Friday, January 13, 2012

Siape Yang Takde Otak..? Azmin Ali Ker...??

Tun Dr Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera.

2 comments:

  1. Rumah siap pahat berbunyi
    Dah bebas pun masih tak puas hati
    Sibuk sangat nak ke Putra Jaya
    nak pergi pergi je lah
    orang lain dah siap ambik gambar beribu kali kat jambatan, masjid, tasik, bot persiaran segala.

    p/s - Anwar Ibrahim tak pernah jijak kai ke Putra Jaya ke? Dia tu macam Mr. Plankton dalam Spongebob Square pant kan, sikit sikit 'Rule The World'

    ReplyDelete
  2. Kita tengoklah kepala otak azmin ali dan nasibnya macamana bila jadi MB Selangor.

    ReplyDelete