Thursday, August 23, 2012

GEMPAARR...!! Wanita Bertudung Biru Ini Stim Basah Dengan Anwar Ibrahim...

Kesian Kak Wan....

Beliau menjadi mangsa khianat wanita yang berada di sebelah kanan (foto atas), semasa majlis Aidil Fitri di Permatang Pauh.

Wanita tersebut meskipun dalam senyum, dikesan mengambil kesempatan mengusap-usap bahu Anwar walau pun berada di sisi Kak Wan.

Kredit - Blog Akar Umbi



Azmin Ali Dinasihatkan Cepat Bertemu Ibu Mohon Keampunan....!!

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dinasihatkan agar kembali ke pangkuan ibunya, Che Tom Yahaya dan memohon keampunan sekiranya ada melakukan kesilapan sempena Syawal ini.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati). Datuk Dr. Hasan Ali menasihatkan Ahli Parlimen Gombak itu melupakan seketika segala urusannya dan pulang bertemu ibu sendiri sementara masih berkesempatan.

"Azmin harus ingat, hari ini ibunya mungkin membawa diri ke Melaka kerana kecewa dengannya, bagaimana jika Che Tom membawa diri dan berhijrah sehingga tidak pulang-pulang?

"Di bulan yang mulia ini, jenguklah (ibu), walau sebesar mana pun silap kita pada ibu atau kesalahan ibu terhadap kita, kebiasaannya akan dimaafkan, itulah kelebihan bulan Syawal. Ingatlah reda Allah bergantung kepada reda seorang ibu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Online...

Wednesday, August 22, 2012

Nik Aziz Boleh Bunuh Diri Apabila Menonton Video Klip Ustaz Kazim Belasah PAS Isu Hudud



KONFIMMM...!! Wan Azizah & Nurul Izzah Pasti Bengang Dengan Poster Ini....


EXCLUSIVE PKR...!! Anwar Ibrahim Maki Khalid Gagap "Kaw Kaw" Di Pagi Syawal....

Kisah Menarik....!! Klik SINI

Pergi MAMPOS Laa Itu Karpal Singh...! Tindakan Ustaz Nasharuddin Dapat Restu Dr Haron Din...


Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

HUDUD

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.

Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.

Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah.
Rasullullah menyebut, "Man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.." (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah Berbincang Tentang Ummah Satu Jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO....

Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Thursday, August 16, 2012

PANAASS..! Komplot Jahat Mahu Jatuhkan Datuk Seri Najib.....

Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya.....

Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.

Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang.

Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap. Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.

RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.

Nama-nama yang disebut oleh RPK selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah. Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn. Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.

Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini.

Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu.

Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar.

Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa....? Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri...?

Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa....? Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka...?

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja. Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.

p/s; Mungkin anda tertanya-tanya apakah kaitan foto foto seorang Timbalan Menteri UMNO-BN menghiasi penulisan ini...? Blog ini ingin mengajak anda mengulangkaji artikel yang pernah disiarkan dibawah ini;

Saifuddin Abdullah Pernah Menangis Sewaktu Anwar Dipecat Mahathir...!! Saifuddin Juga Pernah Makan Gaji Dengan Yayasan Anda....

FITNAH Sudah Jadi Darah Daging Pimpinan & Ahli Ahli PAS....

Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;
  1. Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.
  2. Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.
  3. Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat
  4. Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.

PENTING...!! Kisah Benar Rafizi Ramli

Wednesday, August 15, 2012

Masyarakat Pondok Tolak PAS

Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj.

Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan.

Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP. Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah.

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai ‘anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO’, digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah sebagai ‘unta’ dan dimaki ‘celako! celako!’ oleh Nik Aziz sendiri.

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan.

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP. Malah Dato’ Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi. Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar.

Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya. Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.

Dato’ Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP.

Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua ‘Ulama’ PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

Mengikut rekod ringkas, Hadi Awang adalah lulusan Universiti Islam Madinah dan kemudiannya Universiti Al-Azhar yang mana beliau ‘menamatkan’ pengajian dalam masa 2 tahun sahaja. Sebelum itu, beliau hanya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin dan belajar bahasa Arab dan politik dari bapanya.

Oleh itu, pengkhususan beliau dalam bidang agama agak kabur dan ahli-ahli PAS sendiri tidak punya maklumat mengenainya.

Manakala Nik Aziz pula hanya belajar agama di Deobond, India. Ada juga biodata yang menulis beliau belajar di Pakistan dan juga Al-Azhar. Namun, seperti juga Hadi Awang, pengkhususan mereka kabur atau dikaburkan.

Setelah pulang ke Malaysia, Nik Aziz hanya menjadi guru KEMAS sahaja. Ini yang membuatkan kita musykil kerana tidak mungkin seorang graduan dari Al-Azhar mendapati sukar untuk mendapat kerja pada ketika itu sehingga terpaksa menjadi guru KEMAS..?

Dan kenapakah beliau mahupun Hadi Awang tidak disebut-sebut sebagai Ulama Al-Azhar sepertimana Dato’ Nakhaie, Dato’ Dusuki, Dato’ Ismail Ibrahim mahupun YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dan arwah Dato’ Fadzil Nor?

Benar, bahawa keimanan bukan boleh diukur dengan sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh manusia melalui universiti-universiti tersohor atau akuan guru-guru pondok.

