Sunday, September 2, 2012

Kisah Pimpinan PAS Kahwin Cina Buta


Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut:

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua. BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil. Tetapi, tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan. Ada kemungkinan ia terjadi begini:

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.

Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu....!

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.

DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.

Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.

Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini...?

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang...?

Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Saturday, September 1, 2012

Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol

Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.

Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.

Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.

Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.

Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.

Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut.

Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.

Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.

Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan/Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan) Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai.

Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.

Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.

Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS.

Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya".

Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.

Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah.

Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.

Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain?

Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut.

PELIK..!! Anwar Jadi Bingung Dengan Perubahan Sikap Nurul Izzah

Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

Noh Omar Kata " Yb Ng Suee Lim Tak Bijak.., Bercakap Macam Orang Mabuk...!"



Friday, August 31, 2012

Rakaman Handphone Aksi Seks Ahli Parlimen Kuala Pengat Dengan Isteri Muda Dalam Hotel Di Sabah Tersebaarr....


Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

Posted by AAKJ

p/s; Blog MIK dimaklumkan ada rakaman aksi aksi panas yang dirakam menggunakan iphone oleh isteri muda seorang Ahli Parlimen PKR sewaktu mereka berkunjung ke Sabah. Tungguuuu.....!!!

Thursday, August 30, 2012

Sori...!! Anwar Ibrahim Tak Boleh Beli Saya..... Baca & Sebaarkaan....!!


Blog Gelagat Anwar

Dalam kes Nasharuddin Mat Isa [Nasha], kalau mengikut kepada rentak pemikiran Pimpinan PAS Pusat (kebanyakannya dianggotai oleh kumpulan Anwarinas) – bekas Timbalan Presiden PAS itu akan dicampakkan ke dalam bakul sampah politik.

Tak ada peluang kedua..... Tak ada belas kasihan..! Anwar sudahpun membentuk kesepakatan pandangan bahawa Nasha sudahpun beralih arah dan hanya layak menjadi sampah politik di dalam PAS.

Sebab itulah, di kalangan pimpinan PAS Pusat, ramai yang berlumba-lumba memberikan komen kononnya Nasha sudah tidak ada peluang dalam PAS. Nasha tidak akan diberikan ruang bertanding di dalam PRU13; dan nyawa politiknya akan dicabut oleh malaikat maut politik yang ada dalam pimpinan PAS Pusat.

Siapa Nasha sebelum ini mereka tak mahu peduli..... Pada mereka, Nasha sudah khianat kepada perjuangan.

Anwar yang mempunyai genggaman kepada pimpinan PAS Pusat tidak mahu Nasha berada dalam parti. Inilah hebatnya Ketua Umum. Semua dia boleh tentukan. Line-up PKR pun kuasa Anwar. Line-up PAS pun kuasa Anwar....!

Sayangnya, Anwar gagal membeli pengaruh di dalam Majlis Syura Pas. Inilah kelemahan beliau yang akan segera diperbaiki. Majlis Syura juga perlu dijadikan proksi Anwar dalam masa yang terdekat ini.

AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMA PAS PUSAT SESI 2011-2013

Ketua : YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun bin Taib

Timbalan Ketua : YB. Dato’ Ustaz Haji Ahmad bin Yakob

Naib Ketua : Dato’ Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad

Setiausaha : Ustaz Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Dr. Haji Badruzzaman bin Yusof

Penolong Setiausaha 2 : Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din

Penolong Setiausaha 3 : Ustaz Haji Nor Najhan bin Mohd Salleh

Bendahari : Dato’ Ustaz Haji Husain bin Awang

Ketua Penerangan : Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi bin Hj. Salleh

Pengarah Pilihanraya : Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa Kerja

