Thursday, January 5, 2012

Demo 901: Dr Hasan Ali Tak Nak Join...!

Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.

Sehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) suapaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Hasan berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan.

BAHAYA..! Anwar Ibrahim Kata Dia Boleh Pergi Turki Sebelum 9 Januari...!!


Anwar Ibrahim mengaku beliau boleh melarikan diri ke luar negara seperti ke Turki bagi menyelamatkan diri daripada hukuman berkaitan kes liwatnya.

Bagaimanapun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan beliau tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak gentar untuk dipenjara sekiranya mahkamah pada 9 Januari ini memutuskannya bersalah dalam kes liwatnya.

"Tahu tak sembilan haribulan ini mahkamah nak putus (kes liwat). Saya ada pilihan boleh duduk di Arab atau Turki, duduk sana tak balik. Saya tidak mahu duduk penjara, saya duduk luar (negara). Nak maki...? Makilah...., sekarang tak duduk penjara pun kena maki juga.

"Tapi saya bincang dengan Wan Azizah dan keluarga, mereka setuju lawan.., pertahankan hak.., pertahankan maruah dan jaga kepentingan rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk termasuk penyokong pembangkang dari luar daerah di Kampung Parit Samsu di sini malam tadi.

Pada 9 Januari ini Anwar akan mengetahui nasibnya sama ada akan dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26.

Kes tersebut merupakan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Wednesday, January 4, 2012

Yang Mana Satu..? Pas Ataupun Umno Yang Sebenarnya Bergolak Di Selangor...??


Apakah ribut sekejap isu Hassan Ali boleh memberi kesan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti baik secara umum untuk seluruh negara mahu pun secara khusus di Selangor?

Sedikit sebanyak gema perang mulut antara bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ada mengelirukan pengundi atas pagar dan pengundi tidak tegar BN yang bercadang untuk mengajar pimpinan UMNO sekarang.

Rata-rata saya berjalan saya ditemui oleh penyokong tegas Pakatan dan penyokong BN khususnya UMNO. Mereka bertanyakan isu itu. Tiada penjelasan tepat dan meyakinkan yang dapat saya beri melainkan cuba mengatakan ia isu sekejap dan sementara yang boleh diredakan sebelum pilihan raya.

Ketika pilihan raya berlangsung, isu itu tidak menjadi isu lagi.

Apa pun pengundi tegas PAS dan pembangkang bimbang ia boleh mengganggu harapan PR untuk menambah kejayaan PRU 2008 dulu, bahkan mungkin tidak dapat mempertahankan keputusan yang lalu. Mereka tidak akan berganjak dari PR sekali Anwar Ibrahim tiada di luar.

Tetapi mereka bimbang ialah boleh mempengaruhi orang atas pagar. Mana-mana yang bercadang untuk menyokong PR memikirkannya semula. Kalau ia berlarutan ia boleh mengganggu perayu undi dari rumah ke rumah untuk bersoal jawab apabila ditanya pengundi.

Orang UMNO yang tidak senang dengan kerajaan dan pimpinan UMNO yang ada, masih mengharapkan BN berkuasa tetapi mereka mengurangkan pencapaiannya, sekurang-kurangnya seperti keputusan Mac 2008 dulu, supaya ia membuka jalan kepada perubahan pimpinan UMNO.

Keputusan buruk BN itulah yang memungkinkan pimpinan Abdullah Badawi digantikan. Tidak cara bagi mereka mengakhiri pimpinan buruk bersama Najib dan Rosmah melainkan ngeri yang sama berlaku kepada PRU 13. Justeru itu bagi mereka pimpinan PR khususnya PAS jangan memberi banyak peluru kepada BN.

Saya boleh menerima logik itu.

Moga-moga dengan perkembangan terbaru Dato Hassan sudah berjumpa pimpinan PAS – Mursyidul Am dan Presiden – di kediaman Menteri Besar Kelantan, Hassan bukan sekadar mengentikan polemiknya dengan PAS malah minta maaf dan menarik balik tempelaknya terhadap gagasan negara berkebajikan.

Isu itu sudah reda dan seperti betul ialah adalah ribut yang sekejap.

Mungkin kesannya tidak 100 peratus reda, tetapi ia rasanya boleh diimbangi di Selangor dengan keputusan kes mahkamah Dr. Khir Toyo. Kes bekas MB Dr. Khir itu menambah imej rasuah pimpinan kerajaan BN Selangor sejak lebih 30 tahun dulu.

