Saturday, January 19, 2013
Friday, January 18, 2013
Chegu Bard Muntah Darah...! Rosmah Bersumpah "Wallahi.., Tak Ada Cincin Itu Ditangan Saya Langsung..."
Menurut maklumat yang kami terima, juak juak murahan penjilat tegar PKR sudah berulang kali menonton video klip ini..!!
Panas Beb Video Klip Nie..! Penjelasan Fathul Bahri Isu Kahwin Lari Di Thailand
Bukan main heboh kerja gila juak juak murahan Pakatan Pembangkang menggunakan blogger blogger mereka membawa fitnah kunuunnya Ustaz Fathul Bahri telah kawin lari di Thailand....
JAHAT sungguh kerja gila mereka ini....!!
Fathul Bahri bernikah untuk mengislamkan seorang gadis beragama kristian Maria Jor Erlano.
Sebaliknya kita harus akui bahawa Fathul Bahri tidak melakukan sebarang proses memurtadkan mana mana umat islam....., malah beliau menambahkan bilangan umat islam.
Sebaliknya kita harus akui bahawa Fathul Bahri tidak melakukan sebarang proses memurtadkan mana mana umat islam....., malah beliau menambahkan bilangan umat islam.
Pernikahan kedua Fathul Bahri juga mendapat sokongan isteri pertamanya, malah beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tidak berkahlwat dengan isteri orang jam 3 pagi....!
Dengar sendiri penjelasan sepenuhnya, saksikan video klip dibawah ini;
Thursday, January 17, 2013
2013 BN Tak Akan Dapat Rampas Selangor Dari Pakatan...?
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat
kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang
lalu dan berjanji akan bangkit dengan niat dan semangat baru.
Dalam perutusan tahun baharu kepada pengundi-pengundi di negeri itu,
Perdana Menteri berkata, BN berjanji memberikan perkhidmatan terbaik
kepada rakyat di Selangor serta berusaha memenuhi janji yang dibuat.
"Kami sedar, terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran BN
yang lalu. Atas kesedaran ini, kami berjanji akan bangkit semula dengan
niat dan semangat baru bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada
rakyat Selangor.
"Janji kami adalah janji ditepati. Yakinlah dan berilah peluang
kepada kami untuk membawa perkhidmatan yang lebih baik," katanya dalam
surat yang dihantar kepada pengundi-pengundi di Selangor baru-baru ini.
Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dipetik sebagai berkata, tahun
2013 merupakan tahun penting kepada rakyat Malaysia, terutamanya di
Selangor setelah lebih empat tahun berhadapan dengan kecelaruan di bawah
kerajaan DAP, PKR dan Pas.
"Kini masanya untuk berubah dan mandat baru perlu diamanahkan kepada
BN pada pilihan raya umum yang pasti berlaku pada 2013," katanya.
Pada pilihan raya lalu, BN gagal mempertahankan negeri Selangor buat
pertama kali dalam sejarah politik negara apabila hanya mampu menang di
20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kawasan yang
ditandingi.
Pakatan pembangkang pula memenangi di 36 kawasan sementara bagi
kawasan Parlimen, BN hanya menang di lima kawasan dan pakatan di 17
kawasan.
BN memerlukan 29 kerusi DUN untuk mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.
Sementara itu, portal The Malaysian Times (TMT) melaporkan
Najib difahamkan telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama lima
bahagian iaitu Serdang, Puchong, Ampang, Pandan dan Hulu Langat pada
Sabtu lepas.
Difahamkan setiap bahagian diperuntukkan 20 minit yang dihadiri oleh
Ketua UMNO Bahagian , Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua
Bahagian dari MIC, MCA, Gerakan dan PPP.
Najib dijangka menemui semua bahagian di Selangor secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kemenangan BN di Selangor.