: Dato’ Ustaz Haji Mohamed bin Daud al-lraqi

: Dato’ Dr. Ustaz Haji Johari bin Mat

: Ustaz Dr. Haji Shahbudin bin Ngah

: Ustaz Dr. Haji Azhari bin Yaakob

: Ustaz Dr. Haji Ishak bin Sulaiman

: Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak

: Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah

: Ustaz Abdullah bin Husain

: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail

: Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik

: Ustaz Haji Mokhtar bin Senik

: Ustaz Mohd Lutfi bin Arifin

: Ustaz Haji Mohd Zainul Asri bin Ramli

: Ustaz Haji Mohd. Khairi bin Zainuddin

: Ustaz Haji Mustafa bin Dolah

: Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil

: Ustaz Haji Mohd Ismi bin Taib

: Ustaz Khairul Azmi bin Ismail

Setakat ini, hanya Majlis Syura sahaja yang mampu memberikan nyawa politik kepada Nasha. Kalau menurut kepada undi pimpinan PAS Pusat – Nasha dah knocked out.... Tak ada peluang bernafas...!!

Nampaknya, Anwar akan cuba melakukan permainan politik dengan Majlis Syura. Anwar tidak bersetuju dengan sistem politik PAS yang memberikan muka kepada kumpulan ulama’ lama yang tidak mempunyai pemikiran politik yang lebih ganas.

Siapa boleh menafikan bahawa Nasha tewas Permilihan Muktamar PAS sebelum ini kerana bertebarannya ‘duit Anwar’ di dalam kawasan muktamar tersenut...? Sekurang-kurangnya, 700 undi perwakilan bertukar tangan kerana wujudnya dana khas yang datang daripada PKR. Tak ada siapa yang boleh menafikan....!!

Sayangnya, Anwar gagal ‘membeli’ Majlis Syura Pas yang kekal sebagai – institusi check and balance di dalam parti tersebut. Kalau tidak, Presiden sebenar PAS adalah Anwar Ibrahim.

Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011.

Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikutiTuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).

Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616).

Lelaki Tak Bersenjata Ditembak Polis Dari Jarak Dekat...? Satu Lagi Usaha PKR Rosakkan Imej PDRM

Saksi mendakwa pihak polis menembak lelaki yang tidak bersenjata daripada jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada 21 Ogos lalu.

Y Ilavarasen, 24, mendakwa D Dinesh, 26, yang meninggal dunia dua hari selepas kejadian di awal pagi itu tidak membawa sebarang senjata ketika keluar daripada kereta Proton Perdana putih yang ditahan dekat lampu trafik di Ampang Waterfront.

"Saya berada dalam kereta tidak jauh daripadanya dan boleh nampak daripada belakang," kata Ilavarasen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"(Polis) tembak daripada jarak dekat, atas dan bawah. Semua orang panik. Keadaan jadi kelam kabut dan tiada amaran, mereka juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta."

Bagaimanapun, versi polis menggambarkan keadaan berbeza apabila Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Md Nazri Zawawi dilapor sebagai berkata, kenderaan terbabit mengundur dan melanggar kereta peronda selepas dihampiri anggotanya.

"Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis," beliau dipetik sebagai berkata oleh Kosmo! dalam sidang media di Ampang Jaya.

Malaysiakini

Wednesday, August 29, 2012

Kenapa Anwar Tolak HUDUD


PAS dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Dato' S Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin PAS yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual PAS yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, PAS tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan PAS dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, PAS dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.

PKR Akan Menang Besaarrr Di Sarawak PRU Ke 13 Ini

Pendedahan yang dibuat oleh sahabat blogger, ANAK MERDEKA, amat mengejutkan...!

Ingatkan taktik timbulkan kebencian seperti ini sudah tidak wujud lagi, rupa-rupanya masih ada yang mahu mencubanya.

Kewujudan laman-laman muka di Facebook kononnya orang-orang Semenanjung amat membenci orang Sarawak, menimbulkan persoalan, keuntungan jenis apakah yang boleh diperolehi daripada kempen-kempen sebegini rupa?

