Monday, August 8, 2011
Duit Zakat Buat Pembangunan…, Orang Islam Miskin Mintak Tolong Kat Kafir...!!
Kita telah dikejutkan dengan pengakuan umat Islam yang bergantung kepada ehsan pihak gereja bagi meneruskan kehidupan seharian akibat kemiskinan. Ini sebenarnya adalah satu berita yang amat memalukan dan juga mencabar kewibawaan umat Islam didalam menjaga kebajikan komuniti Islam itu sendiri.
Islam itu agama yang sempurna. Malah Islam juga mengajar bagaimana untuk mengelakkan dari umatnya berada didalam belenggu kesusahan dan fakir. Maka dengan itu, wujudlah baitulmal dan juga sistem pungutan zakat bagi meringankan beban dan membantu umat Islam yang memerlukan.
Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak memenuhi lapan asnaf zakat.
Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu MESTI diagihkan pada penerima tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)
Di negara kita kini kutipan zakat banyak digunakan untuk projek-projek pertanian dan juga mengembangkan perniagaan. Apakah semua ini tertakluk didalam lapan asnaf yang telah digariskan? Bagaimana pula dengan nasib golongan FAKIR, MISKIN, AMIL, MUALLAF, AL-RIQAB, AL-GHARIMIN, FISABILILLAH dan juga IBNU SABIL?
Sudahkah semua keperluan lapan golongan asnaf yang wajib menerima zakat ini dipenuhi dan diberi keutamaan oleh pihak yang menguruskan zakat? Jika benarlah agihan zakat didalam negara ini dilakukan dengan sempurna, bagaimanakah pula masih ada golongan umat Islam yang fakir miskin dan juga mualaf yang masih berada didalam keadaan yang dhoif serta serba kekurangan?
Jika hendak diteliti keadaan hidup masyarakat di negara ini terutamanya dikawasan luar bandar, masih ramai umat Islam yang berada dibawah paras kemiskinan. Malangnya, mereka ini tak tahu kemana hendak dituju dan hendak diadukan nasib mereka. Adakalanya mereka-mereka ini bukan sahaja perlukan bantuan kewangan semata-mata, tetapi ada yang perlukan bantuan sokongan hidup akibat dari kekurangan fizikal dan tempat tinggal.
Amat menghairankan jika pihak urus Zakat memberi alasan tak tahu ada orang susah ataupun tak diberikan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang berlaku dikalangan umat Islam. Kalau pihak gereja boleh turun padang untuk mencari dan mengenal pasti umat Islam yang dhoif, apakah pekerja-pekerja di pejabat zakat terlalu mulia untuk jejakkan kaki ke kampung-kampung?
Jika pihak gereja bersungguh-sungguh mengambil tahu dan bertanyakan khabar, telefon bertanyakan masalah 3 kali seminggu dan tawarkan pula penginapan yang lebih selesa bagi menawan hati umat Islam yang memerlukan bantuan mereka, kenapa pihak Baitulmal dan juga Zakat tak mampu berbuat sedemikian?
Kutipan yang dibuat oleh pihak Zakat bukannya sedikit, malah mencecah puluhan juta bagi setiap negeri saban tahun. Kemanakah wang tersebut pergi? Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di ringankan oleh mereka-mereka yang berkerja di pejabat-pejabat zakat seluruh negara? Tak takutkah mereka ini semua kepada azab Allah di akhirat nanti?
Janganlah beralasan tak cukup kakitangan untuk pantau umat Islam yang memerlukan bantuan, tak mempunyai kuasa untuk turun padang mendapatkan maklumat fakir miskin, mengenal pasti orang miskin adalah diluar bidang kuasa dan juga tak dapat arahan dari pihak atasan.
Walaupun tak salah didalam agama untuk umat Islam menerima bantuan dari pihak gereja, namun secara adap dan adatnya, ia telah memalukan seluruh masyarakat Islam di Malaysia ini. Apakah kita sebagai komuniti Islam sendiri tak mampu untuk membantu saudara-saudara seislam kita yang berada didalam kesusahan? Tambah pula kita mempunyai pusat yang menguruskan berpuluh juta RM duit zakat yang dikutip.
Apakah kita rela diketawakan oleh masyarakat kafir diatas kelemahan kita sendiri? Dan apakah kita sanggup bersekongkol dengan penggadaian aqidah yang bakal berlaku jika umat Islam yang berada didalam kesusahan terus berharap kepada pihak geeja untuk mencari sesuap nasi? Nauzubillah..
Blog myKMU.net
Salam,
ReplyDeleteMohon dipautkan Blog EP
http://empayar-pemuda.blogspot.com