Saturday, January 14, 2012

BN Boleh Tawan Semula Selangor...??

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.

Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.

Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.

“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor turut mengumumkan penyelesaian kepada masalah penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dengan meluluskan peruntukan membina sebuah surau dan kuil yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

3 comments:

  1. Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen

    Hairan dan adjeeb! ada berita ceritakan keberhadiran mahathir mohamad yang terkenal

    apa kata anda, Lawyer Lydia - a cheap shot by najib?

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Duke of UMNO:

    Seksyen 377C Kanun Keseksaan dimana Anwar dan Saiful boleh didakwa secara bersama-sama kerana melakukan hubungan terlarang.

    Betulkah, Lawyer Lydia?
    Baguss..!!
    (err..segala puji bagi tuhan)

    ReplyDelete
  3. Semacam RT:
    http://kadirjasin.blogspot.com/2012/01/kemungkinan-daripada-buang-kes-liwat.html


    Hamba Allah said...

    Sara 1 Malaysia pula Najib lancarkan untuk orang miskin moden.

    Itu lah hikmahnya bila pembangkang kuat di Malaysia.Berbagai package di lancar oleh kerajaan BN.
    Kerajaan Bn takut hilang kuasa maka berbagai habuan di hulurkan.

    Oleh itu eloklah dalam PRU 13 nanti supaya kekuatan politik kita seimbang antara kerajaan dan pembangkang semua pengundi merancang agar kekalkan dengan jumlah kerusi yang seperti kini.

    Negeri Kedah,Kelantan serah pada PAS.Pulau Pinang pada DAP.Selangor serah pada PKR.Perak serah pada PAS semula.

    Kerajaan Persekutuan kita kekalkan pada BN tadbir.

    PM kita wajib sokong 100 peratus pada Najib.Ketua Pembangkang pula kita kekalkan Anwar Ibrahim.

    Mana-mana menteri yang mandom dan tak bersih eloklah diganti.Wakil Rakyat yang kaki joli tak berhidmat dengan brtul jangan pilih lagi

    Ini lah suatu yang amat baik untuk rakyat.Biarlah kerajaan BN tidak lagi lena dan leka terutama pemimpin UMNo yg utamakan diri sahaja..

    Kalau kita serah bulat-bulat maka siapa yg nak suara masaalah rakyat macam pemimpin UMNO dahulu.

    Sekarang pembangkang lah yang banyak korek dan cakap masaalah rakyat.Suara pembangkang laku dan bernilai.Kerajaan BN amat takut pada suara pembangkang.Suara rakyat bawahan siapa yang dengar dan ambil peduli.

    Apa yang berlaku hari ini di Malysia ada hikamhnya.Politik sudah berubah.

    Demokrasi perlu hidup subur.Kerajaan baru aktif jaga rakyat macam hari ini.

    Parti Kerajaan BN dan Parti Pembangkang perlu seimbang kalau mahu suara rakyat didengari dan terbela.

    10:02 AM


    apa kata orang Darul Ehsan?

    ReplyDelete