Beberapa bekas Ahli DAP mengutuk tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa
Kok selepas ahli parlimen itu mengambil tindakan saman ke atas dua orang
Ahli DAP yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan yang telah dilakukan
Teresa.
Bekas Pembantu Teresa, Tony Tan Chee Chong berkata, tindakan terhadap
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Seputeh, Wong Choo Chieng itu merupakan
satu bentuk ugutan dan Teresa tidak seharusnya mengambil tindakan itu
sekiranya beliau tidak bersalah.
"SPRM telah memanggil ahli DAP tersebut untuk memberi keterangan, dan
Teresa telah salah guna kuasa dan mengarahkan peguam beliau menghantar
surat saman kepada saksi yang dipanggil oleh SPRM tersebut.
"Dia arahkan saksi terbabit menarik balik segala kenyataan, bolehkah
begini? ini merupakan suatu ugutan, jika benar dia tidak buat salah
kenapa Teresa perlu takut biarkan SPRM lengkapkan siasatan," katanya
kepada pemberita semasa sidang media di Taman OUG di sini hari ini.
Tony menjelaskan, Teresa tidak layak dipilih menjadi ahli parlimen
kerana membuat kenyataan palsu kepada media bahawa beliau telah menyaman
bekas pembantunya itu sedangkan tiada sebarang notis saman diterima
oleh Tony.
Katanya, Ahli Parlimen Seputeh itu sepatutnya mengambil tindakan saman
ke atas dirinya yang mula mendedahkan salah laku Teresa dan bukan
membuat ugutan kepada saksi yang dipanggil SPRM.
"Sekarang siapa yang berbohong, saya anggap beliau(Teresa) merupakan
ahli parlimen yang bodoh, kenapa hendak kenyataan kepada sebuah akhbar
Cina bahawa saya telah disaman sedangkan setakat ini saya masih tidak
menerima sebarang notis saman dari peguam beliau.
"Jika benar beliau tidak bersalah, saya cabar dia saman saya, dan bukan
mensasarkan kepada ahli DAP yang dipanggil menjadi saksi oleh SPRM,
tindakan itu memalukan nama DAP dan saya desak beliau letak jawatan,"
ujarnya.
Choo Chieng sebelum ini mendedahkan, Teresa didakwa telah
menyalahgunakan wang sebanyak RM300,000 dan wang berkenaan merupakan
hasil kutipan yang dibuat untuk kegunaan parti.
Choo Chieng menyertai DAP Seputeh pada tahun 2000 sebelum dilantik
menjadi Pengerusi Cawangan itu dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi
Perhubungan DAP Parlimen Seputeh.
Your MetaMask wallet will be suspended.
4 days ago
No comments:
Post a Comment