Friday, June 17, 2011
At last..! Khairy & Pemuda Umno Dah Jadi Berani… Betul ker? Jangan Acah Acah Aje Taw!
Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengumumkan akan turut mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.
Menegaskan ia bukan berniat untuk ‘beradu kekuatan’ dengan perhimpunan dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di samping itu katanya, perhimpunan itu bagi menyatakan beberapa perkara yang dianggap perlu diperbaiki seperti pemindahan pengundi oleh pembangkang.
"Kami akan mohon permit dan bincang dengan polis mengenai laluan ke Istana Negara. Tetapi jika tidak mendapat permit sekali pun, perhimpunan itu akan tetap dijalankan kerana pembangkang juga tampak tidak mengendahkan ratusan laporan polis yang dibuat."
"Kami tidak berniat untuk bertembung. Setakat ini kami sudah mendapat sokongan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terlalu awal menganggarkan berapa yang akan hadir tetapi kami rasa dalam puluhan ribu tidak menjadi masalah," katanya.
Haaaa…! Macam nie lah baru Pemuda namanyer!! Kena berani… Lawan jer Pkr, Pas yang sibuk nak buat hura hara kat KL guna demo Bersih. Jangan bagi muka!
setuju bro ... Pemuda harus berani ..sedia gempur !
ReplyDelete