Sunday, January 8, 2012

Anwar Ibrahim Dah Macam Ahmad Albab...!!

Begitulah obsesnya Anwar dengan jawatan Perdana Menteri. Macam sudah tidak boleh ditahan-tahan keinginannya itu sehinggakan bila dah dipenjara pun dia masih mahu jawatan tersebut di’reserved’kan untuknya.

Kata Anwar yang dipetik sekian banyak portal berita pembangkang, rencananya jika dia dipenjarakan, seorang Perdana Menteri interim akan dilantik ke jawatan tersebut jika Pakatan harami ini menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Perdana Menteri interim ini akan menyerahkan kembali jawatan tersebut kepadanya sebaik sahaja dia dibebaskan dari penjara kelak. Malah gambaran tugas Perdana Menteri interim itu pun sudah dibayangkan Anwar - dia perlulah hadir ke penjara dan memberikan laporan kepada Anwar setiap hari sehinggalah Anwar dibebaskan.

Situasi sama kata Anwar, pernah berlaku di Turki pada 2002 bila parti Keadilan pimpinan Tayyib Erdogan menang ketika Erdogan sedang merengkok dalam penjara. Abdullah Gul dilantik menjadi Perdana Menteri interim sehinggalah Erdogan dibebaskan 4 bulan kemudiannya.

Jadi keadaannya di Malaysia ini ditakdirkanlah (mintak jauh) Pakatan harami ini menang PRU-13, kita akan ada Perdana Menteri yang kerjanya berkawat hari-hari, masuk ke penjara memberi laporan kepada banduan seperti Anwar.

Mungkin bukan yang pertama dalam dunia sebab seperti kata Anwar, Turki dah buat itu lama dulupun. Tapi tak semestinya Turki buat, kita pun kena buat juga.

Mungkin taraf banduan di Turki dengan taraf banduan di Malaysia tak sama sehinggakan rakyatnya tidak kisah Perdana Menterinya (walaupun interim) hari-hari berkawat masuk jel untuk melapur kepada banduan yang tinggal di dalam.

Dari satu sudut yang lain kelihatannya, selain obses dengan jawatan Perdana Menteri, Anwar juga obses dengan Turki. Sikit-sikit Turki, sikit-sikit Turki. 2 hari lepas masa di Muar, dia kata kepada penduduk disitu, dia boleh sahaja lari ke Turki untuk mengelak dari penjara tapi dia tak mau katanya sebab Azizah suruh lawan (piirraahhh).

Masa Saiful buat laporan polis mengadu diliwat pun, dia lari menyuruk ke dalam kedutaan Turki, Turki lagi.

Puas penulis memikirkan apa yang hebat pasal Turki, rupa-rupanya Turki adalah satu-satunya negara Islam dimana homoseksual tidak dilarang dan diharamkan, seperti pernyataan dibawah:-

Turkey is the only Muslim country in the world where homosexuality is not illegal since the republic was founded in 1923. There has not been any significant political pressure on homosexuality during Ottoman Empire period also. This makes Turkish gay life unique in the world.

Fahamlah sekarang ya kenapa Anwar terlalu taksub dengan Turki sampaikan dalam semua hal pun dia akan merujuk kepada Turki juga.

Ada rakan penulis dari parti PAS berharap, setakat itu sajalah Anwar akan menurut jejak langkah Turki, tidak sampai ke tahap menukar negara ini menjadi sekular sepenuhnya. Mereka ini pun takut juga dengan kegilaan Anwar meniru Turki dalam banyak hal.

Tapi penulis katakan kepadanya, jangan risaulah, Anwar yang pasti akan jadi banduan, jadi Perdana Menteri? Insya Allah tidak.

myKMU.net

2 comments:

  1. kalau betul kata-kata anda, Lawyer Lydia; tka boleh dinafikan lagi bahawa adalah benar bahawa jauh pandangan Anwar dengan angan-angannya.

    Nurrul Izzah dan Azmin Ali kena banyak bawa bersabar. Bukan mudah nak jadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete