Wednesday, November 14, 2012

Kemesraan Rosmah Bersama Madam Emine Erdogan Bikin Anwar Ibrahim Sawan Babi....!!



Selepas berlangsungnya upacara Perasmian World Innovative Summit for Education [WISE] 2012 yang bertempat di Qatar National Convention Centre [QNCC] di Doha, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Rosmah Mansor telah mengadakan pertemuan empat mata dengan isteri Perdana Menteri Turki, Madam Emine Erdogan.

Kedua-dua isteri Perdana Menteri dua negara ini telah diundang sebagai VVIP dalam majlis yang telah disempurnakan oleh Permaisuri Qatar, Sheikha Moza Nasser.

Keakraban Emine Erdogan dan Rosmah terserlah dan mereka begitu mesra sekali…

Dalam pertemuan empat mata tersebut, Datin Paduka Rosmah telah menceritakan perhatian dan tumpuan utama mengenai isu pendidikan dalam membina generasi masa depan negara.

Beliau turut memaklumkan dalam ucapannya nanti yang akan diadakan esok dalam salah satu sesi WISE 2012, Rosmah akan menerangkan gerak kerja hala tuju yang sedang dilaksanakan olehnya menerusi PERMATA.

Emine menyokong penuh dan menyanjung tinggi usaha yang sedang dilakukan oleh Rosmah..., baca seterusnya di SINI

Ini Buktinya Nurul Izzah Jadi Punca Perpecahan Ahli Ahli PAS...! Anda Saksikan Sendiri

Tuesday, November 13, 2012

Isu Selangor : Ramai Ibu Tunggal Di Selangor Mengamuk Dan Bangkit Tuntut Janji Manifesto Kerajaan Tan Sri Khalid

Lepas satu, satu lagi bala datang menimpa Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.....

Semakin hampir musim pilihanraya, semakin banyak pula desakan dari rakyat menuntut agar kerajaan Pakatan Selangor menunaikan segala janjinya yang terkandung dalam menifesto pilihanraya lepas.

Baru-baru ini, sekumpulan ibu tunggal dari daerah Gombak dan Petaling telah mengadakan perhimpunan secara aman menuntut kerajaan Pakatan Selangor menunaikan salah satu dari janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan Pembangkang pada PRU12 yang lepas iaitu memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal.


Mereka kecewa setelah hampir 4 tahun Pakatan Pembangkang diberi peluang mentadbir negeri Selangor tetapi janji pemberian elaun terhadap ibu tunggal masih lagi tidak ditunaikan hingga ke hari ini. Ada yang mempersoal akan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikan kesemua janji yang telah ditabur.

Selain itu, kumpulan ibu tunggal ini turut menyatakan, sekiranya dalam tempoh masa dua minggu tiada sebarang maklum balas dari kerajaan negeri berhubung dengan tuntutan ini, pihak persatuan ibu tunggal seluruh negeri Selangor akan bergabung dan akan mengadakan perhimpunan aman di bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan yang bakal diambil oleh golongan ibu tunggal ini kelak sekiranya Khalid Ibrahim terus memandang sepi golongan ini.....  Baca seterusnya klik SINI

PENTIINGG....!!! Sebarkaann Video Klip MURTAD Ini

Sunday, November 11, 2012

TERBONGKAAARR...! 30 Muslimah PAS Selangor Bantah Kenyataan Bodoh Nurul Izzah

Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya  yang menyokong LGBT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?

Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam?

Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.

Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini.

Sokong MURTAD...! Sokong LGBT....!! Anda Nilaikan Sendiri Makhluk Jenis Apa Anwar & Nurul Izzah





Apabila fahaman liberalnya terdedah, Nurul Izzah pantas menuding jari kepada akhbar berbahasa Melayu pro-kerajaan sebagai memutar-belit kenyataannya berkenaan hak menukar agama bagi umat Islam. 


