Tuesday, April 16, 2013

Monday, April 15, 2013

Haa Haaa Kecewa Nama Tak Dicalonkan, Naib Ketua AMK PKR Pusat Nak Bertanding Calon Bebas….


Mamat nie ada cita cita besar dalam politik Pembangkang….

Jawatan dia banyak, diperingkat nasional jadi Naib Ketua AMK, diperingkat negeri jadi Ketua AMK Negeri Selangor, diperingkat cabang pulak jadi Ketua AMK Kota Raja.

Bila Pkr dah umum calon, nama dia tak lekat. Kecewa sebab dah pukul canang, sibuk la ahli keluarga kata dia akan bertanding DUN Pelabuhan Klang… Tiba tiba MB Tan Sri Khalid pulak diumumkan bertanding di DUN Pelabuhan Klang.

Kecewa…! Sebagai anak muda yang jadi orang nombor 3 dalam AMK Pusat, jadi nombor 1 AMK Negeri, jadi nombor 1 AMK Cabang masih tak dapat bertanding pilihanraya…?

Dengar cerita dah arahkan ‘budak budak suruhan’ dia pergi ke pejabat SUK beli borang calon siap dengan panduan menjadi calon pilihanraya….

Dulu sebelum Pkr menang tahun 2008, dia ahli Pemuda Umno Kota Raja. Bila Pkr menang, cepat cepat dia lompat masuk Pkr, habis semua jawatan dia rebut….

Lim Kit Siang Sudah Panaasssss

Cantek aar Tun Dr Mahathir balun Kit Siang.... Terbaeekk! Klik SINI

Sunday, April 14, 2013

Fuy00h...! Pakatan Berjaya Himpunkan 200,000 Anak Muda Di Dataran Shah Alam

Kah.. Kaaaah...... Kaaaaaah.....

Walaowei, kesiannyer....! Dah semakin sejok dah sokongan untuk Pakatan Pembangkang nie yang banyak sangat kes moral.

SUMBER

Thursday, April 11, 2013

Clear Version..! Video Klip HD Bro.... Stopa Ali Macam TIGER Iklan Spender Club Man

Jangan buang masa...! Klik SINI

Inilah Video Klip Stopa Ali Dengan Minah Indon...

JOM kita saksikan....

Tontonilah dan lu pikirlah sendiri, layakkah pimpinan Pas jadi pemimpin...? Klik SINI

Panass beb. Video klip Pimpinan Pas Main Pompuwan Indon Plak dah...

Tungguu...!

Tak lama lagi akan tersebaaar. Sumber mengatakan 'hidden cam' ini dipasang dalam sebuah bilik hotel.

Aksi seorang pimpinan PAS dengan wanita asing, negara jiran... Kerja siapa nie..? Pkr..??

PRU 13 – Semoga Najib TAK Ulangi Kesilapan Pak Lah….


Persoalan yang pertama sudah terjawab…. Riuh rendah seantero Malaya sibuk meramalkan tarikh pembubaran Parlimen, malah soksek dan topik ini berkompang sejak awal tahun lalu. Akhirnya terjawap sudah.

Persoalan yang kedua, bilakah tarikh PRU ke 13…? Esok insya allah seluruh dunia akan tahu jawapannya…..

Persoalan ketiga, nama nama calon yang bertanding… Nah..! Satu satunya persoalan yang mengheret mata dan tumpuan kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak. Siapakah taruhan Najib..?

Kita semua tidak menafikan bahawa salah satu factor kekalahan dimana tersungkurnya ramai calon calon BN pada tahun 2008 kerana protes jentera parti BN terhadap calon calon yang tidak boleh mereka terima…

Sepanjang tempoh kepimpinan Najib, ditafsirkan pada beberapa Pilihanraya kecil [PRK] yang menghasilkan kemenangan sebagai contoh di Parlimen Hulu Selangor, DUN Bagan Pinang, DUN Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau formula Najib meletakkan “Winnable Candidate” sudah berhasil.

Oleh itu, ramai jentera pekerja parti BN bersama pimpinan BN mengharapkan Najib akan teliti dan memperhalusi calon calon untuk PRU 13 agar factor “Winnable Candidate” terus digunapakai demi menjamin kemenangan BN.

Sedang kita menghampiri saat dan ketikanya untuk Najib umumkan calon calon yang akan mewakili panji panji lambang keramat BN, masih lagi ada bunyi bunyi sumbang gerombolan yang masuk “mengadap” YAB PM untuk kerja lobby pada saat saat akhir… Istilah nakalnya “ nak potong tang konar la beb…”

Pak Lah sudah melakukan kesilapan ini, natijahnya tertonggeng ramai pimpinan BN, majority calon BN yang menang susut…, secara keseluruhannya berlakulah Tsunami Politik 2008.