Tetapi, untuk menjadi pemimpin parti politik atau pemimpin negeri dan negara, seseorang itu wajib mempunyai kelayakan yang jelas kerana ‘manusia lebih mengetahui tentang urusannya di dunia’. Lebih-lebih lagi jika mereka memakai nama Ulama yang berhak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengenai hukum-hakam agama.

Tanpa kelayakan yang jelas, bagaimana kita boleh menjustifikasi fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz atau Hadi Awang itu sebagai tepat? Bagaimana kita boleh membandingkan pendapat mereka dengan pendapat Ulama-ulama yang telah terbukti kelayakan seperti Tuan Haji Abdullah atau Tan Sri Harussani?

Hakikatnya, para pemimpin dan juga ahli PAS telah menjadi pak turut kepada dua manusia yang tidak layak. Manakala kedua-dua manusia tersebut pula telah menjadi barua kepada kafir harbi....!!

Akhirnya, seluruh parti PAS telah menjadi pengikut kafir harbi sehingga sanggup membela mereka dengan apa jua cara sedangkan si kafir harbi pula sanggup mati sekiranya negara Islam ditegakkan oleh sesiapa saja.

Pukul 3 Pagi Ustazah Abby Pakai Jeans KETAT Merayau Dengan Unit Amal PAS....? Saksikan Video Menarik Ini

Anda WAJIB menonton video klip 12;46 minit ini...!

Saksikan betapa gediknya tingkah laku Ustazah Abby Abadi.., saksikan juga Abby "kantoi" kerana dinasihatkan janganlah menghentam rakan rakan artis yang masih belum "berhijrah"

Hujung minggu lalu, Azhar Idrus tampil bersama Abby Abadi, Faizal Tahir & Man Raja Lawak dalam satu "Majlis Ilmu" yang mengambil tempat di Shah Alam.

Salah satu soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus melalui Abby Abadi adalah berkaitan fenomena penghijrahan selebriti hari ini & ilmu agama mereka....

Menurut penceramah agama popular ini, penghijrahan mereka sesuatu yang baik dan menjadi kemestian untuk umat Islam lain untuk suka dengan perubahan yang mereka ambil.

“Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), disitu tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh,” ujar beliau.

PENTING...! Berikan perhatian anda pada minit ke 10;28 video dibawah ini... Azhar Idrus menegur perbuatan sesetengah artis berhijrah yang menghentam artis lain yang belum berhijrah dan Abby Abadi lantas memotong jawapan Ustaz Azhar Idrus kerana ‘terasa’.

Tuesday, August 14, 2012

ZALIM..! Yb PKR Ahli Parlimen Kuala Langat Ceraikan Isteri Menjelang Syawal....

ZALIM...! kejam sungguh wakil rakyat PKR terhadap isterinya...

Hadiah paling pahit buat seorang isteri tatkala seluruh umat islam mahu meraikan ketibaan Syawal yang akan muncul beberapa hari lagi!

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah menjatuhkan talak satu keatas Halimah Mohd Sahat di Mahkamah Syariah Kuala Langat.

Kesian sungguh nasib malang yang menimpa wanita berusia 48 tahun ini... Perjuangan Halimah nampaknya sudah sampai ke penghujung jalan. Beliau kehilangan rumahtangga yang dibinanya selama 27 tahun bersama-sama Abdullah Sani

Yb PKR ini semenjak dipilih menjadi Ahli Parlimen telah berpeluang berkenalan dengan seorang wanita seksi berusia 27 tahun. Faizah Ariffin juga terjun ke bidang politik memegang jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor.

Perkenalan yang melahirkan bibit cinta, mungkin kerana kerap bersua wajah dalam pelbagai program parti...

Sayangnya, Halimah si isteri tua bukannya orang politik dan dia tidak pandai tendang terajang orang politik. Sedangkan lawannya iaitu suami sendiri dan madunya pula adalah orang politik yang cukup bijak memutar belitkan lidah dan memutihkan perbuatan yang hitam.

Dengan lafaz talak satu di hadapan hakim Mahkamah Syariah itu, nampaknya Faizah Ariffin berjaya merampas segala susah payah, titik peluh dan air mata yang diharungi bersama-sama Halimah Mohd Sahat dengan Abdullah Sani selama 27 tahun.

Dan Abdullah Sani pula yang mungkin terpesona kesedapan dengan goyangan gerudi Faizah Ariffin yang kisah gedik silamnya tidak kurang hebat, tidak lagi pening kepala dengan isteri tua yang layanannya mungkin tidak sebagus 27 tahun lalu.

PKR... dari parti, pemimpin sehinggalah ke akar umbi..., semuanya jenis tak berguna...!!

Yb PKR ini mungkin sudah menjadi Haram Jadah...! Wakil rakyat yang menjilat Anwar ini sering melabelkan pemimpin BN dengan perkataan Haram Jadah, saksikan video klip ini;


Habiiisslaah Najib...!! Masak Beb

Apakah benar karier politik Najib yang mahu dikuburkan oleh Anwar sedang melalui jalan buntu..?

Dapatkah Anwar menggapai cita cita jahatnya meranapkan masa depan Najib dalam sedikit waktu lagi sebelum berlangsungnya Pilihanraya ke 13..? Jawapannya ada
disini

Anwar Ibrahim BAPAK Pembohong Besar...!