Saya masih ingat Anwar beberapa kali meminta saya mengatur pertemuan dengan Najib untuk meminta ditarik balik kes pertuduhan liwat Saiful Bukhari.
"Walhal ketika itu saya masih Ahli Parlimen PKR. Saya pun tidak berminat dan tidak pernah pun berjumpa dengan Perdana Menteri mengenai isu itu.
"Tetapi mengapa dan apa sebabnya Anwar begitu takut sehingga mahu berjumpa empat mata dengan Perdana Menteri?," katanya.
Zulkifli menambah, Anwar sebenarnya takut dipenjarakan semula kerana beliau tahu tidak akan menang (sangkut) dalam kes Saiful Bukhari.
Anwar juga katanya, sedar sekiranya dipenjarakan, beliau akan menghabiskan usianya di dalam penjara sekiranya dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara.
"Pada usia mahu memasuki 64 tahun, saya faham ketakutan Anwar itu. Apatah lagi dengan cucu yang menunggu di rumah.
"Saya tidak salahkan Anwar jika berasa takut masuk penjara. Cuma nasihat saya, bertaubatlah dan mohon keampunan daripada Allah SWT dan pohonlah supaya diberi jalan keluar yang makruf dan baik.
"Hentikanlah segala sandiwara dan pembohongan ini. Kembalilah ke jalan Allah SWT, bertaubatlah Anwar," katanya.
Read full story....., click HERE
No comments:
Post a Comment