Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki
mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu
meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas
suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk
wanita berkenaan dua bulan lalu.
Bagaimanapun, bekas suami
mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia
mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya
meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan
bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia
tidak menghubungi lelaki itu.
“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.
Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa
dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.
“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar bogel
saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan
dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan
dakwaan bakal suami saya kaki perempuan,” katanya.
Beliau
berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan
perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya
naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.
Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.
Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.
No comments:
Post a Comment