Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan Special..! Faekah Mohon Maaf Dan Mahu Berhari Raya Dengan Khir Toyo

Apabila terlalu banyak bercakap bohong akhirnya realiti akan menghukum kita. Inilah yang berlaku dalam kontroversi kerugian Universiti Selangor (Unisel).

Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sejak setahun yang lalu. Namun setiap kali dibangkitkan isu ini, kerajaan negeri tampil menafikan.

Yang terbaru dalam sidang Dewan yang lalu, ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak membangkitkan keadaan Unisel yang makin layu dan mengalami penyusutan pendapatan.

Menurut Sulaiman, pendapatan Unisel menyusut daripada RM 94.4 juta pada 2008 kepada 93.51 juta (2009) dan RM 75.48 juta (2010). Amatlah menghairankan ketika kerajaan Negeri menafikan kemerosotan pelajar, pendapatan pula merosot. Bukankah kenyataan ini sangat kontradik?

Masalah Unisel bertambah sukar apabila kos pengurusan meningkat begitu besar RM 93.97 juta pada 2008, 106.13 (2009) dan RM 113.11 juta pada 2010. Khalid perlu menjawab kepada umum mengapa kos pengurusan meningkat sedemikian rupa tanpa pengingkatan yang signifikan kepada pendapatan Unisel.

Baca seterusnya..., klik sini

3 comments:

  1. Ex-official: Unisel being run to ruin
    SHAH ALAM: A UNIVERSITY with 12,000 students should not be facing financial trouble unless it is poorly managed.
    Former Universiti Selangor (Unisel) marketing and communication director Halid Hasbullah said the university would not face such a predicament if it was managed properly.
    The situation, he said, was made worse by political interference in the state-run university's administration.
    "This shows that Unisel has high operations cost. Other private college and universities can make profit by having 7,500 to 8,000 students.
    "From what I observe, Unisel has a high fixed cost.

    Sekadar pandangan…
    Saya merujuk kepada penyataan En Halid Hasbullah, bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi UNISEL dalam TheStar 7 Ogos 2012, mengenai masalah pengurusan kewangan Universiti tersebut.

    Banyak kebenarannya bahawa UNISEL dibawah PR ini menghadapi masalah. Bermula dengan campur tangan ahli politik yang bermotifkan wang, di dalam lembaga pengarah. Kemudian rombakan tenaga kerja yang menyaksikan pemecatan dan perletakan jawatan pegawai kanan dan pengurusan atasan. Penambahan VC dan perlantikan pegawai yang tidak cekap dan tiada keperluan. `Intake’ pelajar yang berkurangan setiap semester akibat dari kehilangan keyakinan ibubapa terhadap UNISEL pengurusan baru ini, menyumbang kearah aliran wang tunai yang ketat..

    Pada hemat saya, pengurusan yang berkiblatkan PR ini mengambil kesempatan yang ada untuk menghabiskan wang universiti kerana kemungkinan besar, selepas PRU13, Selangor akan ditabir semula oleh BN. Segala rezab kewangan harus dihabiskan dan hutang perlu diperbesarkan supaya pengurusan akan dating akan menghadapi masalah.

    GLC Kerajaan Selangor yang lain juga dikataan sedang sibuk meng`adjust’ akaun dan aliran wang tunai supaya jika berlaku pertukaran kerajaan, wang tunai sudah di guna atau di larikan ke projek kroni.

    Dokumen dokumen penting kerajaan seperti hasil mansul tanah dan bahan mentah sudah di ketepikan oleh kerajaan PR.

    Begitulah rakusnya PR di Selangor. Pada saya BN perlu `kurang ajar’ seperti PR juga.

    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. TABUNG PEGUAM MUDA MELAYU
    Penulis perhatikan apabila pilihanraya di adakan atas sebab kematian Ahli Yang Berhormatnya atau sebab-sebab tidak melayakkannya, pihak kerajaan akan mula mengadakan projek `pilihanraya’ seperti turup jalan, bina longkang, mengecat, peralatan balai raya dan sebagainya untuk DUN berkenaan. Baiknya rakyat yang mendapat faedah dan kontraktor Bumiputera biasanya mendapat kerja. Apa yang menyedihkan kontraktor ini hanya baik dengan YB Pemberi Projek sahaja, akrab sekali, tetapi balik rumah dan taman perumahan, kontraktor ini sombong, tidak bercampur gaul Dan tidak mesra masyarakat. Buat hal sendiri. Saya sarankan semua YB Pemberi Projek harus mengutamakan pemberian kontrak kecil (emergency) kepada kontraktor yang mesra rakyat. Mereka harus secara tidak langsung menunjukkan tabiat yang baik. Jangan sebab kontraktor tadi, parti BN/UMNO dibenci rakyat.


