Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin PKR dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari
lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik
sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Anwar Ibrahim yang ketika
itu diyakini akan mengambil alih jawatan Khalid selepas Pilihan
Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Menurut sumber,
pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar
dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga
adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini
malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR
yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.
"Mereka memburuk-burukkan Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.
"Pada
saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan
pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk
melakukan perkara ini," katanya.
Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut.
No comments:
Post a Comment