Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.
Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.
Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.
Kompleks membeli-belah itu terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.
Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud dipetik berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.
Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.
Laporan Star Online menyebut letupan berlaku di kedai Starbucks.
Letupan dilaporkan berlaku sekitar 3.45 pagi di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.
Siasatan awal menunjukkan letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.
Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.
No comments:
Post a Comment