Selain mendengar masalah setempat dan pandangan pemimpin, Perdana
Menteri juga menasihatkan jentera di peringkat bahagian diperkasakan .
Perjumpaan tersebut turut disertai oleh Timbalan
Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor,
Datuk Seri Mohd Zin Mohamad.
Baru-baru ini, Najib menghadiri dua majlis bersama masyarakat India
di Selangor iaitu perhimpunan parti Barisan Kemajuan India Malaysia
(IPF) di Semenyih yang dihadiri lebih daripada 15,000 ahli dan Pesta
Ponggal Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di Padang Chetty di Little
India , Klang dengan kehadiran hampir 10,000 masyarakat India.
Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah MARAH Gilerr Bila Mahasiswa Ini Dihalang Bercakap Menyokong Bersih, Menyokong Idea Anwar Mahu Hapuskan PTPTN
Melenting nampaknya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah apabila seorang peserta Forum Mahasiswa telah dihalang untuk terus menghasut peserta lain....
Bawani telah cuba mengagung-agungkan A Samad Said, seterusnya anak muda berbangsa India memukul canang bahawa Bersih patut mendapat pengiktirafan, kemudian beliau sibuk menyatakan bahawa kerajaan Malaysia mesti hapuskan PTPTN yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim....
Anda saksikalah video klip ini;
Wednesday, January 16, 2013
Cerai Bini Nombor 2 Sebab Nak Kawen Baru....? Owh...! Ostad Lendir Badrol Amin...!!
Masihkah anda ingat ‘Ustaz’ PKR Selangor, Badrol Amin Baharom yang pernah
ditangkap khalwat bersama Zati Iwani di sebuah hotel mewah di Kuantan, Pahang
pada Februari 2012...?
SMS yang sampai
kepada kami, mengatakan pemimpin PKR yang memberi kaunseling kepada isteri
orang dalam sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3:00 pagi ini telah
melafazkan cerai terhadap isteri keduanya yang dikenali sebagai INA pada 13
Januari 2013 jam 9:00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.
Isteri kedua
Badrol Amin Baharom itu lebih dikenali sebagai Inafiona dan dikatakan enggan
menemani Badrol Amin ketika pemimpin PKR yang gemar berlagak sebagai ustaz dan
orang alim-alim itu disiasat JAIP kerana berkhalwat dengan isteri orang.
Kepopularan Badrol Amin mula mendapat perhatian rakyat
apabila sangup memberikan kaunseling secara percuma di sebuah hotel di Kuantan
pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia sedang tidur dan dibuai
mimpi tatkala Badrol Amin memberikan kaunseling. Lebih dingin lagi apabila
kaunseling itu diadakan secara berdua-duaan tanpa ditemani orang ketiga.
Lebih mengejutkan Badrol Amin, serbuan JAIP itu turut
ditemani suami kepada wanita yang bersamanya, Zati Iwani.
Bagi mengelak dirinya disiasat lebih lanjut dan cuba
melepaskan dirinya, Badrol Amin menyatakan dirinya telah ditampar dan
diterajang. Lebih mengejutkan juga hasil siasatan ke atas fizikal Badrol Amin,
tiada sebarang kesan-kesan lebam dan luka.
Penceraian isteri kedua Badrol Amin sekaligus membolehkan beliau
‘berkahwin’ dengan wanita yang ditangkap khalwat bersamanya. Ketika ini kes
khalwat Badrol Amin dan Zati Iwani masih berjalan dan dikatakan cuba
dipengaruhi politik.
Anwar Ibrahim FRUST Gilerr Setelah Akta Perhimpunan Awam [APA] Transformasi Najib Berjaya.....
Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR KL112), semuanya berjalan aman dan tenteram. Sekalipun HKR KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang, sekurang-kurangnya penganjur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.
Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun, bukannya isu utama untuk diperdebatkan.
Yang penting HKR KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium, jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.
Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan. Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka, itu sebetulnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.
Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT, aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR KL112, itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme.
Tak salah berlaku jujur menampakkan sikap dan dasar sebenar PR serta sesekali tumbuk kepala pengiring khas pemimpin PR, sedangkan adik beradik lagikan bergaduh, apa sangatlah tumbuk menumbuk sesama rakan dalam pakatan dan berhimpun bersama golongan pondan dan liberal, ya tak...?
Malah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pun teruja sehinggakan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PR di atas kelancaran perjalanan HKR KL112.
"Perhimpunan yang berlaku pada Sabtu lalu telah menunjukkan islah atau pembaharuan yang kita lakukan (kuatkuasakan Akta Perhimpunan Awan-APA) adalah amat tepat sekali. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.
Baru PM sedar dan tahu hakikat yang PR pun ada juga sikap warasnya yang mampu mengatasi angin gila pus-pus disamping berupaya juga untuk berkelakuan sopan macam manusia biasa yang lain, terutama sekali bila dah nak hampir PRU 13.
HKR KL112 telah mengiktiraf perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Najib kepada negara dan rakyat maka layaklah ucapan terima kasih itu ditujukan pada semua pimpinan pembangkang.
Secara ringkasnya HKR KL112 telah membuktikan tanpa kerjasama dari pimpinan PR sukar untuk menjayakan idea transformasi PM khususnya dalam menjayakan Akta Pehimpunan Awam (APA 2012), betul tak...?
Tuesday, January 15, 2013
Banglo MEWAH 3 Tingkat Di Seksyen 7 Shah Alam Milik Pemimpin PAS...! KANTOI....
Milik siapakah banglo mewah 3 tingkat ini...?
Banglo mewah 3 tinngkat ini terletak di alamat di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10,
40000 Shah Alam.
Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.....
Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin PAS.
Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini...?
Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.....
Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin PAS.
Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini...?
Mahu kenali pemilik banglo mewah ini....? Jawapannya....! Klik SINI
Najib TIPU...! TV3 Bohong...!! Utusan Malaysia Klentong...!!! Sebenarnya Ada 2 Juta Rakyat Berhimpun Di Stadium Merdeka
Dengan kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang didakwa Harakah....?
Malah, laporan media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000!
Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium. Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan Pembangkang ini...?
Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.
Tetapi, ini semua tidak berlaku. Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara besar-besaran....
Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000. Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.
Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium. Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang. Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman dan tenteram.
Hanya kelihatan beberapa peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan.
Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung.
Maklumat dan tindakan pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi dengan mencabar polis atau bertindak ganas.
Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai.
Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan terhadap HKR. Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal dan tiada sambutan. Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.
Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0. Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil peduli lagi.
Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR. Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya.
Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati penyokong mereka. Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu.
Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang...? Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.
Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan… malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal....!
Wan Azizah Happy Gilerr Perhimpunan Shamsidar Gagal Kumpul 1 Juta Orang Bodoh..., Cuma Ada 80,000 Orang Bengong Jer...!!
Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti Pembangkang Sabtu lepas.....
Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.
Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.
Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.
Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.
Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.
Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.
Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.
Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.
Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.
Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.
Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.
Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.
Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?
Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.
Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.
Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.
Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.
Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.
Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor....?
Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.
Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.
Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh DAP untuk menjayakan agenda politik mereka.
Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam PAS dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan DAP yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.
Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.
Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong PAS dan DAP tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.
Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan......
Monday, January 14, 2013
Hampehh Video Klip Mahfuz Omar Menyanyi Berduet Bersama Ostajah Abby.... Abby Kata UMNO Sangat Busokk
Video klip rakaman Malam Menjelang Perhimpunan Haram Jadah HKR KL 112...
Selain daripada anda akan berpeluang menyaksikan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menyanyi UMNO merompak..., tolong berikan tumpuan pada minit ke 2;21 dimana Abby Abadi sebut UMNO itu sangat BUSOKK
Sunday, January 13, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)