Hairan sekali kerana, kenyataan yang sama juga telah dipetik oleh Malaysiakini tetapi Nurul Izzah langsung tidak menyalahkan Malaysiakini. 


Malaysiakini mengambil inisiatif memaparkan transkrip penuh soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum tersebut dan ternyata tiada apa yang disalahlapor atau diputarbelit oleh mana-mana pihak seperti yang didakwanya. 


Kemudian, muncul pula seorang peguam meluahkan rasa kecewa terhadap Nurul Izzah kerana membuat pusingan 180 darjah di akhbar sedangkan beliau yang menjadi peserta forum adalah antara yang mengemukakan soalan kepada Nurul Izzah berkenaan isu tersebut.


Menurutnya, Nurul Izzah telah memberi jawapan yang jelas bahawa hak menukar agama adalah juga tertakluk juga ke atas umat Islam.  


Untuk berlaku adil kepada Nurul Izzah, beliau juga ada menambah bahawa semuanya terpulang kepada kualiti seorang Muslim untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.  


Namun, untuk berlaku adil juga kepada media yang dituduh memutarbelit kenyataannya, Nurul Izzah tidak pernah menambah kenyataan berikut ketika di dalam forum itu, iaitu,“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” sepertimana yang dinyatakannya di media. 


Justeru, siapa sebenarnya yang membelit siapa...?


Jelas, Nurul Izzah, semakin menyerupai bapanya Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai talam berpuluh-puluh muka. Memandangkan forum diadakan di gereja, maka Nurul Izzah merasakan ‘selamat’ dan sesuai untuk menunjuk keterbukaan dan menyerlahkan fahaman liberalnya.  Tujuannya pastilah untuk meraih sokongan penganut Kristian dan juga golongan liberal. 


Tetapi, Nurul Izzah telah gagal melihat beberapa langkah ke depan untuk mencongak kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam apabila kenyataannya disebarkan oleh media.


Nampaknya, dalam keghairahan untuk meraih sokongan satu golongan, Nurul Izzah telah terlupa bahawa di zaman IT ini, apa saja yang dikatanya, tidak akan habis di situ sahaja, tetapi akan tersebar dengan pantas dan luas. 


Maka, Nurul Izzah terpaksa membuat U-turn bila berhadapan dengan masyarakat yang majoritinya umat Islam. Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya. Sebagai seorang ahli politik, Nurul Izzah patut cukup arif akan peribahasa ini....


Kini, yang dipersoalkan bukan lagi sama ada Nurul Izzah seorang liberal yang mempunyai pendirian ‘longgar’ terhadap murtad atau sama ada beliau seorang Muslimah sejati yang berpegang kuat kepada syariat dan tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam. 


Tetapi, apa yang terserlah kini ialah sikap Nurul Izzah yang suka membelit kenyataan sendiri, sama seperti bapanya. Seperti yang kita tahu, sikap suka membelit dan berbohong selalunya datang dalam satu pakej.


Dalam kes ini, kita tidak tahu yang manakah atau siapakah dan apakah pendirian Nurul Izzah sebenarnya.  Atau, yang mana satu pendiriannya yang sebenar dan yang mana satu hanya lakonan atau pembohongan. 


Pihak Kristian atau pihak liberal tidak boleh mempercayai keterbukaannya kerana kenyataannya boleh berubah sebaik saja beliau melangkah keluar dari pentas ceramahnya. 


Umat Islam juga tidak boleh mempercayainya kerana beliau boleh berkata apa saja untuk menjaga dan menarik hati kita. 


Nurul Izzah perlu memilih satu watak sahaja jika ingin berjaya sebagai seorang ahli politik.  


Seharusnya beliau mempelajari semua ini dari kesilapan bapanya iaitu seseorang ahli politik tidak boleh memilih untuk melakonkan semua watak kerana lambat laun, beliau pasti akan membelit diri sendiri.


Akibatnya, beberapa pihak di barat telah pun menarik diri dari Anwar dan mendedahkan betapa Anwar seorang penipu.  Malah, gelaran talam dua muka dan sesumpah juga adalah diberi oleh penulis-penulis di barat. 


Sementara teman-teman ABIM juga mula menjauhkan diri, dan seorang demi seorang dari ‘inner-circlenya’ keluar parti. 


Justeru, Nurul Izzah perlu membuat keputusan apakah pendiriannya atau sekurang-kurangnya watak apakah yang ingin dimainkannya untuk hari ini dan selama-lamanya.


Apakah beliau benar-benar percaya kepada pluralisme agama, dan rela membuka ruang murtad dengan membenarkan semua agama berdakwah secara terbuka, atas alasan ayat AlQuran yang menegaskan tiada paksaan dalam beragama...?


Apa jua, Nurul Izzah perlu tahu bahawa isu di sini bukanlah tentang iman dan akidahnya kerana itu adalah antara beliau dengan Allah SWT.,  tetapi isu ini adalah berkenaan pendiriannya atau siapa dirinya.


Rakyat dari semua golongan perlu tahu siapa yang menjadi pemimpin mereka agar tidak tersalah memilih si ular sawa...!!

Saturday, November 10, 2012

Azmin Ali TAK Mahu Buat Sebarang Kenyataan Pertahankan Nurul Izzah....

Muka depan Sinar Harian pada 8 November memaparkan gambar pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1998 iaitu sejak suaminya dipecat dari kerajaan kerana meliwat....

Kali ini, Wan Azizah melakonkan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘politically incorrect’ bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. 

Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya. Namun, seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini, mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia. 

Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah, adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut, malah tidak langsung menafikan laporan mereka.  

Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana, kemudian menyiarkan ulasan, pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka.  

Walaupun tiada putar-belit, tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini, tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali.  Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang ‘longgar’ terhadap soal murtad.

Dari kenyataan Izzah, sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan. Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa ‘semua agama adalah sama’, kembali dipaparkan oleh para blogger.  
Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya...... Pendek kata, begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar. 

Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme, maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati.
Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan, perlu memainkan peranan di muka depan. 

Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah, tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah.
Beliau yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan. 

Sedangkan, hakikatnya, anak sulung Anwar Ibrahim ini bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin.  Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali. 

Justeru, jika beliau membuat kenyataan, beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya.  Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama, maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya, dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan, kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima. 

Nurul Izzah pernah menuduh dengan lantang dan keras kononnya Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan.  Ini adalah tuduhan yang amat berat.  Ketika itu, adakah Nurul Izzah terfikir akan apakah kesannya ke atas orang yang dituduhnya....?  Tidak....!!
Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya?  Tidak juga. 

Ini adalah kerana Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar.  Perdana Menteri juga faham ini adalah mainan politik kotor Nurul Izzah, bapanya Izzah serta kuncu-kuncu mereka.
Justeru, Perdana Menteri sabar memberi keterangan dan penjelasan tanpa jemu kepada rakyat mengenainya.  Beliau juga bersumpah sebanyak 3 kali mengikut cara Islam sebagai usaha membela diri.   Akhirnya, pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Nurul Izzah sendiri. 

Melihat bagaimana Nurul Izzah gabra dan gentar tidak seperti Perdana Menteri apabila dituduh dengan tuduhan sebegitu berat, rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Izzah bukan mangsa putar belit sesiapa, tetapi beliau benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya.  Iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain. 

Kini, tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme. Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati, sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak ‘tuan-tuan mereka’ di barat. 

Kita ingin menyarankan kepada Nurul Izzah agar berterus terang saja dengan fahamannya dan keluarganya serta berdiri teguh atas pendirian itu....
Sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya sebagai pemimpin yang berani, walaupun kita tidak boleh menghormatinya sebagai seorang Muslimah sejati.
Dengan tidak berani berkata yang benar dari hatinya, maka Izzah adalah sama saja dengan bapanya, yang pengecut dan membawa imej talam bermuka-muka, menjadi warak, liberal, plural, komunis, demokrat,  neo-con dan apa saja yang mampu memberi keuntungan politik kepada mereka. 

Jika Izzah takut untuk menghadapi semua ini, kembalilah saja ke daratan agar tidak perlu lagi dilambung ombak di lautan. 

Friday, November 9, 2012

Wan Azizah Sibuk Mengemis Sokongan. Diwaktu Yang Sama Rosmah Berjaya Menyentuh Perasaan Rakyat Selangor….!!


Kasihan sungguh apabila melihatkan perbezaan dua alam yang terbentang depan mata petang semalam….

Isteri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang juga merupakan Presiden PKR, Dr Wan Azizah nampaknya tidak pernah lekang dari menjalankan peranan membaca skrip untuk menutup kesilapan ahli keluarganya sendiri.

Sudah hampir 15 tahun tugas Wan Azizah hanyalah membaca skrip yang disediakan oleh suaminya untuk menipu rakyat, menagih simpati rakyat…, mengemis sokongan rakyat…!!

Kita tidak lupa bagaimana Wan Azizah mula mula berbohong menyatakan Anwar akan diberikan suntikan mengandungi virus Aids sewaktu suaminya ditahan pada malam 20 September 1998…

Sewaktu meletop kisah Anwar liwat Saiful, wanita bernama Wan Azizah dicekup kantoi apabila wartawan bertanyakan dimanakah suamninya pada waktu yang disebut oleh Saiful telah diliwat..? Wan Azizah terketar ketar gelabah tidak dapat memberikan jawapan sehingga memaksa Nurul Izzah mencelah menipu “He was with us…” [Anwar ada bersama mereka].

Manakala apabila bergegar persada politik tanahair setelah tersebar video seks Anwar menutoh enak seorang China Doll, sekali lagi Wan Azizah terpaksa melakonkan watak seorang penipu…, untuk menjawab soalan diamanakah Jam Tangan OMEGA….!!

Kesemua ini dilakukan semata mata mahu melindungi segala kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarganya sendiri. Itulah padahnya apabila sebuah parti politik yang dikuasai oleh sebuah keluarga yang memegang jawatan penting.

Kelmarin Wan Azizah mengemis lagi…!! Lihat dibawah ini, bagaimana terdesaknya wanita ini cuba sedaya upaya meraih simpati diatas kesalahan anak sulungya yang semakin bengong dalam membuat kenyataan.

Inilah balasan Allah swt terhadap segala dosa dosa Anwar, dan Wan Azizah yang selama ini bersubahat melindungi dosa suaminya. Satu per satu dan semakin banyak kesalahan mereka terhidang didepan mata kita sekarang….

Apabila terlalu sibuk untuk melakukan kerja politik, maka hilanglah tumpuan untuk melakukan kerja sebagai pemimpin… Buat diri Wan Azizah dan Anwar, masalah anak mereka kini menjadi prioriti utama.

Oleh itu masalah rakyat terpaksa dilupakan, tidak perlu diberikan tumpuan dan perhatian….


Cuba kita lihat bagaimana prihatin seorang wanita yang bergelar isteri Perdana Menteri ini…..

Mendekati rakyat, memahami masalah dan kepayahan rakyat menjadi fokus utama Datin Seri Rosmah Mansor.

Mangsa mangsa banjir di negeri Selangor jajahan PKR telah mendapat perhatian dan bantuan dari Rosmah semalam. Kalau hendak diharapkan bantuan dari PKR yang sibuk mahu menyelesaikan masalah Nurul Izzah…., maka jawapnya mangsa mangsa banjir ini akan terbiar tanpa sebarang bantuan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang itu.

Anda saksikan sendiri segala rakaman dibawah ini…

Lebih banyak foto foto menarik di SINI

PKR & PAS Hanya Tahu Bercakap...! Azeez Rahim Buktikan Cara Dekati Rakyat, Khalid Gagap Menangis Menonton Video Klip Ini

Thursday, November 8, 2012

Hok Aloh Wei... Kecek Molek Sikit

Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu?

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

Akhirnyaaaa...!! Terbongkar Semua Rahsia Shamsidar.....

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan.

Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang, helikopter dan juga peluru berpandu.  Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi  kerjasama ekonomi. 

Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis.  Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar. 

Maka, buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu.  

Mengimbas penipuan SUARAM, pertubuhan itu telah mencemarkan imej dan nama bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga kerajaan, polis, hakim dan undang-undang Perancis.

SUARAM telah dengan sewenang-wenang menggunakan nama hakim Perancis apabila membuat kenyataan bahawa perbicaraan tentang isu rasuah pembelian scorpene sedang berjalan.  Malah, kononnya beberapa nama yang bakal disapina juga sudah diperolehi. 

Walaupun telah terkantoi lagi buat kesekian kalinya apabila pendakwa Perancis membuat kenyataan rasmi bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di negara tersebut, SUARAM masih lagi berdegil untuk meneruskan penipuan.  

Sejurus itu, SUARAM menggunakan nama Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara bagi menggambarkan kononnya siasatan masih berjalan dan tuduhan mereka benar.   Bagaimanapun, Tan Sri Musa pantas menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media di Bangkok untuk mendedahkan penemuan baru mengenai isu ini sepertimana yang didakwa SUARAM. 

Hakikatnya, aduan SUARAM telah ditolak oleh mahkamah Perancis sejak bulan Mac lagi atas alasan ianya tidak berasas.  SUARAM kini sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan.... 

Soalnya, kenapa SUARAM tidak menyatakan yang benar...?  Iaitu bahawa aduan mereka ditolak dan sedang menunggu rayuan?  Kenapa mesti menipu...?

Kenapa mesti menggambarkan yang perbicaraan sedang berlangsung atau siasatan sedang dibuat...?  Kenapa mesti mereka-reka nama saksi yang akan disapina?

Kenapa mesti memburukkan nama Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia...?   Kenapa mesti mereka-reka dokumen bukti dan menyebarkannya? 

Kenapa begitu rendah sekali maruah Cynthia Gabriel, dan semua peneraju SUARAM?  Manusia apakah mereka ini yang tiada harga diri, tiada rasa malu, tiada rasa kesal, bersalah atau insaf...?

Kini, percubaan SUARAM untuk memburukkan nama Dato’ Seri Najib dan Malaysia ternyata gagal apabila terdedah bahawa semuanya hanyalah rekaan semata-mata.  Tetapi apa yang lebih hebat lagi ialah walaupun segala usaha dan wang ringgit dilaburkan oleh SUARAM untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib, nama Perdana Menteri Malaysia ini semakin menjulang tinggi dan Malaysia juga semakin dipercayai terutama sebagai rakan dagang alatan ketenteraan.

Justeru, mungkin OSI, iaitu pertubuhan yang dimiliki oleh George Soros yang difahamkan menjadi dalang kepada penipuan ini perlu memikirkan semula mengenai ‘pekerja-pekerja’ atau ‘agen-agennya’ di dalam SUARAM.

Nampak benar yang mereka-mereka ini begitu bodoh kerana menggunakan strategi penipuan yang amat bodoh dan mudah dikantoikan.....

Akibatnya, penipuan mereka bukan sahaja membuatkan pertubuhan itu hilang kredibiliti dan diketawakan, tetapi juga membuatkan Soros kerugian.

Lebih dari itu, ia juga membongkar dan membuka mata masyarakat mengenai agenda, strategi, operasi dan modus operandi pihak yang ingin menakluk dunia serta agen-agen mereka.....

Bukti bukti penipuan SUARAM, klik SINI dan SINI