Sarawak dan Sabah merupakan dua buah negeri yang menyediakan Kerusi Parlimen yang cukup besar. Menguasai Kerusi-Kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak bererti bakal menduduki Putrajaya dalam PRU.

Sebelum ini, wujud gerakan 'memerdekakan' dan 'mengautonomikan' Sabah serta Sarawak oleh Pakatan Rakyat. Walaupun Sabah dan Sarawak adalah negeri autonomi di Malaysia serta mempunyai pentadbirannya yang tersendiri, pihak-pihak tertentu sentiasa cuba menanamkan cerita kononnya, Sabah dan Sarawak telah dijajah oleh Semenanjung dan Perkara 20 yang telah dilanggar dengan sewenang-wenangnya.

Kebencian terhadap Semenanjung atau lebih tepat lagi Putrajaya sedang ditimbulkan. Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebelum ini, kempen bencikan Semenanjung begitu ketara walaupun pihak yang berkempen itu sebenarnya mewakili parti yang berasal dari Semenanjung.

Turut dijadikan isu kempen ialah Al-Kitab berbahasa Melayu dan Agama Islam yang dikatakan menindas agama Kristian. Kempen tersebut begitu berjaya di kawasan-kawasan yang diwakili oleh DAP.

Kalau di Semenanjung, cakap-cakap Kelantan perlu keluar dari Federal kerana telah dianaktirikan sekalipun jumlah bantuan dari Kerajaan Pusat mengatasi negeri-negeri lain, di Sarawak, perkara yang sama juga diperdengarkan.

Tujuannya tidak lain, iaitu menimbulkan kebencian....!

Pihak berkuasa seharusnya menyiasat dan segera bertindak terhadap anasir-anasir subversif yang cuba menimbulkan kekacauan dan merosakkan struktur negara ini. Sudah eloklah wujudnya Akta 114 yang ditentang oleh Pakatan Rakyat.

Selagi Kerajaan bersikap lembut dan 'tak apa', perkara sebegini akan terus berlaku dan dijadikan momokan kepada rakyat Malaysia. Sudah sampai masanya Kerajaan mulai bertindak tegas. Dan sudah sampai masanya, Peguam Negara yang sangat lembut hati itu, mulai berkeras dan bertegas kerana kalau perkara ini merebak dan membesar nanti, dia juga yang tidak cukup waktu untuk duduk bersandar dalam pejabatnya!!!

Selepas Anti-Taib Mahmud, sekarang muncul pula Semenanjung Anti Sarawak... macam Haramjadah...!!

Kredit Blog The Flying Kick

Mulot Mat Sabu Bau Longkang.., Nafasnya Pula Bau Jamban...!


Tuesday, August 28, 2012

MAHSYUUKKS..! Artis Bertudung Dapat Bayaran Lumayan Berceramah Dengan PAS Dah Boleh Buat Banglow Baru....

Tentang seorang "Ustazah" baru di negara kita.....

Dulu dia khayal dalam dunia glamor. Hari ini dia pula yang mengutuk dunia glamor yang pernah diceburinya dulu. Katanya dunia itu tidak islamik dan sebagainya.

Tapi dia sendiri pun masih lagi memakai nama yang dipakai semasa dia berada dalam dunia glamor. Kalau nak buang kasi buang semualah. Jangan main sekerat-kerat....

Dunia artis kau tinggalkan, nama artis kau kekalkan. Apa punya insaf...? Pakailah nama sebenar yang betul yang diberikan oleh ibu bapa.

Seseorang yang nak berubah dan nak kembali ke pangkal jalan serta nak mendalami islam, kita harus sokong usahanya itu.

Tetapi sayangnya dalam kes ini, "Ustazah" yang baru tersedar dari lamunan itu tertipu. Mungkin kerana terlalu lama dibuai dunia glamor sampaikan hari ini dia sudah tidak kenal lagi yang mana satu agama islam dan yang mana satu parti politik yang pakai nama islam. Kesian diaaaaa.....!!

