MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.
"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya
"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.
"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.
Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.
"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.
Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.
"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi
MCA diberitakan telah mencabar DAP menentukan Nik Aziz tarik balik keputusannya. Nampaknya tak ada reaksi DAP.
ReplyDeleteSekatang MCA Chua nak jumpa Nik Aziz, nak minta tarik balik keputusannya.
Tak pasti kebijaksanaannya. MCA telah cuba meniru taktik ultra kiasu DAP - majukan resolusi seminar mahukan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan, hingga ada Melayu mahukan hak kerakyatan depa juga dihapuskan. Sekarng MCA nak ambik hati pengundi Cina dapatkan semula lesen menjual teket loteri dsbnya. Tak tahu berapa banyak undi ada disitu, tapi mungkinkah DAP putar belitkan, menuding jari keMCA mahu galakkan judi dinegara ini?
Nik Aziz sebantal dengan Lim Kit Siang, saya fikir jumpa MCA Chua pun dia tak minat.
Abu.
Si bodoh cina ni pun satu. Dalam diam dia kenakan orang melayu balek (PAS dan UMNO). Inilah contoh rakan yang diibaratkan gunting dalam lipatan. Dalam diam dia menyerang UMNO secara tidak langsung. Haram jadah betul!
ReplyDelete