Kalau dilukis atas kertas, boleh digambarkan larian Najib sudah OK, maksudnya kelihatan baik dan menjanjikan kemenangan. TETAPI kita tidak mahu YAB PM melakukan kesilapan pada saat saat akhir ini.

Perlukah Najib tunduk pada desakan dan gangguan beberapa Wanna Be Candidate yang mahu menjadi ‘tangan ghaib’ dalam menentukan siapa calon yang layak…?

Kupasannya…., jom baca di SINI

Wednesday, April 10, 2013

PRU 13 - Banyak Rahsia Anwar Dalam Poket Pimpinan DAP....!

Cepat...! Jangan buang masa, klik kat SINI

PRU 13 - Kalau Anda Sokong Najib, Anda Sokong Calon BN...!

Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat.

Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik. 

Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah.  Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati.....

Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya. 

Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuskan apa jua peluang bagi orang lain menjatuhkannya melalui cara yang sama, termasuk menangkap mereka yang mengkritiknya. 

Apa yang berlaku kepada rakyat Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia, iaitu terpedaya dengan pihak yang ingin merampas kuasa kerajaan yang ada tetapi berakhir dengan mendapat kerajaan yang jauh lebih kejam.   Bak kata pepatah, sia-sia saja rakyat Mesir lari dari mulut harimau tetapi akhirnya masuk ke mulut buaya. 

Malaysia adalah negara yang jauh lebih ‘rapuh’ dari Mesir dan juga jauh lebih ‘muda’.  Oleh itu tindakan menukar kerajaan tentulah jauh lebih berisiko lagi. 

Ini kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan risiko ketidakstabilan kerana diperintah oleh tiga orang pemimpin kuku besi dari tiga parti yang sering bertentangan prinsip, tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan terhapusnya keseluruhan sistem dan budaya bangsa asal negara ini dengan terbuangnya Raja-raja Melayu yang merupakan cita-cita azali Parti DAP.   

Kita juga mungkin berhadapan dengan risiko kehilangan kedaulatan jika dilihat dari bantuan-bantuan asing yang dipohon dan diberikan oleh rangkaian zionis kepada Parti PKR. 

Malah, kita juga mungkin berhadapan dengan pemerintahan ala Taliban, mundur, chauvinis, kejam, tidak adil dan terkebelakang bagaikan zaman jahiliah jika dilihat dari mentaliti PAS yang mengambil sikap tidak apa jika puak mereka terlibat dalam skandal melibatkan wanita tetapi di masa yang sama mengambil sikap tertutup terhadap hak-hak wanita. 

Dengan semua kemungkinan ini bercampur-baur, adalah mustahil bagi kita untuk menggambarkan satu pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan PR.    Apatah lagi apabila PR telah terbukti gagal menjadi kerajaan yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka. 

Mengambil kira semua risiko ini, terbukti rakyat tidak mampu membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya.  

Rakyat wajib memahami bahawa pilihanraya ini bukan lagi berkisar tentang hal setempat, atau diri sendiri atau calon.   Pilihanraya kali ini perlu dilihat dari gambaran yang lebih luas iaitu soal masa depan negara, dari segi kedudukan agama Islam, bangsa dan kedaulatan, sekali gus diri sendiri, keluarga dan generasi masa depan.   

Oleh itu, jika kita yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, maka kita wajib yakin dengan calon pilihannya. 

Bagaimanapun, kita percaya yang rakyat Malaysia kini sudah jauh lebih matang dan terbuka untuk menilai keadaan.  Rakyat juga sudah cukup lali dengan masalah cantas-mencantas dan sabotaj-mengsabotaj siapa saja yang terpilih nanti

Justeru, usah terpedaya dengan pihak-pihak yang berpolitiking keterlaluan itu, kerana kuasa memilih ada di tangan rakyat, bukan Ketua Bahagian atau Cawangan atau Ahli-ahli Jawatankuasa parti.

Biarkan golongan yang masih tidak sedar itu berpolitik sesama sendiri, tetapi rakyat wajib menetapkan pendirian untuk memilih berdasarkan Parti - bukan calon.  

Pendek kata, jika anda memilih BN, maka anda wajib memangkah BN walau siapa pun calonnya.   Ingatlah bahawa undi anda akan menentukan kerajaan, bukan hanya wakil rakyat di kawasan anda.  

Menilai dan memilih calon terbaik bukanlah mudah. Tetapi, menilai dan memilih sebuah parti politik itu adalah tidak sukar kerana kita hanya perlu melihat kepada diri kita dan sekeliling kita.

Sekiranya, kita berada di dalam suasana aman dan selesa, negara pula tidak bergolak, suara dan ketidakpuasan hati kita diberi perhatian, peluang untuk berjaya ada di mana-mana, maka itu menunjukkan bahawa parti politik yang memerintah adalah cukup baik.  

Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan berada di mulut harimau pun, jadi kenapa kita perlu lari ke mulut buaya...?