Monday, August 13, 2012

Tolonglah Percaya...! Anwar Ibrahim Suka Ambil Kesempatan....

Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini.

Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.

Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.

Namun seperti yang kita maklum, keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum.

Semasa PRU 2008, DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya memperolehi 4,394 undi.

Sekalipun kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak, menariknya undi yang diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS.

BN pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU 2008.

Kebetulannya, calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang peraih ikan, lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai kemenangan "nyawa-nyawa ikan".

Selepas PRK itu, PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS terlampau minima.

Dalam pada itu, ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan.

Apabila Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri dapat diketepikan.

Berikutan itu, sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

Tanpa PAS sedari, penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya menghasilkan petroleum atau gas.

Ku Li tahu, dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat.

Antara akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], UNCLOS 1982, Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain.

Oleh sebab itu, apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak.

Sayangnya, PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi bicara dan jasa PM & UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama ini ditonjolkan oleh PAS.

Jika Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa, nyata ia umpama langkah yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya sampai bila-bila.

Pun begitu, alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan tersebut, kita harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh.

[Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja]

Ahli Ahli PAS Konfim Akan Masuk NERAKA...!!

Jika sebelum Pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya.

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.

Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud.

Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini?

Oleh kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga.

Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.

Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.

Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.

Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama.

Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.

Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa. Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.

Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?

WAJIB Tonton..!! Wajah Anwar Bertukar Macam SIAL Apabila Husam Musa Rampas Mikrofon Mencelah Dalam Sidang Media

Tontoni video klip dibawah ini, dan berikan sepenuhnya perhatian anda pada minit ke 1;37;00.

Mulanya Anwar mengumumkan yang 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diterima sebagai tema Hari Kebangsaan bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Namun, Husam telah mencelah dan memberitahu sidang media bahawa Kelantan tetap kekal menggunakan tema yang telah diumumkan, "Kelantan Menerajui Perubahan" disamping tema yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat.


Saturday, August 11, 2012

Ulamak Di Kelantan Buat Kerja Paling Gila...!!


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.....

Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.

Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.

Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik.

Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”.

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.

Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

Friday, August 10, 2012

Jadi MANGSA Tan Sri Khalid Ibrahim....!!

Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu....

p/s; Gambar Diatas Hanyalah Sebagai Hiasan Sahaja

Pilihanraya ke 13 [PRU 13] Akan Diadakan Selepas Raya....!!

PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.

"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.

Pergghh..! Yb Tido Kata Selangor Tak Ada Air Percuma Kalau Projek Langat 2 Diteruskan....!!

Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.

Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.

Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-
  1. Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.
  2. Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.
  3. Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)
  4. Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.
  5. Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.
  6. Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.
  7. Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .
Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

Thursday, August 9, 2012

GEMPAARR...! Abby Abadi Akan Bernikah Dengan Blogger RBF Online...??

Sangat menarik kisah yang akan anda baca ini, janganlah buang masa! Cepat klik disini.

Bekas Pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi KOMEN Dakwaan SB Jadi Senjata BN

Panas beb bila bekas orang nombor satu Crime Investigation Department [CID] Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari komen pasal tugas tugas SB...! Klik SINI

HARAM....!! Berdosa kalau Kita Undi DAP

Wednesday, August 8, 2012

Na'uzubillaaahh...!! Semoga Malaysia Tak Ditimpa BALA Macam Indonesia

Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.

Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.

Video Klip PANAAASSS Zahid Hamidi...!!

Blog Lawyer Garang cukup yakin juak juak murahan penjilat tegar Pakatan Pembangkang yang menjadi tukang basuh berak DAP pasti, gerenti panaaassss apabila menonton video klip dibawah ini...

Ramadhan Special..! Faekah Mohon Maaf Dan Mahu Berhari Raya Dengan Khir Toyo

Apabila terlalu banyak bercakap bohong akhirnya realiti akan menghukum kita. Inilah yang berlaku dalam kontroversi kerugian Universiti Selangor (Unisel).

Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sejak setahun yang lalu. Namun setiap kali dibangkitkan isu ini, kerajaan negeri tampil menafikan.

Yang terbaru dalam sidang Dewan yang lalu, ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak membangkitkan keadaan Unisel yang makin layu dan mengalami penyusutan pendapatan.

Menurut Sulaiman, pendapatan Unisel menyusut daripada RM 94.4 juta pada 2008 kepada 93.51 juta (2009) dan RM 75.48 juta (2010). Amatlah menghairankan ketika kerajaan Negeri menafikan kemerosotan pelajar, pendapatan pula merosot. Bukankah kenyataan ini sangat kontradik?

Masalah Unisel bertambah sukar apabila kos pengurusan meningkat begitu besar RM 93.97 juta pada 2008, 106.13 (2009) dan RM 113.11 juta pada 2010. Khalid perlu menjawab kepada umum mengapa kos pengurusan meningkat sedemikian rupa tanpa pengingkatan yang signifikan kepada pendapatan Unisel.

Baca seterusnya..., klik sini

Tuesday, August 7, 2012

Dato Nalla Telah Didatangi 'Orang Tengah' Anwar Ibrahim Memujuknya Memohon Maaf

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Dato' S. Nallakaruppan mendedahkan beliau telah didatangi 'orang tengah' yang kemudian memujuknya supaya memohon maaf kepada Anwar Ibrahim atas segala kritikan dan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau selama ini.

Bagaimanapun, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat karib ketua pembangkang selama lebih 30 tahun berkata, jika ditawar RM500 juta sekalipun beliau tidak akan berganjak daripada pendirian Anwar tidak layak untuk mengetuai pembangkang apatah lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, sudah lebih 30 tahun beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu tetapi kini, berjanji mendedahkan segala salah laku moral pemimpin tersebut demi negara.

"Saya mengesahkan ada 'orang tengah' datang memujuk saya. Dia mahu saya berhenti menentang Anwar khususnya dalam isu berkenaan kerana tahu riwayat politik Anwar akan berakhir jika kes itu dibicarakan. Mereka sedar saya mengetahui segala rahsia sulit Anwar dan memiliki bukti kukuh dalam bentuk video.

"Mereka tidak mahu video itu ditayangkan di mahkamah kerana ia melibatkan dakwaan skandal dengan isteri orang, sebab itu mereka takut. Saya ingin nasihatkan, tak perlu hantar 'orang tengah' untuk memujuk kerana jika sekalipun ditawar RM500 juta, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya sebelum ini.

"Saya akan lakukan segala-galanya demi negara kerana cukup sedar Anwar dari segi moral memang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya akan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka semua tertipu dengan imej Islamik Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan menggesa Anwar supaya berhenti menipu rakyat khususnya penduduk Sabah sempena Ramadan dan berharap bekas sahabat karibnya itu menggunakan kemuliaan Ramadan untuk menyuci segala dosa silam dengan bertaubat sebelum terlambat.

Menurutnya, walaupun Anwar mencanang lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan berpaling tadah kepada pakatan selepas Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, rakyat Malaysia masih tidak lupa bagaimana ketua pembangkang itu menipu mengenai tarikh 16 September.

"Dalam usia sekarang, Anwar sepatutnya memikirkan kepentingan negara berbanding cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana ketua pembangkang bukan tandingan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dalam isu moral, ideologi mahu pun tahap sokongan dalam kalangan rakyat," katanya.

Utusan Online