PELIK pulak rasanya bila satu
Malaya lihat betapa teruknya DAP dan PKR mengkritik cadangan hudud PAS
di Kelantan dari kiri dan kanan – sampai ke tahap mencabar PAS keluar
Pakatan, tapi parti itu sebaliknya memilih untuk menghentam UMNO kerana
kononnya gagal menjelaskan hudud kepada parti-parti komponen BN yang
lain seperti MCA dan Gerakan! Pulak dah.
Ini apahal? Nak kata
pukul anak sindir menantu, tak pulak, nak kata buah cempedak luar pagar
ambil galah tolong jolokkan pun tak kena juga, jadi apa sebenarnya
maksud PAS buat macam itu- mempertikai orang lain bila rakan sekomponen
sendiri pun lagi hebat kritik hudud?
Patutnya (ikut logiklah),
PAS perlu sanjung UMNO kerana parti itu sudah janji nak sokong
undang-undang hudud Kelantan bila dibentangkan di Parlimen nanti, bukan
tuduh UMNO macam-macam.
UMNO ceritanya nak sokong ni, kenapa yang
PAS attack UMNO pulak? Sama ada sudah tersepit sangat atau memang
benar dakwaan banyak orang selama ini bahawa PAS adalah parti untuk
orang-orang bodoh dunia akhirat jadi ustaz.
Rakyat patut lihat sampai ke tahap itu PAS berpolitik, yang sokong dia cari gaduh, yang bantah teruk, dia buat kawan.
Atau PAS mungkin masih lagi mahu rakyat percaya bahawa parti itu sedang cuba mentarbiahkan PKR dan DAP mengenai hudud?
Sudahlah PAS, orang dah tau dah yang auta tarbiah DAP & PKR pasal hudud ini adalah cerita bohong lagi basi.
Tidak
pernah berlaku sebenarnya proses pentarbiahan ini tapi PAS sengaja
adakan kerana nak halalkan hubungan haramnya dengan kedua parti
berlainan idealogi tersebut.
Maka itulah hari ini kita lihat,
daripada menjawab kritikan DAP dan PKR, PAS alih kritikan itu kepada
UMNO dan BN pulak. Gila tak gila.
No comments:
Post a Comment