Seorang isteri tidak menduga suami yang diharap menjadi pelindung
dirinya berubah sikap menjadi ganas dengan menyerang dan membelasahnya
sehingga dia mengalami kecederaan parah di kepala, retak tulang pipi
kiri dan patah jari kanan dalam kejadian di Pangsapuri Seri Nilam di
sini Jumaat lalu.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, si isteri yang berusia 25 tahun
terpaksa menerima dua jahitan di kepala, tiga jahitan di pipi kiri dan
tiga jahitan lagi di ibu jari kanan selepas menjadi mangsa serangan
selama dua jam oleh suami sendiri.
Bagaimanapun, dalam keadaan tidak bermaya mangsa akhirnya berjaya
melepaskan diri dengan berlari keluar dari rumah yang terletak di
tingkat 10 sebelum diselamatkan anggota polis peronda yang kebetulan
membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu.
No comments:
Post a Comment