Lebih 100 peniaga pasar malam di Kampung Delek Kiri di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Klang memindahkan mereka ke lokasi baru yang didakwa mereka lebih sempit dan tidak sesuai dijadikan tapak pasar malam.
Peniaga mempersoalkan keperluan memindahkan pasar malam itu kerana ia sudah beroperasi di tapak lama itu sejak 28 tahun lalu tanpa ada sebarang masalah atau bantahan. Pengerusi Badan Bertindak Pasar Malam Kampung Delek Kiri, Zakaria Saleh hairan mengapa secara tiba-tiba sahaja pasar malam itu hendak dipindahkan sedangkan ia hanya dibuka sekali seminggu.
Beliau juga kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr. Halimah Ali dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menjawab surat bantahan daripada peniaga pasar malam itu.
Nampaknya Pakatan PR terus-berterusan tidak mengendahkan rintihan peniaga-peniaga kecil Melayu.
"Kami cuba berjumpa dengan ADUN kawasan ini tetapi sehingga hari ini beliau enggan bertemu dengan kami," kata mereka ketika bersama peniaga yang lain mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah keputusan MPK itu.
Perhimpunan itu kemudiannya hampir mencetuskan pergaduhan apabila sekumpulan individu yang mendakwa sebagai penduduk tempatan mengherdik peniaga mendakwa pasar malam itu menimbulkan pelbagai kesusahan kepada penduduk.
Seorang penduduk kampung itu, Mohd. Haridan Bohari pula berkata, majoriti penduduk tiada sebarang masalah dengan pasar malam, malah ia telah memudahkan penduduk untuk membeli barang keperluan.
Penduduk kampung itu mendakwa, kebanyakan mereka yang hadir bagi membantah pasar malam itu kebanyakan adalah orang luar. Ianya seperti diupah seseorang untuk menutup pintu rezki peniaga-peniaga kecil tersebut.
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menuntut Halimah ADUN PR supaya mengadakan pertemuan antara penduduk dan peniaga bagi mencari penyelesaian terbaik.
Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, jika benar penduduk membantah, peniaga mahu mendengar sendiri dan kemudian kesemua pihak boleh berbincang. Akibat tindakan terburu-buru MPK, peniaga terbabit telah tidak dapat berniaga pada minggu lalu dan tentunya mereka mengalami kerugian.
Dimaklumkan lebih 40 peniaga sudah membuat laporan polis kerana diganggu dan tidak dapat berniaga pada minggu lalu. Pertubuhan Ikhlas akan bantu mereka untuk mendapatkan pampasan sama ada daripada ADUN kawasan itu atau pun kerajaan negeri atas kerugian yang mereka alami.
No comments:
Post a Comment