Ia menambah gara-gara yang ditinggalkan oleh kes Dato Harun Idris dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Kedua-duanya berhenti dari MB kerana kes masing-masing. Sekali pun kes Dato Harun menjurus kepada kes politik, tetapi campuran semua masalah itu menjadikan isu Hassan Ali itu tidak apa-apa.


Boleh tenggelam isu itu dalam timbunan imej rasuah BN dan UMNO Selangor. Dan kes lembu suami ketua Wanita UMNO yang tidak mungkin diselesaikan pada PRU 13 itu menjadikan isu Hassan sekecil zarrah atau hama melayang.

Isu itu mati apabila membatalkan sangkaannya tentang negara berkebajikan. Isu itu sudah bukan lagi suatu perbedaan pendapat di kalangan PAS.

Malah isu Hassan Ali itu tidak sampai mencetuskan perpecahan pada PAS Selangor. Tidak ada bantahan ketara atas perubahan pimpinan PAS Selangor.

Sekurang-kurang kalau ia dikira satu penyingkiran terhadap pimpinan PAS Selangor, maka apa kurangnya penyingkiran pimpinan UMNO Selangor. Kes rasuah Khir Toyo adalah satu bentuk penyingkiran kepadanya oleh pimpinan bersama Najib dan Noh Omar. Adakah Dr. Khir saja yang rasuah di Selangor?

Mengapa yang lain tidak diseret? Adakah yang lain malaikat belaka?

Lebih teruk penyingkiran Najib ke atas Tan Sri Mohamad Taib. Bekas MB Selangor digugurkan dalam semua kedudukan apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan ketua UMNO Selangor. Mohamad adalah Ketua UMNO Selangor ketika Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Najib angkat ramai senator baru untuk dijadikan menteri, digugur Senator Mohamad Taib dari jawatan menteri.

Mana lebih bergolak antara UMNO Selangor dan PAS Selangor?

Sesungguhnya benda yang tidak sepatutnya jadi isu telah dijadikan isu. Untungnya ia sekejap saja.

Subky Latif


Nga Kor Ming Dihadap Ke Lembaga Disiplin DAP. Apakah Ini Satu Drama Astro Wah Lai Toi....??


Jawatankuasa Disiplin DAP akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kononnya setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming telah menyalahguna kuasanya semasa menjadi anggota exco kerajaan negeri ketika negeri itu diperintah oleh pakatan DAP-PKR-Pas pada 2008.

Pengerusi jawatankuasa, Tan Kok Wai memberitahu, satu aduan telah dibuat kepada jawatankuasa itu oleh cawangan DAP di Greenwood, Ipoh.

"Saya menerima surat aduan itu semalam. Kita akan adakan siasatan minggu depan dengan memanggil pengadu dan Nga Kor Ming,” katanya.

Seorang penulis blog, Ahmad Sofian Yahya telah mendakwa kononnya Kor Ming menyalahguna kuasanya berhubung satu kontrak menyediakan pakaian pada 2008 semasa beliau menjadi anggota exco yang bertanggungjawab mengenai kerajaan tempatan.

Kor Ming menafikan dakwaan itu dan telah memfailkan saman terhadap Ahmad Sofian semalam. - BERNAMA

Bini Raja Petra Sakit Kanser Tahap Serius Nak Balik Sini Malaysia..., Itu La Pasal Sekarang RPK Buat U-Turn Hentam Anwar Ibrahim....

Agaknyer ramai orang mungkin terkejut sebab ape tiba2 jer blogger yang mendapat gelaran The Fugitive Blogger, Raja Petra Kamarudin @ RPK baru2 nie hentam boss dia si Anwar Ibrahim..?

Dulu bukan main lagi RPK dok hentam Datin Seri Rosmah tuduh macam2 pasal bom C4 yang meletopkan mayat perempuan Mongolia tu, kononnya Rosmah yang suruh la, kononnya Rosmah ade kat tempat mayat diletopkanlah....

Sampai rosak nama Datin Seri Rosmah dikerjakan oleh si RPK. Tiba2 sekarang plak RPK dah mula hentam boss dia, kenapa..?

Dengar citer wife RPK, Marina Abdullah sekarang kanser dia makin serius. Kak Marina nak sangat balik sini, balik Malaysia. Itu pasal agaknya RPK kena buat u-turn sebab nak dapat pengampunan nak balik Malaysia kot..?