    Berbalik kepada pengagihan projek bagi DUN berkenaan, kosnya mungkin mencecah RM1 juta. Penulis cadangkan BN/UMNO mewujudkan dana Tabung Peguam Muda Melayu di DUN berkenaan. Tujuan Tabung ini dibentuk ialah untuk melatih peguam muda Melayu di dalam perudangan. Tabung ini menyalurkan bantuan kewangan dan tenaga manusia. Peguam UMNO dan BN yang berpengalaman harus memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada peguam muda ini. Jangan hidupkan kontraktor sahaja, peguam muda yang baru juga perlu dibantu. Jikalau ada ruang pejabat, sewa murahkan kepada mereka. Buat pemulaan bayar gaji mereka selama 6 bulan (melalui Tabung tersebut) supaya ia boleh berdikari kemudian. Beri dia peluang perniagaan. (MOSTI atau BIOTECHCORP memberikan geran permulaan perniagaan bernilai jutaan RM kepada sebuah syarikat, mengapa tidak UMNO/BN mencari dana membantu RM50K untuk seorang peguam muda. Keadah perlaksanaan boleh dirancang supaya tiada penyelewangan) Jikalau ada perumahan baru kerajaan, beri mereka beberapa peratus kerja surat perjanjian, sebagai contoh. Barulah peguam muda ini dapat belajar dan tidak merungut `asyik asyik peguam tu yang dapat’. Peguam muda melayu ini mesti ditarik menyokong Kerajaan. Alangkah baik juga ia dapat diwujudkan disetiap DUN dan ramai bilangannya. Jikalau UMNO/BN tidak buat ini, lama kelamaan Bar Council memang sebuah badan anti kerajaan.

    Penulis perhatikan pihak Kerajaan UMNO / BN tidak seagesif dari segi mengambil tindakan undang-undang jika dibandingkan dengan PR terutamanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Pulau Pinang. Cakap sikit mereka saman atau mereka tuntut maaf terbuka. Akan tetapi Anwar Ibrahim terutamanya bercakap di dalam negeri dan diluar negara tanpa batasan. Ada perkara yang masih dibicarakan lagi pun boleh diulas diluar mahkamah. Begitulah puasnya mereka. Tun Mahatir sendiri disaman berjuta-juta. Penulis melihat ini sebagai `opportunity’ dan bukan `threat’.

    Seperti di dalam industri pembinaan, kontraktor kelas F diberi kerja secara undi dan adakalanya projek diagih atau dikurnia terus. Penulis mencadangkan Kerajaan turut serta dalam program melahirkan lebih ramai lagi peguam muda di DUN / Parlimen / seluruh negara. Wujudkan program mentor mentee dikalangan peguam senior pro kerajaan dengan peguam muda. Mentor akan membantu dan melatih peguam peguam ini menjalankan tugas seorang peguam. Salah salah tugas mereka ialah menyaman PR jika ada kes fitnah, menipu, salah guna dan sebagai. Sebuah badan akan memantau ceramah mahupun akhbar mereka dan jika didapati meyalahi undang-undang, peguam muda ini mesti bertindak. Melalui tindakan ini, peguam muda ini akan belajar dan mengumpul pengalaman. Penulis ingin melihat Anwar Ibrahim kena hadir kes mahkamah di Alor Gajah Melaka esok, lusa di Alor Setar, tulat di Kota Kinabalu, akhir bulan di Muar, 1 hb di Kuantan dan sebagai. Letih juga dia. Hanya melalui tindakan undang-undang, Anwar Ibrahim akan berhati-hati apabila bercakap dan menulis.

    Ikhlas dari
    nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. PASTI Gagal: Anak Kecil Diajar Untuk Taksub Kepada Pemimpin PAS?
    August 2, 2012 •

    Sekadar pandangan.....
    Kerajaan BN mengamalkan aktiviti politik di dalam pre sekolah, sekolah rendah, menegah, kolej dan universiti (dalam negeri dan luar negara), walhal puak lain aktif menyusup di semua peringkat pendidikan. Mereka melakukan penyebaran idealogi PAS kepada anak anak kerana kanak kanak senang menerima `pelajaran’ dan pengajaran oleh gurunya. Semasa saya menuntut di universiti, saya mempelajari strategi McDonald mensasarkan kanak-kanak sebagai sasaran utama pasaran. Ia memungkinkan membentuk kesetiaan pada produk pada tahap kanak-kanak lagi.Secara jangka panjang, jika BN tidak membenteranya atau `control’, ia mungkin akan memeritkan BN.
    Saya cadang BN khasnya UMNO mesti `kurang ajar’ dengan menghantar ahli-ahlinya yang berpusat dan berpesat di semua peringkat persekolahan. Ahli UMNO/BN mesti dilatih menjadi guru tadika untuk mendampingi kanak-kanak. Mereka mesti diajar sejarah dan `exposure’ mengenai pemimpin UMNO/BN, selain matapelajaran asas.

    UMNO/BN TIDAK boleh bersikap TAK APA dalam hal ini kerana puak pembangkang amat aktif meng`PAS”kan kanak-kanak, murid-murid, pensyarah dan pelajar. UMNO/BN perlu galakkan penubuhan kelab-kelab pelajar di universiti supaya pelajar senantiasa bersama sama dengan kerajaan. Bn/UMNO harus menjadi `kurang ajar’ dengan membatalkan atau mengurangkan atau melambatkan pengeluaran biasiswa. BN/UMNO kena `zalim’ sedikit dalam memilih pelajar baru kerana jika tidak `zalim’, puak pembangkang akan menguasi Malaysia dan mereka akan lebih zalim terhadap BN/UMNO.


    Lebih teruk lagi pelajar pengajian islam di timur tengah....




    Ikhlas dari
    nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete