mata, mereka tetap kata itu fitnah.

Agak-agaknya mereka ini manusia jenis apa ?

Terbaru adalah berkenaan dengan video sekumpulan muslimat Pas yang terkinja-kinja di tepi jalan berhampiran Kompleks Mahkamah KL isnin lepas.

Dah terang-terang dalam video itu Ketua Muslimat Pas Pusat dan gerombolannya sedang terkinja-kinja dan melaungkan "Umno mampus" , tetapi mereka masih nak kata itu fitnah.

Saya petik apa yang disiarkan oleh harakahdaily dimana ianya ditulis oleh Aiman Athirah Al Jundi.

Aiman Athirah Al Jundi adalah wanita yang memegang loud hailer dalam video diatas. Dia adalah Ketua Penerangan Muslimat Pas Pusat.

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya…. Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

Sebagaimana pemimpin besar mereka yang menghalalkan apa sahaja demi untuk keuntungan politik mereka, maka tidak mustahil perangai buruk itu turut berjangkit kepada Muslimat Pas.

Inilah yang dinamakan cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Pas sanggup menghalalkan apa sahaja demi kerana politik. Agama dilacurkan secukup-cukupnya oleh mereka. Isteri pun mereka sanggup jadikan taruhan pilihanraya.

Saya berkeyakinan rakan-rakan semua masih ingat apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz pada tahun 1999 dalam usahanya mempertahankan buku SHIT tulisan ahli Pas seumur hidup, Shahnon Ahmad, yang penuh dengan mencarut ditujukan kepada Tun Dr M.

continue reading..., please click here

Khalid Samad Kutawaa Haa Haa Haaa.... Sultan Selangor Perkenan Gugur Dr Hasan Ali Sebagai Exco...


Nasib Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai Exco kerajaan negeri hari ini terjawab apabila beliau digugurkan dari jawatan itu selepas dipecat sebagai ahli Pas pada 8 Januari lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi ini bagi mendapatkan perkenan baginda mengenai pengguguran Hasan sebagai exco itu.

"Memandangkan Datuk Dr. Hasan bukan lagi ahli Pas, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Dr. Hasan tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan telah menasihati Tuanku untuk membatalkan pelantikan beliau (dari jawatan itu).

"Tuanku telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr. Hasan sebagai ahli MMKN," katanya pada sidang media di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Siape Yang Takde Otak..? Azmin Ali Ker...??

Tun Dr Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera.