Sunday, April 28, 2013

Bertembung Sewaktu Berkempen.... Khalid Gereja TAK Nak Bersalaman Dengan Zul Noordin...! Sebaarkan Foto Ini.

TENGOK...!

Nah! Saksikanlah sendiri..... Betapa busoknya hati kowduu Khalid Gereja mengalahkan seorang Yahudi. Dia enggan hulurkan tangan menyambut salam dari Zul Noordin.

Aksi ini dirakam sewaktu kedua dua calon yang bertanding kerusi Parlimen Shah Alam bertembung sewaktu pergi bertemu pengundi di tapak pasar malam Padang Jawa dalam DUN Batu 3.

Khalid Gereja memang menanamkan rasa dendam kesumat terhadap Zul Noordin yang membongkar onar Khalid menyokong sepenuhnya tindakan melacurkan kalimah Allah. Seantero Malaya sudah tahu bahawasanya Khalid Gereja dalang kepada kerja kerja membenarkan bukan islam menggunakan kalimah suci Allah...

Kepada jentera jentera UMNO Shah Alam tunggu apa lagi, sebaaaarkanlah foto diatas itu kepada pengundi pengundi di Shah Alam....!



Saturday, April 27, 2013

Anak Muda Upahan Khalid Gereja Ini GAGAL Malukan Calon BN DUN Batu 3 Shah Alam.....

Tahniah diucapkan buat Dato Hj Ahmad Nawawi M Zin, calon BN untuk DUN Batu 3 Shah Alam....

Dalam satu majlis penerangan sedang diadakan sejajar dengan kempen PRU ke 13, Nawawi telah disoal oleh seorang anak muda yang mengakui dirinya penyokong tegar Pakatan Pembangkang.

Sangat menarik.., terkesan dengan cara penjelasan Nawawi, akhirnya anak muda ini akui BN bukanlah sejahat mana yang selama ini beliau sangkakan. Malah beliau akui dirinya telah tertipu.... Bacalah kisahnya di SINI

Gagap Dah Gabra Beb...! Main Tuduh UMNO Beli Bilik Gerakan PKR Tapi Tak Nak Kasi Bukti


SAKSIKANLAH video klip dibawah ini....

Sejak daripada hari penamaan calon lagi Khalid Gagap gagal mendapat sokongan daripada pengundi pengundi di DUN Pelabuhan Klang. Banyak program ceramah Khalid menyaksikan lebih banyak kerusi dari orang...




Friday, April 26, 2013

KANTOI...! Mike Tyson Planted Agent Umno Masuk Pas Nak Gagalkan Plan DAP

Baca kisahnya, di SINI

Paekah Akui Pengundi Pengundi DUN Pelabuhan Klang Paling Bertuah Dalam Dunia....

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli menyifatkan pengundi di Pelabuhan Klang bertuah kerana berpeluang mencipta sejarah menjatuhkan karier seorang Menteri Besar.

Ini kerana, kata beliau, jika Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mendapat mandat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang maka beliau tidak dapat menjawat jawatan itu semula.

"Saya yakin penduduk Pelabuhan Klang akan mengambil peluang keemasan ini kerana Abdul Khalid bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar, malah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pengecut kerana lari ke kawasan lain.

"Keputusan beliau lari ke Pelabuhan Klang satu kesilapan besar dan jangan ingat pengaruh sebagai menteri besar dapat membantu beliau menang undi rakyat," katanya



Pada PRU-12 empat tahun lalu, Abdul Khalid menang di Ijok.

Beliau ditemui selepas berucap di hadapan lebuh 200 penduduk di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik di sini malam tadi.

Mohd Nazmi juga yakin Datuk Nasarruddin M. Zin adalah calon pilihan rakyat yang akan membantu mengembalikan kerusi DUN Pelabuhan Klang ke pangkuan Barisan Nasional. - klik UTUSAN ONLINE

Thursday, April 25, 2013

Wednesday, April 24, 2013

Bodohnya Husam Cari Maut Di Putrajaya....! Karier Politik Husam Akan Ditalkinkan Pada 5 Mei 2013

Beginilah nasib malang seorang politikus yang tidak bijak membuat perhitungan....

Dalam sifir politik sekiranya kita tersilap percaturan maka segala-galanya akan musnah sekelip mata. Begitulah kisahnya dengan seorang Naib Presiden PAS yang baghal dan bebal ini.

Bangang tahap gaban si Husam merempat mengemis di Parlimen Putrajaya dengan berjaja cerita kunuuuuuunnya Tengku Adnan tidak islamik sebagai wakil rakyat disana...

Sedangkan Ahli Parlimen ini susah membuktikan kejayaan beliau melaksanakan tanggungjawab sepanjang penggal 2008 sehinggalah dengan berakhirnya tempoh sebaik sahaja YAB Datuk Sri Najib membubarkan parlimen pada 3 April baru baru ini.

Sebanyak 56 surau sudah siap dibina dimana 7 daripada surau mengadakan solat Jumaat disamping 2 buah masjid di Putrajaya.

Apakah pengundi di Putrajaya akan berjaya dibohongi dan diperdayakan oleh Husam..? Malah difahamkan Naib Presiden PAS ini dengan selamba mendabik dada menyatakan warga Putrajaya yang berasal dari Kelantan akan menyokong dirinya...

Seandainya bilangan pengundi warga Kelantan di Putrajaya seramai 1,245 orang memilih untuk membuat silap dengan memberikan undi mereka kepada Husam sekalipun, namun ianya tidak akan menjejaskan sokongan buat Tengku Adnan.

Apakah pengundi Putrajaya mahu memperjudikan nasib mereka mengangkat seorang calon yang diwaktu yang sama bertanding sebagai calon DUN dinegeri Kelantan sebagai wakil rakyat P125 Parlimen Putrajaya...?

Rekod buruk Husam sebagai seorang Exco kerajaan negeri Kelantan yang gagal sudah pasti tidak mampu untuk memberikan khidmat buat warga Putrajaya. Apakah Husam fikir warga Putrajaya tidak tahu menilai yang mana satu intan yang satu kaca...? Husam fikir pengundi Putrajaya sama bodoh seperti ahlol ahlol tolol PAS...?

Tak sabar rasanya hendak menunggu muncul tanggal 5 Mei 2013. Tarikh keramat menyaksikan karier politik Husam akan berkubur di Putrajaya....!

Tidak Mustahil BN Berjaya Menang Di Kelantan

Semua maklum semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini.

Lima tahun sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar dicapai.

Malah di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.

Namun bagi pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.

Ia tak mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan  berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.

Hakikat itu tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.

Selepas itu, asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS Kelantan.

Mereka sedar UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.

Hari ini kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati.

Itu belum lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.

Di lihat pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.

Jika trend itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan  kepada BN maka itulah takdir buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.

Tuesday, April 23, 2013

Jentera Ku Nan Boleh Sebarkan Video Klip Ini Di Putrajaya...! Bukti Husam Musa Salah Baca Surah An Nasru






PKR Akui Hadapi Masalah.... Sambutan Ceramah Kempen PRU Pembangkang Semakin Merosot Akibat Video Seks STOPA

Imej serta kredibiliti Pas sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam semakin rosak apabila isu video seks dikaitkan dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali tiada tindakan.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, sehingga kini Lajnah Tatatertib dan Majlis Syura Ulama parti itu hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan video tersebut telah tersebar khususnya di internet.

Beliau berkata, jika itu juga pendirian yang diambil oleh Pas, tidak mustahil parti tersebut akan ditimpa malapetaka kerana mempermainkan Islam.

''Antara tujuan Pas ditubuhkan berdasarkan Perlembagaan parti itu adalah untuk menjaga kesucian Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah. Persoalannya mengapa kes ini tidak dirujuk berdasarkan al-Quran dan as-Sunah.

''Apa yang al-Quran perintahkan? Perintahnya ada dalam ayat 6 surah al-Hujurat iaitu jika datang satu berita hendaklah disiasat kebenarannya. Masalahnya kes yang melibatkan Mustafa ini langsung tidak disiasat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasan Basri berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada Mustafa itu amat berat dan sekiranya kes tersebut gagal ditangani kemungkinan juga Pas akan menerima hukuman daripada rakyat.

Dalam pada itu beliau mengimbau satu sejarah dalam Pas iaitu pada sekitar 1970-an seorang Ahli Parlimen Pas dari Perak, Hashim Gera telah menari dengan seorang wanita di lobi Parlimen.

''Jawatankuasa disiplin kemudian mengambil keputusan memecatnya kerana perbuatannya itu dilihat memalukan Pas dan tidak selari dengan kehendak Islam.

''Namun, dalam kes yang dikaitkan dengan Mustafa ini lebih teruk daripada itu. Hashim Gera hanya sekadar menari sahaja,'' katanya lagi.


Menjawab satu soalan, beliau berkata, Lajnah Tatatertib serta Majlis Syura Ulama sepatutnya telah memulakan siasatan tanpa perlu menantikan Mustafa membuat laporan polis.

''Mereka perlu lebih proaktif. Mereka boleh memulakan siasatan untuk menentukan sama ada Mustafa terlibat atau tidak. Ini soal maruah sebuah parti Islam.

''Jawatan Setiausaha Agung merupakan satu jawatan yang amat penting dan jawatan ini juga melambangkan sesebuah organisasi ,'' jelasnya.

Mustafa pula katanya, perlu membuat laporan polis sekiranya benar telah difitnah atau membuat sumpah laknat bagi membersihkan namanya.

Monday, April 22, 2013

Kisah DUN Sg Aceh - Al-Kisah SETAN Dibelasah Unit Anal PAS Sewaktu Penamaan Calon

Apa sudah jadi dengan Pembangkang....?

Bergaduh bergasak sakan sesama sendiri...! Mereka bukan sahaja berebut kerusi untuk bertanding malah sudah dizahirkan melalui pergaduhan sehingga sanggup pukul memukul diantara mereka....