Sampaikan dah tak kenal yang mana satu agama yang diturunkan Allah dan yang mana satu sebuah pertubuhan yang ditubuhkan manusia.

Semenjak menyertai sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan oleh manusia "Ustazah" berkenaan bukan main lagi..., baca seterusnya klik sini

Datuk Azeez & Papa Gomo Akan Dibekalkan Jaket Kalis Peluru Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke ROHINGYA

Jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang bakal mengikuti Misi Kemanusiaan Bantu Etnik Rohingya anjuran Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) bagi mengelak kejadian yang berlaku di Somalia berulang kembali.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu, setakat ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan jaket berkenaan dibekalkan kepada sukarelawan yang turut serta dalam misi tersebut.

Bagaimanapun katanya, jaket tersebut hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan hitam dan merbahaya sahaja dimana ia dianggap boleh merisiko nyawa peserta tersebut.

Sebaliknya tambah beliau, sukarelawan yang ditempatkan di kem-kem yang dianggap selamat tidak akan dibekalkan jaket itu.

“Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini sebab kita tidak mahu sejarah hitam yang berlaku di Somalia berlaku lagi.

“Atas sebab itu kita ada meminta bantuan PDRM dan ATM untuk menyediakan jaket keselamatan… dan ia akan digunakan oleh peserta yang memasuki kawasan berisiko tinggi.

“Selain itu insurans juga akan disediakan kepada setiap peserta misi ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Penerimaan Sumbangan dari Agensi Kerajaan dan Swasta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M kepada Etnik Rohingya pagi tadi.

Misi ini akan disertai 45 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor-doktor dari hospital kerajaan dan swasta, sukarelawan dan pihak media.

Datuk Abd Azeez, pasukan peninjau akan berlepas malam ini untuk mendapatkan maklumat, situasi keadaan kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar.

“Pasukan peninjau ini akan diketuai Mohd Farid Hassan, naib Pengerusi KP1M bagi tujuan koordinasi serta membuat persiapan pasutan utama pergi ke Bangladesh untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di khemah-khemah pelarian etnik Rohingya. Bantuan yang akan disalurkan adalah makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian.

"Saya akan mengetuai sendiri pasukan utama yang dijangka akan berlepas pada 31 Ogos ini bersama 40 sukarelawan lain yang terdiri daripada doktor dan pengamal media.

"Pasukan ini akan berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bersama bantuan logistik sebanyak 450 tan berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan,” ujarnya kepada pemberita di Ibu Pejabat KP1M pagi tadi.

Tambahnya, bantuan ini akan ke Pelabuhan Cittagong dengan menggunakan kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia, sebaik tiba di Cittagong, pasukan ini akan menggunakan laluan darat ke kem utama di daerah Teknaf yang berada di perbatasan Myanmar.

“Terdapat dua kem utama di bawah naungan UNHCR yang terletak di Kutupalog dan Nayapara, di sempadan Bangladesh dengan jumlah pelarian seramai 30 ribu orang dan terdapat juga kem-kem penempatan yang tidak diiktiraf di sekitarnya dengan jumlah pelarian seramai 100 ribu orang.

"Di Myanmar juga terdapat 2 buah kem yang terletak di Maungdaw dan Bathidaung, kedua-dua kem ini juga di bawah naungan UNHCR.

"Apa yang akan KP1M akan laksakan di kem-kem tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pengagihan keperluan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat dan berus gigi dan sebagainya manakala pek makanan pula berisi beras, gula, susu tepung, teh, kopi, biskut, Maggie, minyak masak dan sardine.

"Air mineral dan pakaian akan turut diagihkan dalam usaha kita meringankan beban pelarian etnik Rohingya ini,” tambahnya lagi.

Sumber - Blog Sahabat Gunung & Portal Perak Today