Thursday, April 21, 2011
Kita Dengar Apa Pula Komen Atha....
"Saya bercerai dengan Raul Lemos pada Disember lalu. Ertinya masa belum bercerai lagi, dia (Krisdayanti) sudah pun bunting," katanya kepada wartawan.
Belum pun cukup sebulan usia perkahwinannya dengan usahawan dari Timor Leste iaitu Raul Lemos, penyanyi diva Indonesia Krisdayanti dilaporkan sudah pun hamil 4 bulan.
Mendengar laporan tersebut, bekas isteri Raul Lemos iaitu Atha terus tertawa.
Jelas Atha lagi, dia juga sama sekali tidak terkejut mendengar berita kehamilan Krisdayanti tersebut. Malah, dia juga tidak mahu ambil peduli dengan kehidupan pasangan yang telah pun berlangsungkan pernikahan pada 20 Mac 2011 itu.
"Yelah, sebelum bernikah lagi, mereka memang dah duduk sama-sama. Kalau ke Timor Leste pun, tinggal bersama. Jadi, kalau dia (Krisdayanti) bunting pun, memang logiklah. Jadi, ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan," kata Atha lagi.
Sementara itu, ada khabar berita terbaru yang melaporkan bahawa Krisdayanti bakal meninggalkan Indonesia dengan segera disebabkan kehamilannya itu. Berkemungkinan di Dili. Terlebih pula, adik kepada Yuni Shara ini pernah memberitahu bahawa dia mungkin bakal mengikut Raul Lemos menetap di Dili selepas berkahwin nanti.
Namun, buat masa ini, pasangan ini masih dilihat menetap penyanyi lagu Setia ini di Kawasan Radio Dalam di Jakarta Selatan. Malah di rumah yang bercat putih itu juga masih terlihat mobil Hummer milik Raul Lemos.
Apa yang pasti, kedua-dua sangat gembira menanti kehadiran cahaya mata mereka. Malah, mereka juga turut mengungkapkan untuk mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan kedua mereka itu.
huh, nilah dia idola dan sahabat karib SITI NURHALIZA... perangai pun lebih kurang je, amik laki org!
ReplyDelete