Anwar Ibrahim berkata, konsep kesederhanaan atau wasatiyah yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar ‘mainan di bibir’.
Sedangkan dalam realiti sebenar, kata beliau, rasuah dan penyelewengan wang rakyat tetap berlaku dalam pentadbiran negara.
“Wasatiyyah juga tidak ada pada akhlak dan peradaban kepimpinan negara."
“Pecah amanah, ambil hak orang lain, putar belit fakta, tidak adil dalam pentadbiran, undang-undang yang berpihak juga mencemarkan negara,” jelasnya semasa menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Sembilang Pantai, Seberang Jaya, Permatang Pauh, semalam.
Katanya, ia tidak jauh berbeza dengan konsep ‘Islam Hadhari’ yang dipelopori Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.
“Islam Hadhari juga menjadi mainan bibir tanpa ada pelaksanaan yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam. Ia hanya setakat penyedap kata.
“Manakala Wasatiyyah tidak dipraktikkan dalam kepimpinan. Polis boleh ganas, tendang dan terajang rakyat dengan kejam,” katanya merujuk kepada keganasan polis semasa himpunan Bersih 28 April lalu.
Tambahnya lagi, apabila Wasatiyyah yang menjadi tuntutan tidak dipraktikkan, bukan saja negara akan celaru dan kucar-kacir, rakyat juga menjadi mangsa kejelekan pemerintah.
No comments:
Post a Comment