Friday, January 21, 2011

Umi Hafilda Punyer Pasal..., Afifa Dah Mintak Nak Buat Test DNA...!!!

Azmin sekeluarga mengambil cuti mengejut ke London kerana tertekan dengan masalah keluarga, sejak adiknya Ummi Hafilda Ali mendedahkan kembali kisah benar 12 tahun lampau yang berlaku di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin (isteri Azmin) di Mingguan Malaysia dan pendedahan seterusnya di blog http://srikandi7.blogspot.com/

“Pendedahan-pendedahan Ummi Hafilda di blog itu amat memberi tekanan kepada Azmin, apatah lagi disertakan lagi dengan bukti-bukti dokumen-dokumen tertentu.

“Bukan setakat blog itu dilayari oleh peminat-peminat Ummi, malah turut dikunjungi juga oleh ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan untuk mengikuti pendedahan yang seterusnya serta mengetahui cerita sebenar yang berlaku pada tahun 1998″, katanya

Blog srikandi7 yang baru dibina kira-kira tiga minggu lepas, kini telah mencecah hit 110801, dengan follower seramai 355 orang dan sudah tersenarai di tangga ke 50 antara blog popular di alexa ranking.

Setiap artikel yang ditulis oleh Ummi Hafilda mendapat sokongan dari peminatnya, hinggakan mencecah ratusan komen. Malahan, ramai pengunjungnya tidak sabar untuk menunggu pendedahan yang selanjutnya.

“Malah lebih mengejutkan, anak-anak Azmin, Shazliyana dan Afifa yang nama mereka dikaitkan dalam dakwaan 1998 itu juga turut membaca blog itu.

“Sekarang, kedua dua anak Azmin sudah besar dan boleh berfikir. Mereka sudah ragu-ragu siapakah yang benar, adakah penafian ibu bapanya atau dakwaan yang masih bertebaran ?”, katanya lagi.

Difahamkan, kedua anak perempuan Azmin, Farah Shazliyana (anak sulong) dan Farah Afifah telah mendesak ayahnya, Azmin Ali dan ibunya, Shamshida Taharin melakukan ujian DNA sekali lagi untuk menentukan dakwaan status Afifa adalah anak Anwar Ibrahim.

Kepada kedua-dua anak perempuan Azmin, ujian DNA sekali lagi amat penting untuk memastikan masa depan depan. Setelah ujian DNA itu dibuat semula, jika didapati Afifa adalah benar-benar anak Anwar, gadis itu akan redha sepenuhnya. Dan jika didapati bukan anak Anwar seperti yang didakwa, isu anak Anwar yang terpalit di imej Afifa akan padam buat selama-lamanya.

Namun Azmin dan Shamshida dikatakan telah menolak secara tegas desakan kedua anak perempuannya itu.

“Shazliyana menangis-menangis menelefon saudara mara terdekat di Malaysia meluahkan ‘perang besar’ yang melanda keluarga mereka di London” kata sumber itu lagi.

Penolakan itu menyebabkan Afifa memberontak kerana sudah semakin meragui kebenaran kata-kata kedua ibu bapanya itu.

Afifa yang disebut-sebut sebagai ‘anak Anwar’ mendesak bapanya melakukan ujian DNA sekali lagi untuk menentukan sejauh manakah dakwaan yang dilontarkan sebelum ini.

Difahamkan, Afifa benar-benar marah dengan sikap tidak bertanggungjawab bapanya itu dan dia lebih banyak mengurungkan diri sebagai tanda protes.

Menurut sumber, apabila diajak makan bersama-sama, Afifa menjawab, dia tidak mahu makan bersama ibunya kerana ibunya jahat. Afifa turut memberitahu kepada seseorang, bahawa ‘sekarang dia (Afifa) benar-benar mempercayai dia adalah ‘anak Anwar’, berdasarkan sikap kedua ibu bapanya mutakhir ini.

Read more…, click here

No comments:

Post a Comment