Thursday, February 24, 2011
Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah Jadi Hero Mahasiswa Pro Pembangkang...??
Kalau Saifudin Abdullah mahu menjadi jaguh mahasiswa yang pro pembangkang maka sekarang beliau sudah berjaya!
Usaha beliau yang tidak jemu jemu membela mahasiswa yang mahukan Akta Kolej dan Universiti AUKU dipinda malah dihapuskan semakin menuju kejayaan.
Bagi Saifudin kepala otak mahasiswa ini yang sudah dipasong dengan ajaran dan anutan pembangkang itu mesti dibugar suburkan!
Bagi Saifudin anak anak melayu ni yang rata rata pelajar tahun akhir gagal dalam peperiksaan serta tidak cemerlang dalam pelajaran itu sesuatu yang amat beliau banggakan..!!!
Sebagai contoh dalam menghadapi insiden pelajar pro pembangkang di UPM yang biadap hingga merusuh dan memecahkan pintu pejabat TNC semalam itu baik...itu bagus bagi imej mahasiswa dan universiti...tak heran kalau selepas ini mereka mampu bertindak dengan lebih ganas dengan lebih kebinatangan kerana mereka tahu Timbalan Menteri Haprak ada dibelakang mereka...
sebab kata Saifudin...
seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin. Beliau dipetik sebagai berkata,
"saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tidak bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.
“Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas,” katanya.
Apa saifudin nak samakan UMNO/BN kerajaan yang dia cekik duit gaji tiap tiap bulan sebagai kerajaan Junta dan Yahudi ke? Apa punya haprak !
Nampaknya kalau parti KITA pimpinan Zaid mabuk dah ada seorang Ahli Parlimen bila Tee Beng menyertainya pagi tadi maka boleh juga lah dirumuskan yang UMNO sudah kehilangan satu kerusi dari 79 kepada 78 sahaja jika melihat kepada tindak tanduk Timbalan Menteri merangkap Ahli MT UMNO ini...
Secara semangat nya memang dah hilang pun sejak mula lagi si haprak ni menjawat jawatan sebagai TM...Dato Najib kena tengok ni!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment