Masihkah anda ingat ‘Ustaz’ PKR Selangor, Badrol Amin Baharom yang pernah
ditangkap khalwat bersama Zati Iwani di sebuah hotel mewah di Kuantan, Pahang
pada Februari 2012...?
SMS yang sampai
kepada kami, mengatakan pemimpin PKR yang memberi kaunseling kepada isteri
orang dalam sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3:00 pagi ini telah
melafazkan cerai terhadap isteri keduanya yang dikenali sebagai INA pada 13
Januari 2013 jam 9:00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.
Isteri kedua
Badrol Amin Baharom itu lebih dikenali sebagai Inafiona dan dikatakan enggan
menemani Badrol Amin ketika pemimpin PKR yang gemar berlagak sebagai ustaz dan
orang alim-alim itu disiasat JAIP kerana berkhalwat dengan isteri orang.
Kepopularan Badrol Amin mula mendapat perhatian rakyat
apabila sangup memberikan kaunseling secara percuma di sebuah hotel di Kuantan
pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia sedang tidur dan dibuai
mimpi tatkala Badrol Amin memberikan kaunseling. Lebih dingin lagi apabila
kaunseling itu diadakan secara berdua-duaan tanpa ditemani orang ketiga.
Lebih mengejutkan Badrol Amin, serbuan JAIP itu turut
ditemani suami kepada wanita yang bersamanya, Zati Iwani.
Bagi mengelak dirinya disiasat lebih lanjut dan cuba
melepaskan dirinya, Badrol Amin menyatakan dirinya telah ditampar dan
diterajang. Lebih mengejutkan juga hasil siasatan ke atas fizikal Badrol Amin,
tiada sebarang kesan-kesan lebam dan luka.
Penceraian isteri kedua Badrol Amin sekaligus membolehkan beliau
‘berkahwin’ dengan wanita yang ditangkap khalwat bersamanya. Ketika ini kes
khalwat Badrol Amin dan Zati Iwani masih berjalan dan dikatakan cuba
dipengaruhi politik.
Salam Boss... Hebat Blog Boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss... Terima Kasehhhh Boss.....
ReplyDelete