Boleh ker Datuk Sri Najib dan Datin Seri Rosmah lupakan semua kisah silam yang dah merosakkan nama mereka berdua..??

More stories..., please click here

Tuesday, January 3, 2012

FuyoOO Cayalah..!! Ade Pemimpin Pas Dapat Cucu Luar Nikah......

Perrghh....!! Best giler citer nie, cepat klik sini

Kesian Kat Parents Students UPSI Jadi Lembu Anwar Ibrahim....

Haa.. haa..!! Terbaek la Video Anwar Ibrahim Mengamuk Kes Demo UPSI

Jamil Khir Masuk ASNAF Mana...?


PAS mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan ‘asnaf’ mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman.AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.”

Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)?

Faqir miskinkah..? Fisabilillahkah..?,Muallafkah...?,” soal Idris.

Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.

Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.

“Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

“Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, ” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.

Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:

- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

kl-today

Monday, January 2, 2012

Kes UPSI : Polis Nafi Guna Kekerasan Pada Siswa

Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.

"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim hari ini.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.

"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

- Bernama

Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus Bersama Pimpinan Pakatan Selangor Sambut Tahun Baru 2012 - Video Clip Inside...!!

Sham Kamikaze bersama bekas juara Akedemi Fantasia Shahir turut sama meriahkan sambutan New Year dengan Pakatan Rakyat..

Sunday, January 1, 2012

FuuyOO...!! Kak Ijat "Terpaksa" Menggatal....

Full story..., please click here

Nurul Izzah Tak Layak Jadi Perdana Menteri Malaysia.....

Masa depan negara tidak boleh diperjudikan dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada mereka yang terlalu mentah seperti Nurul Izzah Anwar.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kriteria pemilihan pemimpin nombor satu negara adalah berasaskan kepada kemampuannya untuk menjamin masa depan rakyat.

"Asasnya, mana-mana ketua parti yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen layak menjadi Perdana Menteri dan mereka berhak mengemukakan sesiapa sahaja.

"Tetapi ini tidak bermakna ia dilakukan untuk meraih simpati orang ramai. Rakyat dan masa depan negara perlu diberikan keutamaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum PRU Ke-13 nanti.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang menyatakan penonjolan Nurul Izzah itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

Menurut Mohamed Mustafa, Nurul Izzah merupakan pemimpin yang masih mentah serta kurang dalam serba-serbi bagi memegang jawatan itu.

"Menjadi Perdana Menteri bukanlah seperti memimpin persatuan kecil, ia memerlukan individu yang benar-benar berwibawa, jadi rakyat harus berfikir untuk memilihnya," ujarnya.

Pensyarah Politik dan Kerajaan, Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayun Jawan pula berkata, tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan parti pembangkang sudah ketiadaan pemimpin yang berkaliber.

"Perkara ini menjatuhkan lagi harapan PKR untuk memenangi pilihan raya. Masih ramai calon berwibawa yang mereka ada tetapi budak-budak pula dicalonkan bagi menjadi Perdana Menteri," ujarnya.

Tambah beliau, perbuatan itu juga seolah-olah pembangkang sudah yakin bakal 'kehilangan' Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah apabila kes liwat beliau diputuskan pada 9 Januari ini.

Jangan Nak Buat Huru Hara....

Pakatan pembangkang perlu menghentikan taktik jahat bagi memanipulasi pemikiran rakyat dengan mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini demi memenuhi politik kepentingan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, ini kerana, rakyat negara ini terdiri daripada mereka yang cintakan keamanan dan tidak akan termakan dengan hasutan berbaur subversif mereka.

“Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dilancarkan pembangkang hanyalah talian terakhir mereka untuk memperbesarkan isu serta memperbodohkan pemikiran rakyat meskipun secara jelas kes liwat yang melibatkan ketua mereka adalah isu moral dan kes peribadi beliau.

“Kenyataan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa rakyat adalah hakim negara juga tidak berasas kerana perkataan ‘rakyat’ yang digunakan mereka hanya merujuk kepada penyokong mereka semata-mata, bukannya semua rakyat negara ini.

“Jelas sekali, Kempen Bebaskan Anwar 901 mencerminkan agenda kepartian sempit pembangkang dan ia langsung tidak melibatkan kepentingan rakyat,” katanya ketika mengulas rancangan pembangkang untuk mengheret rakyat menjadi pelindung kepada Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, melalui kempen “Bebas Anwar 901” pada 9 Januari ini.