IPOH - Kelicikan sepasang kekasih yang dipercayai mampu membantu
orang ramai menyertai pasukan polis dan kastam terbongkar apabila mereka
berjaya ditahan.
Dalam serbuan di Tanjung Rambutan di sini Selasa lalu, seorang lelaki
berusia 28 tahun berjaya ditangkap tetapi teman wanitanya yang berusia
23 tahun berjaya meloloskan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan
Maszely Minhad berkata, wanita berkenaan bagaimanapun berjaya ditahan
pada pukul 7 petang kelmarin di Jinjang, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment