Friday, December 7, 2012

Anwar Ibrahim Diciptakan Allah Untuk Menjahanamkan MALAYSIA....!

Melenting sungguh puak-puak pembangkang apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di belasah di pentas Perhimpunan Agung UMNO ke 66 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.

Mungkin tidak senang dengan jolokan nama sesumpah politik atau 'political charmeleon' yang diberikan oleh Perdana Menteri, maka Anwar pun panas bontot dan tidak duduk senang.

Pertama beliau sanggup mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dengan Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet.

Pada saat Deepak menimbulkan dakwaan membabitkan seorang pemimpin Wanita dalam kes tanah menjelang Perhimpunan Agung UMNO, rakyat sudah bijak menghidu ia adalah hasil kerja tangan yang didalangi oleh Anwar.

Bak kata pepatah sudah terang bersuluh pula, kura-kura dalam perahu, berlakon pura-pura tidak tahu.

Begitulah sikap Anwar dan amat sesuai dan bertepatan sekali Datuk Seri Najib Tun Razak menganugerahkannya label sesumpah politik.

Kedua, apabila prestasinya dipertikaikan semasa menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, cepat-cepat Anwar mengarah supaya dikitar semula kenyataan mempertahankan rekod beliau.

Dahulu bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Ming, yang kini menjadi Pengerusi PKR Johor pernah mengipas Anwar dengan mengatakan beliaulah Menteri Kewangan yang terbaik pernah berkhidmat dalam kerajaan dan kini balaci kesayangannya, Azmin Ali turut berkokok dalam nada yang sama.

Hikayat yang didendang sama sahaja di mana-mana ia diceritakan iaitu ekonomi negara menikmati belanjawan lebihan atau 'budget surplus' sepanjang Anwar menerajui Kementerian Kewangan.

Statistik rasmi yang dihidang oleh Azmin sebagai bukti memang tidak siapa boleh pertikaikan, persoalannya adakah Anwar sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap pencapaian ekonomi negara dalam tempoh 1992 - 1997 atau wujud faktor lain yang lebih penting daripada itu?





Dari siapa Anwar mewarisi jawatan Menteri Kewangan jika tidak Tun Daim Zainuddin yang telah meletakkan Malaysia di atas landasan ekonomi yang kukuh sepanjang beliau menjawat posisi itu bermula tahun 1984 sehingga 1991.

Ketika Daim meletak jawatan, pelbagai pihak menyanjung tinggi sumbangan yang telah beliau berikan kepada negara.

Daim disebut antara arkitek terbaik yang telah berjaya mengemudi ekonomi negara dengan cemerlang sekali dalam empat tahun kemerosotan ekonomi.

Beliau telah memacu empat perubahan struktur ekonomi yang strategik dalam tempoh 1986-1991 iaitu mobilisasi sektor swasta, dasar perdagangan luar yang aktif, memperkukuhkan peranan sokongan sektor swasta serta pemulihan sektor perusahaan awam.

Sehingga ke hari ini, prinsip-prinsip pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan oleh Daim terus disanjungi dan masih diguna pakai, termasuk oleh Anwar sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan.

Justeru, kejayaan ekonomi negara yang dipuji-puji serata dunia hingga Malaysia di golong sebagai salah satu Harimau Ekonomi di sisi Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura bukanlah hasil kerja kuat Anwar tetapi disebabkan asas ekonomi yang sungguh jitu dan kukuh yang telah ditinggalkan oleh Daim.

Seperti seorang anak yang mewarisi harta yang menimbun dari ayahnya dan tidak perlu lagi kerja kuat seumur hidup, begitu juga Anwar tidak perlu buat apa-apa lagi bagi menguatkan landasan ekonomi negara.

Anwar setakat menumpang kejayaan yang ditempa oleh Daim selama lima tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dan hanya menuai hasil daripada usaha tekun orang lain.

Tempoh selepas 1997 adalah tempoh perit bagi ekonomi negara disebabkan oleh serangan penyagak matawang, George Soros.

Setelah memecat Anwar, Dr Mahathir telah memperkenalkan sistem kawalan pertukaran pada 1 September 1998 yang akhirnya menyelamatkan ekonomi negara.

Langkah drastik lain yang dilaksanakan termasuk menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura yang menjadi punca utama pasaran saham negara merudum akibat aktiviti jualan singkat.

Semasa Krisis Ekonomi 1997, siapa tidak tahu bagaimana Amwar cuba mengkhianati negara dengan usaha meletak Malaysia di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa melalui kawan rapatnya, Michel Camdessus ang menjadi Pengarah Urusan IMF ketika itu.

Ketika Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi global yang berpunca dengan kemelut kewangan yang teruk di Amerika Syarikat dan seterusnya berjangkit menjadi krisis buruk di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.

Berpandukan visi dan perancangan yang jelas, Perdana Menteri tangkas memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.

Dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama diumumkan, hasil yang memuaskan telah dilihat di mana 90 peratus daripada projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Wednesday, December 5, 2012

Akhirnya Nurul Izzah Jelaskan Kenapa Anwar Sokong ISRAEL.... Wajib Baca Ni..!!




Baru baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.


Pada  Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York, sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.


Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.


Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya, Israel.


Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar, Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas.


Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.


Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.


Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.


Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.


Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin Abim itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini, sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.


Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.


Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyagak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.


Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia, Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.


Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu.


Di Malaysia ketika itu, Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.


Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.


Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.


Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.


Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008, beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.


Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara, Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa, bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin.


Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.


Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah, PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.


Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara sponton dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.


Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.


Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.


Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.


Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis, ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak.


Melangkah setapak ke hadapan, Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia.


Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.


Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Amwar.


Jika memberi kenyataan mengenai Palestin, sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.


Apabila bercakap mengenai isu Palestin, pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.


Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.


Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia?

Tuesday, December 4, 2012

Tahniah Radio SINAR FM Jemput Dayangku Intan PKR Sebagai Tetamu Istimewa....!!

Tahniah...! Iya sekalung ucapan tahniah buat Radio SINAR FM yang menjemput Dayangku Intan sebagai tetamu undangan mereka pada hari Sabtu 1 Disember 2012 pada satu segmen "Carta FULLAMAK Sinar" keudara selama dua jam dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Nama Dayangku Intan ini pada sekitar tahun 80an dikenali sebagai penyanyi fofular dengan lagu "Berpaut Di Dahan Cinta" dan pernah berduet dengan Jay Jay mempopularkan lagu "Kita Insan Biasa".

Namun begitu pada tahun ini, nama beliau semakin dikenali sebagai "icon" kepada juak juak murahan Pakatan Pembangkang. Dayangku Intan mengumumkan menyertai parti PKR dan rancak berceramah disana sini menghentam kerajaan BN dibawah pimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak.

Saksikan sebentar video klip dibawah ini...., Dayangku Intan membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan Najib..!





Manakala dibawah  ini pula saksikan pula rakaman dimana Dayangku Intan menyertai kempen Pembangkang yang membawa tajuk NAJIB LEMAS..., BN CEMAS...!

Dayang bergandingan dengan wakil parti rasis chauvanist DAP iaitu Adun Teratai Jenice Lee pada pentas Pembangkang untuk usaha mahu menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya...!!

Pada hemat dan telahan Blog MIK, spesis seperti Dayangku Intan ini sebenarnya tidak boleh terima hakikat bahawa beliau sudah pupus ditelan zaman padahal masih "gian" nak menyanyi dan mendapat job agar boleh meneruskan sisa sisa hidup...

Buktinya..? Saksikan video klip dibawah ini apabila Dayang melepaskan giannya menyanyi sakan dipentas ceramah PAS. Pada minit ke 3;26 anda lihat sendiri bagaimana seorang Pak Lebai PAS ternganga apabila mendengar alunan suara Dayang yang masih mengancam...




Apakah tindakan Radio SINAR FM mengundang Dayangku Intan merupakan satu keputusan yang salah dalam ertikata "terlepas pandang" dimana mereka tidak peka bahawa penyanyi tersebut sudah rancak berkempen menentang kerajaan Najib habis-habisan..?

Ataupun tindakan tersebut sebagai usaha untuk mengembalikan artis artis yang menyokong Pembangkang agar kembali ke pangkuan menyokong kerajaan BN...?

KANTOI Sudaah..! Nurul Izzah Akan Saman Bloger Papagomo Sebab Sebar Video Panas Ini... Huu huu huuuu

Versi INTRO...!! Dalang Jembalang Saudagar Karpet Deepak Jaikishan Dikenal Pasti....

Siapakah sebenarnya Datuk Ravi Dharan Chairman Daya Group Of Companies, sahabat karib Anwar Ibrahim yang menjadi jambatan buat Ketua Umum PKR ini pelbagai urusan perniagaan di Indonesia...?

Apakah pula kaitan Datuk Ravi dengan persoalan Siapa Dalang Jembalang Dibelakang Deepak Jaikishan..?

Semalam, Blog MIK memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.

Saudagar permaidani bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Adat resam berniaga, ada kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.

Begitulah juga nasib yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH]. Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!

Menurut semakan pihak KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan teliti...

Hasil siasatan pihak KFH mengesahkan memang ada berlaku unsur penipuan dan pihak KFH telah bertindak menahan baki kemudahan pinjaman yang seharusnya berikan kepada Deepak yang masih belum dikeluarkan... 
Deepak perlu membayar pinjaman yang sudah beliau terima sebelum itu dengan bayaran besar, mencecah jutaan RM sebulan....!

Apabila Deepak gagal menjelaskan bayaran bulanan maka ianya kini menjadi hutang kepada pihak KFH, maka Saudagar Karpet ini terpaksa berdepan dengan tindakan Mahkamah sehingga menjurus kepada proses Bankrap oleh pihak KFH.

Sudah jatuh ditimpa tangga.....! Difahamkan apabila ada unsur penipuan dalam usaha Deepak sewaktu menerima pinjaman,maka pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN juga turut menyiasat syarikat milik Saudagar Karpet ini. Pihak SPRM dan LHDN telah merampas semua fail fail yang berkaitan dengan siasatan dari pejabat Deepak.

Sewaktu pihak penguatkusa SPRM dan LHDN berada di pejabatnya, Depak telah bertindak menjual nama Datin Paduka Seri Rosmah... Beliau telah menalipon Rosmah didepan beberapa pegawai SPRM dan LHDN sambil bercakap dengan nada yang kuat suara lantang.... Niatnya mahu menunjuk-nunjuk didepan pegawai SPRM dan LHDN kunuunnya beliau punyai "kabel besar" boleh menghubungi isteri Perdana Menteri.

Bermula dari saat itu, Rosmah telah menghentikan sebarang perhubungan dengan Saudagar Karpet ini kerana terbukti manusia seperti Deepak ini hanya mahu menyalahgunakan kedudukan dan hubungannya dengan isteri Perdana Menteri itu...

Deepak sudah seprti cacing kepanasan...! Beliau cuba sedaya upaya untuk bertemu dan berhubung dengan Rosmah, malang sekali isteri Perdana Menteri ini tidak mahu melayan karenah Saudagar Karpet ini... Diantara tuntutan Deepak, beliau mahukan Rosmah dapatkan "campurtangan" Najib. Deepak mahu Najib gunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan mengarahkan pihak KFH menghentikan tindakan Mahkamah dan proses bankrap keatas dirinya.

Malah Deepak semakin menggila mahukan Najib arahkan pihak KFH melepaskan baki pinjaman yang beliau sepatut perolehi...

Pelbagai usaha dilakukan oleh Deepak untuk menghampiri Rosmah, termasuklah berada diatas pentas bersama Perdana Menteri sewaktu majlis sambutan Hari Thaipusam yang lepas di Batu Caves. Namun begitu, apabila Rosmah tidak melayannya dan dia akan bankrap pada bila bila masa, maka Deepak pun memberitahu beberapa rakan rapatnya untuk mengadu hal kepada pihak PKR...!

Ada pihak yang memberitau Deepak agar segera rujuk kepada Anwar Ibrahim.... Anwar selaku bekas Menteri Kewangan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Institusi Kewangan sekitar negara negara Timur Tengah dan dijangka dapat membantu Deepak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Perkara tersebut dihidu oleh Nurul Izzah.... Maka bermulalah perhubungan antara Izzah dengan Deepak. Anak kepada Anwar itu cuba mengaturkan pertemuan untuk mereka duduk membincangkan masalah Deepak.

Akhirnya, Deepak telah dibawa bertemu dengan Anwar. Buku bertemu ruas... Satu pihak sedang sesak nafas untuk bernyawa, satu pihak lagi memang menanti peluang untuk membaham mangsa..!

Pertemuan telah diadakan beberapa kali dan salah satu pertemuan mereka berlangsung di rumah Datuk Ravi Dharan, sahabat karib Anwar Ibrahim...!!

Seperti yang dijangkakan, Anwar berjanji  mahu menolong Deepak. Sebagai permulaan, Ketua Umum PKR itu telah meminta peguam, R Sivarasa  menolong Deepak berhubung kes Mahkamah yang sedang dihadapinya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd atas urusan perniagaan.

Anwar menunjukkan kesungguhan untuk membantu Saudagar Karpet itu.. Beliau mengarahkan Sivarasa melakukan apa sahaja asalkan cita cita mahu menjatuhkan Najib dan Rosmah akan tercapai...!

Apa lagi....! Maka drama pun bermulalah.... Sivarasa telah meminta Deepak bercakap mengikut skrip yang beliau telah sediakan.  Sementara itu, peguam PKR ini mengambil peluang diatas hubungan baiknya dengan SUARAM dan Malaysiakini. Satu sesi wawancara diantara Deepak dengan Malaysiakini telah diadakan. Wawancara berkenaan disiarkan semasa PAU 2012 berlangsung dengan niat untuk menghuru-harakan UMNO dan merosakkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu PAU 2012 sedang berlangsung...

Begitulah Modus Operandi niat jahat hati busok makhluk bernama Anwar Bin Ibrahim....! Nampak jelas bukan...?

Nantikan sambunganya....! Ada lagi bukti yang lebih menarik akan menyusul kemudian....

Thursday, November 29, 2012

Pengundi Muda Jadi Penentu PRU Ke 13

Jumlah pengundi muda seramai 5.9 juta orang dijangka menjadi faktor penentu kemenangan sesebuah parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu merupakan pecahan daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi berdaftar di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 2.4 juta pengundi terdiri daripada mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 29 tahun dan kali pertama mengundi. Mereka ini terdiri daripada kumpulan profesional dan separa profesional yang akan menjadi faktor penentu kemenangan.

"Jadi, amat penting untuk mendekati golongan ini melalui pelbagai pendekatan bagi mendapatkan sokongan sama ada secara bersemuka atau melalui media sosial,"katanya kepada Utusan Malaysia.

Wednesday, November 28, 2012

Pas Kena Banyak Belajar Dari Umno...!!

Kebijaksanaan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) telah memungkinkan Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum.

Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebijaksanaan pemimpin BN terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur turut membolehkan negara ini kekal aman, makmur dan sejahtera.

''Sepanjang lima dekad pemerintahan BN, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan disuburkan dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional,'' katanya. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.

Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.

''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

''Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya. Sehubungan itu, beliau menegaskan, hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, MCA, MIC dan bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.

Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, ia didalangi oleh Pas dan DAP, yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.

''Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan BN,'' katanya.

Hakikatnya, tegas Muhyiddin watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju, sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Tuesday, November 27, 2012

Melayu Dan Islam Akan Musnah....! Siapa Dalangnya...??

Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar, melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.

Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.

Menyaman Utusan Malaysia dilihat sebagai 'political suicide' bagi Nuruk kerana ramai penganalisa politik berpendapat kes itu adalah amat terang dan jelas tidak menyebelahinya jika diheret ke muka pengadilan.

Ini kerana Utusan Malaysia bukanlah media pertama yang telah menyiarkan jawapan Nurul kepada satu soalan dari seorang ahli Majlis Peguam Malaysia, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk ?Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?

Jawapan Nurul, "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." pertama kali dimuatturun oleh portal berita Malaysiakini dan turut disiarkan dalam blog 1Kristian  dalam masa yang sama.

Utusan Malaysia hanya menyalin jawapan Nurul yang disiarkan di dalam Malaysiakini tanpa sebarang perubahan sedikitpun di dalam ayat tersebut walaupun setitik noktah.

Malangnya di sebabkan kebencian yang mendalam pemimpin-pemimpin PKR dan pembangkang yang lain terhadap akhbar berbahasa Melayu milik UMNO, Nurul telah memilih jalan mudah untuk memangsakan Utusan Malaysia.

Samada Nurul buta, pekak atau tuli tidak dapat dipastikan tetapi yang jelas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini mahupun blog 1Kristian.

Ini menjadikan kes saman beliau terhadap semakin lemah dan tidak boleh dipertahankan di mahkamah kerana yang melakukan 'kesalahan' bukannya Utusan Malaysia tetapi Malaysiakini seperti pepatah Melayu, "lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah."

Hakikatnya Nurul sekarang sedang menggigil ketakutan kehilangan undi orang Melayu tertutama di Lembah Pantai yang marah kepadanya kerana kenyataan beliau itu menghilang bangsa Melayu dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam usaha Nurul untuk mendapat sokongan orang bukan Islam beliau sanggup menghina Melayu dan Islam begitu sekali di hadapan hadirin yang rata-ratanya anti-Islam.

Ini kerana forum tersebut bukan untuk mencari jawapan atau kefahaman mengenai isu Negara Islam tetapi lebih condong kepada mempertikai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Tujuan forum itu adalah untuk menyebarkan fahaman pluralisme yang meletakkan status Islam sama taraf dengan agama lain dan pada masa yang sama ingin menyuntik konsep kebebasan beragama termasuk di kalangan orang Melayu.

Di sinilah kedangkalan Nurul dalam ilmu politik dan kecetekan dalam ilmu agama telah memerangkapnya dalam permainan golongan Kristian pada forum itu.

Nurul terperangkap untuk menghina Islam dan Melayu dalam sebuah gereja dan bayangkan betapa gembiranya orang-orang kafir apabial seorang yang mengaku Islam memijak-mijak kemuliaan agamanya sendiri!

Bersembunyi di belakang tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia tidak mampu membersihkan dosa yang Nurul lakukan malah akan menambahkan lagi sengsara dan bebanan dosa kepada agama dan bangsa.

Mungkin juga ada hikmah apabila Nurul mempertahankan prinsip kebebasan beragama sehingga merangkumi orang Melayu kerana ia membuka minda orang Islam di negara ini apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan Pakatan Rakyat jika mereka ditakdirkan berkuasa.

Nurul telah melontarkan bibit-bibit bencana yang bakal menimpa umat Islam di Malaysia dengan penyebaran agama yang dinamakan pluralisme.

Sudah tentu untuk menjayakan agenda pluralisme, pihak pembangkang akan meminda Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan mengenai Islam sebagai agama persekutuan.

Jika Perkara 3 (1) dipinda, Perkara 160 (2) akan turut menjadi korban golongan pluralis.

Di bawah Pakatan Rakyat orang Melayu tidak lagi memeluk agama Islam untuk ditakrifkan sebagai orang Melayu menurut Perlembagaan, cukup sekadar bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jika berkuasa, Pakatan Rakyat akan merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini yang berterakan Islam di mana institusi raja-raja Melayu sebagai pelindung dan payung kepada orang Melayu dan Islam.

Negara akan ditukarkan kepada sistem demokrasi ala Barat sepenuhnya malah lebih dahsyat daripada itu.

Melayu akan lenyap, Islam akan berkubur dan suara-suara azan daripada kubah-kubah masjid akan menjadi satu kenangan silam jika rakyat membenarkan Pakatan Rakyat berkuasa.

Apabila Terlalu Sibuk Nak GLAMOUR Maka Pintu Gol Pun Tak Dijaga Dengan Baik...

Pemain yang paling penting dalam skuad Harimau Malaya memikul tugas menjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dilihat tidak fokus menjalakan tanggungjawabnya malam tadi dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012....

Prestasi penjaga gol yang lebih dikenali dengan nama Apex ini seolah-olah berada ditahap yang meragukan mungkin beliau sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember yang akan datang.

APABILA AHLI SUKAN SUDAH MULA SIBUK DENGAN DUNIA GLAMOUR, SANA SINI JADI BURUAN LENSA KAMERA DAN MAJALAH.....


prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121126/su_01/Langkah-sumbang#ixzz2DJjCzBjI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, November 26, 2012

Rajagobal Apa Kau Dah Buat..?? Video Klip FAM Bangsat

Harakah Telah Dibeli Oleh DAP

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.

Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan.  Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti.  Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri..... 

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim. 

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS.  Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka. 

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri. 

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya.

Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.  

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.  Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri. 

Apakah ertinya ini?  Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian?  Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang?  Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan? 

‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS.   Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka.  Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil. 

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati.

Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. 

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?   

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya.  Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka.

Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia.  Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi. 

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama. 

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya. 

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang.

Oleh itu, gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain. 

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar.

Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa..., yang tidak berdaya melawan atau bersuara.  Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan… 

Sunday, November 25, 2012

Kalau Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia....

Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

"Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara.

"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," ujarnya.

Saturday, November 24, 2012

Gelaran TUN Untuk Karpal Singh....

Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.





Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.

Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.

Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang......