Haa haaa..., kesian Yb Suhaimi Seri Muda! Dulu penduduk kat tempat dier menang tu sanjung dier sekarang aper dah jadik..? Muka kena bakar, ish ish ish..., macam mane la perasaan family Yb nie kalau tengok gamabar nie? Aper perasaan mak bapak dia..? Ntah ntah mak bapak dia mesti dah sound "kenaper la kau jadik derhaka sultan..?"
Lebih 300 Berhimpun Bantah ADUN Sri Muda
KLANG 9 Jan. - Lebih 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di sini hari ini, berhimpun secara aman bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.
Perhimpunan itu juga dilakukan bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang merupakan anak jati Kampung Jalan Kebun di sini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) baru.
Para peserta turut melafazkan ikrar taat setia kepada Sultan Selangor seterusnya menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada baginda selain meletakkan jawatannya sebagai ADUN.
Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga ADUN, beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor.
"Beliau sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata anggota jawatankuasa penduduk di kampung itu, Buang Abdul Basir di sini hari ini.
Read more..., click here
No comments:
Post a Comment