Dalam kesibukan mengikuti kes liwat Anwar Ibrahim ini Aku dapat perkhabaran yang tak berapa enak untuk di dengar mengenai Kehilangan Rashid iaitu bekas Tukang Urut Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu di dalam penjara.
Di dalam kes Liwat ini ada 12 orang saksi dan Rashid Othman merupakan salah seorang darinya. Rashid Otham pada 13 Oktober 2010 telah membuat laporan Polis mengenai Salah Laku Seks Anwar Ibrahim dan selepas dari itu Rashid Hilang tampa sebarang berita. Ke mana Rashid Othman Saksi dalam kes Liwat ini?
Aku bukan nak menuduh namun jika dari sejarah yang tercipta dalam kes liwat terdahulu Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang boleh membiarkan seseorang itu bebas ke mana mana apabila dirinya dalam kedudukan tertekan. Aku bagi contoh kes Azizan Abu Bakar saksi utama dalam kes Liwat terdahulu.
Kereta Azizan telah di langgar oleh sebuah kenderaan lain yang menyebabkan Isteri dan Anak dalam kandungan 9 bulan Terbunuh. Motif utama dalam amatan aku adalah dengan niat membunuh Azizan.
Itu yang kita tahu mengenai Azizan yang telah cuba di Bunuh oleh pihak yang mempunyai motif tertentu. Anwar Ibrahim? tak mustahil beliau melakukan hal sebegini kerana sudah banyak yang di perkatakan sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Mana yang tidak di sukai dan menjadi Ancaman kepada Anwar Ibrahim pasti akan di lenyapkan.
Sekarang ini Rashid Othman, di mana Rashid waktu ini? Apakah beliau selamat dan masih lagi bernyawa? Semoga pihak PDRM melakukan penyiasatan segera dalam soal kehilangan Rashid ini jika beliau ada di harapkan juga perlindungan di berikan kepada beliau agar Tragedi yang menimpa Azizan Abu Bakar tidak berulang
Sumber, klik sini
No comments:
Post a Comment