Wednesday, June 1, 2011
Kepada Kaum Lelaki..! Hati2 Kalau Jumpa Wanita Nie.., Bahaya!!!
Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.
Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.
Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.
Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.
"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.
"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.
"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya
Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."
Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.
Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.
"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.
"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."
Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.
"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya. "Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."
HEHEHEH KLU LE CHINADOLL TU BUAT KAT NUAR..PERGHHH!!
ReplyDelete