Nah...! Jelas sungguh bahawa apa yang diceritakan oleh barua paling kuat jilat Anwar, siapa lagi kalau bukan Chegu Bard. Anak muda yang menjadi ayam tambatan Pembangkang dalam hal menabur fitnah....

Kesian, terpaksa bergasak sesama dengan ahlol ahlol tolol PAS dalam merebut mahu bertanding di DUN Sungai Aceh dalam Parlimen Nibong Tebal.

Bacalah diatas itu luahan hati Chegu Bard menceritakan bagaimana cubaan untuk memukul dirinya dan anak serta isterinya pula ditolak oleh Pemuda PAS sewaktu penamaan calon....

Padan muka kau SYAITAN...!


Video Klip Ini Jika Tersebar Kepada SEMUA Pengundi DUN Pelabuhan Klang N46 Boleh gerenti Khalid Gagap Tonggeng... Nasar Boleh Menang

Video klip dibawah ini jika jentera BN di N46 DUN Pelabuhan Klang boleh cetak dan sebarkan kepada semua pengundi, maka bertanbah mudah Khalid Gagap akan tersungkur dan menjadi MB yang tewas pada PRU ke 13 ini.

Saksikan video klik di SINI

Sunday, April 21, 2013

Pengundi India Shah Alam Akan Pastikan Zul Noordin Menang....!

Bukan lagi rahsia penganut agama Hindu yang berjumlah sekitar 15 ribu orang di Shah Alam tidak dapat menerima Zul Nordin berikutan tersebarnya video ceramah Zul Nordin yang menghina tuhan mereka. Video tersebut adalah video lama semasa Zul di dalam Pas.

Saya memahami perasaan penganut Hindu sekiranya mereka tidak mahu mengundi Zul Nordin, biarpun beberapa hari lalu calon BN ini telah  memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu atas kenaifan beliau sepuluh tahun lalu.

Samaada permohonan maaf tersebut diterima oleh penganut Hindu adalah satu persoalan lain. Hanya setiap individu yang beragama Hindu sahaja boleh membuat keputusan sendiri. Namun saya percaya ada penganut Hindu akan menghargai permohonan maaf  Zul tersebut dan memberi sokongan kepada beliau.


Tindakan Zul memohon maaf secara terbuka merupakan satu tindakan sangat besar ertinya. Tidak ramai pemimpin politik sanggup duduk merakamkan kenyataannya memohon maaf dan disiarkan di seluruh negara.

Zul tidak perlu menebalkan muka, merendahkan ego dirinya untuk memohon maaf hanya sekadar mahu menjadi calon. Tidak perlu kerana beliau telah pun menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Sudah tentu ada yang sinikal berkata mengapa baru sekarang, ketika hampir pilihan raya, mahu pohon maaf? Percayalah Zul tetap akan memohon maaf jika video itu disebarkan terlebih awal. Namun video tersebut hanya disebarkan dan dijadikan kontroversi beberapa hari lalu. Maka beberapa hari lalulah Zul mengemukakan permohonan maafnya.

Zul hari ini bukan lagi zul 10 tahun lalu. Beliau telah berhijrah daripada satu ideologi yang berasaskan kebencian, adu domba, fitnah kepada masyarakat yang lebih terbuka dan rasional. Nilai dan terimalah Zul Nordin hari ini bukannya Zul Nordin ketika berada di dalam Pakatan beberapa tahun lalu.

Jika penganut Hindu boleh memberi sokongan kepada Zul 5 tahun lalu ketika beliau telah pun melontarkan ucapan menghina agama Hindu itu, tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama hari ini.  Ini kerana Zul Nordin hari merupakan individu yang jauh lebih baik dari 2008.

Saya percaya majoriti orang India sekarang menyokong Barisan Nasional dan program transformasi yang dibuat oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Jangan kerana marahkan Zul Nordin maka seluruh calon BN tidak diundi. Zul Nordin hanyalah  calon mesra BN yang Najib rasa boleh membantu mengukuhkan BN dalam beberapa keadaan.

Justeru, jika benar penganut agama Hindu tidak boleh mengundi Zul Nordin, rosakkanlah sahaja undi di Parlimen. Berikanlah undi untuk calon BN di DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik. Jangan sesekali beri undi kepada Pas, Pkr dan DAP kerana selama ini tidak ada satu pun janji terhadap orang India mereka penuhi.

Baca seterusnya, klik sini

Datuk Kamilia Ibrahim KHIANATI Parti....! Sanggup Jadi PENGKHIANAT Kerena Kecewa...

Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato’ Kamilia bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.

Dato’ Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekaligus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem Jentera Wanita Pilihanraya Umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa. (contingencies)


Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama di peringkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan Parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri dan sabar dalam perjuangan.


Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati Parti kerana kepentingan diri sendiri.


Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Nor Rizan Subehi yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.


Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama dikala kita menghadapi PRU-13 ini.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL