Saturday, October 20, 2012

Apabila Cik Latipah Koorya Tanggal Tudung Dan Posing Seksi..., Nik Ajis Pun Tanggal Serban

PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik.

Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sediada.

PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi.

Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti 'pressure cooker' ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk.

Hanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP.

Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik tidak disenangi oleh sesetengah tokoh dalam PAS.

Malah Menteri Besar Kelantan itu merasa tidak salahnya PAS bekerjasama dengan DAP walaupun secara jelas parti perkauman itu menentang pelaksanaan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan olehnya.

Bagaimanapun dalam pendiriannya mempertahankan DAP, Nik Aziz sebenarnya telah mengesahkan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa PAS adalah keldai tunggangan DAP.

Inilah yang berlaku dalam sebuah parti politik apabila pemimpin tidak lagi mendengar luahan hati nurani akar umbi tetapi tetap dengan sikap sombong bodoh yang akhirnya akan membawa kepada kerugian.

Walaupun bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah mendedahkan perihal agenda DAP untuk mengkristiankan negara ini apabila parti itu menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, suara beliau seolah-olah diketepikan.

Malah pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang menjadi golongan talibarut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam parti itu yang dipanggil 'Anwarinas' turut menghentam Nasharuddin.

Nik Aziz juga dengan lantas melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang.

DAP kini mahu menyaman Nasharuddin atas pendedahan rahsia besar DAP itu tetapi tidak kedengaran pun suara pimpinan PAS mempertahankan ahli parlimen Bachok itu.

Begitu juga nasib yang menimpa bekas Exco PAS Selangor, Hasan Ali yang dipecat daripada parti apabila beliau membangkitkan bahaya gerakan Kristian di negeri itu.

Dengan mempertahankan DAP adakah Nik Aziz menunjukkan toleransi tidak bertempat terhadap agenda kristianisasi DAP?

Sebagai tokoh agama yang dihormati oleh ahli PAS tidakkah sikap ganjil yang dipamerkan oleh Nik Aziz sebenarkan akan membawa kemusnahan kepada parti itu sendiri apabila peringkat akar umbi lambat laun akan memberontak?

Perjuangan politik PAS kini menjadi begitu teruk kerana kerenah Nik Aziz yang lebih mementingkan politik daripada agenda Islam.

Suara Abdul Hadi Awang sebagai presiden sudah tidak laku kerana PAS telah dikawal sepenuhnya oleh ideologi Nik Aziz.

Nik Aziz seolah-olahnya tidak pedulikan lagi maruah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sanggup menolak mentah-mentah permintaan Umnom untuk bermuzakarah dalam semangat persaudaraan sesama Islam tetapi memilih untuk melihat titik persamaan dengan sebuah parti bukan Islam dan rasis pula.

Suara-suara bantahan sudah mula kedenganran dan semakin lantang apabila bekas ahli parlimen Baling, Dr Shahanon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.

Begitu juga Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengkritik Anwar yang berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme agama apabila tokoh ulama itu mengatakan tindakan Ketua Umum PKR itu bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal jelas menunjukkan beliau menolak kesesuaian Islam dalam pembentukan sebuah negara.

Islam diserang daripada pelbagai sudut namun PAS membiarkan perkara ini berlaku.

Nik Aziz mempertahankan Anwar walaupun beliau menyokong negara Zionis Israel dan memperlihatkan pegangan ideologi pluralisme agama yang nyata.

Nik Aziz berdiam diri apabila wartawan bertanya mengenai komen Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam berdemonstrasi membantah filem anti-Islam dalam twitternya.

Mengapa Nik Aziz begitu menikus apabila berdepan dengan DAP tetapi sanggup memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saudara seagamanya dalam Umno...?

Adakah kedudukan DAP yang anti-Islam lebih mulia daripada ahli-ahli Umno yang sama-sama mempunyai pendirian serta prinsip agama dan berkongsi kalimah syahadat yang sama...?

Friday, October 19, 2012

JAHANAM..! Menteri Pengangkutan Ajak Rakyat Tukar Kerajaan...? Tindakan BODOH Untuk Beri Peluang Anwar Tawan Putrajaya

Nampak gayanya salah seorang pimpinan kanan Barisan Nasional yang memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Yb Dato' Seri Kong Cho Ha sudah tidak dapat berfikir dengan bijak....!

Tindakan bodoh dan bangangnya membuka ruang yang sangat luas untuk menyaksikan BN tewas pada Pilihanraya ke 13 nanti dan berpeluang untuk Pakatan Pembangkang menzahirkan impian menawan Putrajaya.

Dalam kemelut membicarakan isu kamera AES, Kong Cho Ha masih mahu menegakkan benang yang basah. Beliau tidak mahu "give in" langsung dengan keluhan rakyat secara keseluruhan...

Malam tadi tersiar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.

Tak sangka bodoh juga pemikiran seorang yang bertaraf Menteri... Jangan cuba mencabar rakyat! Apakah beliau lupa "kuasa rakyat" menyaksikan BN tewas 5 negeri pada PRU 2008, dan BN juga hilang majoriti 2/3.

Ketika itu rakyat marah dengan kenaikan harga barang, lebih lebih lagi harga petrol yang melonjak naik beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan.....

Kupasan seterusnya, klik SINI

Thursday, October 18, 2012

Ulamak Ulamak Pas Ada Beraann...???


Akhirnyaaa....., Nurul Izzah Akui Najib Memang HEBAT, "Better Than Papa"

Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan..... Secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61. Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi. Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.  Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. 

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.

Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga. 

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti. 

Laporan Jabatan Agama Islam Selangor Buktikan Segala-galanya......!!

Perubahan tampuk Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui Pakatan termasuklah PAS nyata bukan sahaja tidak mampu mengurangkan kadar jenayah akan tetapi lebih membimbangkan ianya meningkat secara mendadak.
Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaparkan jumlah kes Jenayah Syariah yang meningkat sebanyak 1151 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 1077.

Perbandingan rekod 2 tahun daripada 4 tahun pemerintahan Pembangkang ini jelas menggusarkan masyarakat yang tidak tahu akan fakta sebenar mengenai rekod tersebut.

Peningkatan tersebut jika dikaji semula merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

Jenayah syariah yang direkodkan dalam kes tersebut termasuklah melibatkan kes khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri.

JAIS dalam kenyataannya menyebut menjadi tanggungjawab menangani jenayah syariah tidak seharusnya dibebankan kepada penguat kuasa agama sahaja, yang turut menerima kritikan serta tohmahan ketika menjalankan tugas.

"Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama Jais yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri," kata wakil jurucakap JAIS.

Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan selepas Jais mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut.

Lebih sedih apabila dari kalangan penyokong tegar parti pembangkang yang membutakan kesemua fakta2 ini dan terus ditanam dengan semangat kebencian menerusi persepsi fitnah dari kalangan Pemimpin2 mereka dek kerana mahu tawan Putrajaya.

Di manakah janji PAS sebelum PRU12 yang mahu mensasarkan sifar Jenayah Syariah di Negeri tersebut. Malah menghina Kerajaan BN Negeri pada ketika itu dengan menggelar 'Selangor Darul Maksiat.....?'

Oh...., lupa...! Pemimpin No. 1 Selangor yang lantang memperjuangkan usaha tersebut telah dibuang jauh dari PAS. Kini yang memimpin merupakan Pemimpin PAS berjiwa 'Darul Maksiat'.

Wednesday, October 17, 2012

Khalid Gagap Akan Lahirkan Banyak ABU NAWAS Di Selangor.....

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

TAWAS diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh YAWAS bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

Menurut maklumat dalam laman webnya, YAWAS ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

LKAN mendedahkan baki dana YAWAS pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."
baca seterusnya..., klik sini

TERGEMPAARR...! Azmin Ali Kritikal..., Diserang Penyakit Hilang Ingatan

Ramai yang tidak mengetahui perkara sebenar ini..., klik SINI

Monday, October 15, 2012

Anwar Dah Jadi IKON Gerakan Kristian Di Malaysia....

Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-eilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan Keagungan.

Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.

Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.

Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan.

Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.

Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.

Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.

Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.

Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan.

Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani.

Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti.

Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.

Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau.

Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.

Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim.

Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu.

Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka.

Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.

Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.

Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa.

PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.

Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.

Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat, biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.

Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.

Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Saturday, October 13, 2012

SUARAM Gagal Fitnah Najib Isu SCORPENE.... Bila Lagi Fadiah Nadwa Fikri Mahu Mohon Maaf...??

SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan  ‘pertukaran rejim’ di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat Yahudi untuk menguasai dunia.

Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia umat Islam, tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran.

Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.

Hari ini, bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.

Bertitik tolak dari itu, pada 1 Oktober lepas, Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI), the National Democratic Institute (NDI), the Center for International Private Enterprise (CIPE) and the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam seperti Tunisia, Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi, tetapi juga negara bukan Islam.  Dan tentu sekali, Malaysia, sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas dari menjadi sasaran mereka.

Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang Malaysia bukan lagi rahsia.  Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri, iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini. 

Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk ‘menjemput’ seorang peguam bernama William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui.

William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal.  Beliau diketahui umum menjadi ‘kilang wang’ bagi semua operasi pertukaran rejim yang dirancang oleh rangkaian Yahudi.  


 
Tidak seperti Rusia, NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang.  Oleh itu, yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan bukannya NED. 

Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia.  Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, tetapi juga Perancis. 

Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta, antaranya: 

1.     SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil mereka ‘kertas siasatan’ yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya. Sedangkan, siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia. Jika benar wujud ‘kertas siasatan’ tersebut, maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang. 

2.    Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis. 

3.    SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali. 

4.    SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, Le Loire, sesuka hati dalam pembohongan mereka. 

5.    SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis.   

6.    SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia. 

7.    SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya. 

Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja. Nampaknya, selepas ini, NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia untuk meneruskan agenda mereka di negara ini. Namun, dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas, apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya? 

SIAPA FADIAH NADWA FIKRI..? Bacalah tiga artikel Blog MIK dibawah ini nanti..., kenalilah peranan anak melayu yang berjaya ditunggang oleh SUARAM yang ditaja oleh Yahudi Lahantullaaahhhhh.



Friday, October 12, 2012

Pimpinan PAS Memang Suka Jadi ANJING Kepada DAP...


Acapkali apabila khalayak umum memanggil PAS sebagai anjing DAP, sepantas kilat para pemimpin PAS mencipta seribu satu alasan dan hujah itu ini termasuklah memanipulasi ayat suci Al-Quran serta sejarah Nabi Muhammad s.a.w bagi menafikan dakwaan itu.

Kalangan pemimpin PAS juga akan berusaha mencipta gambaran baik kepada penyokong dan khalayak kononnya hasil hubungan terlarang PAS dengan parti racist Cina itu, telah berjaya merubah watak ekstrim dan sikap keras DAP terhadap Islam dan umatnya.

Realiti sebenar tidakpun seperti yang cuba dipotretkan oleh pemimpin PAS. Bak kata pepatah, jauh langit dari bumi.

Hakikatnya, sebagaimana resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, begitulah senario sebenar bila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen PAS Sik, Kedah juga telah mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui PAS tika ini. Katanya PAS telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".

Kenyataan ahli seumur hidup PAS memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status PAS semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.

Lagipun sejak PAS bersekongkol dengan parti juara kroni dan nepotisme itu, sudah acapkali PAS membuktikan dirinya adalah sebijik sama seperti anjing kepada DAP. Buktinya, bukankah sehingga kini PAS sudah terasa malu alah dan segan-segan untuk mendirikan negara Islam?

Bukan itu sahaja, para pemimpin PAS juga terpaksa mengalah bila pemimpin Cina DAP dan PKR telah berjaya menekan dan memaksa PAS menerima tuntutan mereka yang mahu menggunakan kalimah Allah s.w.t bagi pihak gereja Kristian.

PAS juga semacam hilang jantannya bila mana dengan rela hati menurut sahaja perintah DAP yang mengarahkan botol arak yang dirampas dari Kedai Serbaneka 7 Eleven Seksyen 8, Shah Alam dipulangkan kembali sekalipun sudah termaktub jelas peraturan penjualan arak yang melarang minuman keras dipamer atau dijual dalam kawasan penduduk majoriti Melayu Islam.

Begitu juga semasa heboh isu rumah sembelih babi di Kedah, disebabkan takutnya PAS terhadap kekuatan DAP sama seperti takutnya seekor anjing pada tuannya, maka arahan penutupan rumah sembelihan babi itu ditarik balik oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Demikian jua bila kita mengimbas kembali isu kouta rumah 50% untuk orang Melayu di Kedah, akhirnya dibatalkan gara-gara ancaman DAP yang mahu menarik diri dari PR sekiranya PAS meneruskan hasrat menetapkan kuota 50% kediaman khas untuk Melayu Islam.

Paling tidak dapat dilupakan, tatkala menyaksikan pemimpin PAS semacam anjing kelaparan sebulan tidak menjilat tulang, mana tidaknya, bila mana isu hudud menjadi polemik umum, PAS akan segera memberi reaksi tunduk patuh pada bantahan DAP.

Berdasarkan imbasan beberapa fakta-fakta kes di atas, ternampak jelas dan terbukti sudah, selayaknya PAS telah memenuhi tabie seekor anjing peliharaan kalau tidakpun setaraf dengan dengan anjing kurap yang setia dan taat pada tuannya yakni DAP.

Thursday, October 11, 2012

Perempuan Ini Statusnya JALANG…? Siapa Upah Perempuan Ini Buat Kacau Di Mahkamah Sewaktu Perbicaraan Shahrizat….??


Semalam sewaktu berlangsungnya perbicaraan kes saman Datuk Seri Shahrizat terhadap lembu pondan PKR, Rafizi Lembu di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur telah tercetus satu insiden yang sangat jelek dan memualkan….

Entah dari mana datangnya perempuan yang gedik berpakaian menjolok mata cuba “berkempen” memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.  Apakah perempuan ini tahapnya seorang Jalang Upahan…? Siapakah pula yang buat kerja gila sanggup mengkudakan perempuan ini…??

Berita sepenuhnya…, klik SINI

Sistem AES Menyusahkan RAKYAT…! Agenda Menjadikan Najib Ketua Pembangkang Selepas PRU Ke 13



Heboh dan HANGAT bahan perbualan mutakhir ini…..!

Iya, sekarang ini sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia bercerita, mereka berang dan panas hati dengan perlaksanaan Automated Enforcement System [AES] yang kini digunapakai oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Sistem AES mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos…..

Inilah yang dikatakan Janji TIDAK Ditepati…!!




Dua minggu yang lalu YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib membentangkan Bajet 2013.  Bersahut-sahutanlah suara suara yang manis bergema memuji lambung apa yang dijanjikan oleh Najib.

Pelbagai bayaran yang bakal diterima, bermacam-macam jenis “durian runtuh” juga menjadi juadah untuk RAKYAT….. Sayang seribu kali sayang, masih ada juga sedikit kesilapan yang dilaksanakan oleh agensi agensi kerajaan mengundang rasa benci RAKYAT..!

Apa tidaknya…?  Tangan kanan memberi, tangan kiri dihulurkan pula untuk meminta semula apa yang sudah diberi…, tambah menyakitkan hati permintaan dari tangan kiri itu melebihi dari apa yang sudah diberikan oleh tangan kanan.

Apa yang Najib mahu berikan…? BR1M sebagai contoh, dan berapakah nilainya….? Mencecah RM1,000 setiap RAKYAT yang layak…??

TETAPI apa pula yang dihulurkan oleh pihak JPJ dibawah Kementerian Pengangkutan bertopengkan perlaksanaan sistem AES…?  Sekiranya satu saman bernilai RM300 maka berapakah pula nilainya jika mendapat secara purata lima[5] hingga sepuluh [10] saman dalam tempoh 6 bulan…?

Berbaloikah apa yang diberikan oleh Najib berbanding dengan tindakan BODOH dan BANGANG sistem AES yang sudah pasti menyusahkan RAKYAT…??

Janganlah kerana kesilapan bodoh seperti ini akan mengundang protes RAKYAT untuk tidak mengundi BN pada Pilihanraya ke 13 nanti…. Natijahnya apabila diumumkan keputusan PRU ke 13, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Najib akan menjadi Ketua Pembangkang. Na’uzubillah…!

Kupasan dan ulasan yang bernas mengenai kebodohan pihak JPJ dengan AESnya ada disini