Wednesday, August 15, 2012

Masyarakat Pondok Tolak PAS

Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj.

Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan.

Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP. Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah.

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai ‘anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO’, digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah sebagai ‘unta’ dan dimaki ‘celako! celako!’ oleh Nik Aziz sendiri.

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan.

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP. Malah Dato’ Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi. Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar.

Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya. Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.

Dato’ Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP.

Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua ‘Ulama’ PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

Mengikut rekod ringkas, Hadi Awang adalah lulusan Universiti Islam Madinah dan kemudiannya Universiti Al-Azhar yang mana beliau ‘menamatkan’ pengajian dalam masa 2 tahun sahaja. Sebelum itu, beliau hanya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin dan belajar bahasa Arab dan politik dari bapanya.

Oleh itu, pengkhususan beliau dalam bidang agama agak kabur dan ahli-ahli PAS sendiri tidak punya maklumat mengenainya.

Manakala Nik Aziz pula hanya belajar agama di Deobond, India. Ada juga biodata yang menulis beliau belajar di Pakistan dan juga Al-Azhar. Namun, seperti juga Hadi Awang, pengkhususan mereka kabur atau dikaburkan.

Setelah pulang ke Malaysia, Nik Aziz hanya menjadi guru KEMAS sahaja. Ini yang membuatkan kita musykil kerana tidak mungkin seorang graduan dari Al-Azhar mendapati sukar untuk mendapat kerja pada ketika itu sehingga terpaksa menjadi guru KEMAS..?

Dan kenapakah beliau mahupun Hadi Awang tidak disebut-sebut sebagai Ulama Al-Azhar sepertimana Dato’ Nakhaie, Dato’ Dusuki, Dato’ Ismail Ibrahim mahupun YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dan arwah Dato’ Fadzil Nor?

Benar, bahawa keimanan bukan boleh diukur dengan sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh manusia melalui universiti-universiti tersohor atau akuan guru-guru pondok.

Tetapi, untuk menjadi pemimpin parti politik atau pemimpin negeri dan negara, seseorang itu wajib mempunyai kelayakan yang jelas kerana ‘manusia lebih mengetahui tentang urusannya di dunia’. Lebih-lebih lagi jika mereka memakai nama Ulama yang berhak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengenai hukum-hakam agama.

Tanpa kelayakan yang jelas, bagaimana kita boleh menjustifikasi fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz atau Hadi Awang itu sebagai tepat? Bagaimana kita boleh membandingkan pendapat mereka dengan pendapat Ulama-ulama yang telah terbukti kelayakan seperti Tuan Haji Abdullah atau Tan Sri Harussani?

Hakikatnya, para pemimpin dan juga ahli PAS telah menjadi pak turut kepada dua manusia yang tidak layak. Manakala kedua-dua manusia tersebut pula telah menjadi barua kepada kafir harbi....!!

Akhirnya, seluruh parti PAS telah menjadi pengikut kafir harbi sehingga sanggup membela mereka dengan apa jua cara sedangkan si kafir harbi pula sanggup mati sekiranya negara Islam ditegakkan oleh sesiapa saja.

Pukul 3 Pagi Ustazah Abby Pakai Jeans KETAT Merayau Dengan Unit Amal PAS....? Saksikan Video Menarik Ini

Anda WAJIB menonton video klip 12;46 minit ini...!

Saksikan betapa gediknya tingkah laku Ustazah Abby Abadi.., saksikan juga Abby "kantoi" kerana dinasihatkan janganlah menghentam rakan rakan artis yang masih belum "berhijrah"

Hujung minggu lalu, Azhar Idrus tampil bersama Abby Abadi, Faizal Tahir & Man Raja Lawak dalam satu "Majlis Ilmu" yang mengambil tempat di Shah Alam.

Salah satu soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus melalui Abby Abadi adalah berkaitan fenomena penghijrahan selebriti hari ini & ilmu agama mereka....

Menurut penceramah agama popular ini, penghijrahan mereka sesuatu yang baik dan menjadi kemestian untuk umat Islam lain untuk suka dengan perubahan yang mereka ambil.

“Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), disitu tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh,” ujar beliau.

PENTING...! Berikan perhatian anda pada minit ke 10;28 video dibawah ini... Azhar Idrus menegur perbuatan sesetengah artis berhijrah yang menghentam artis lain yang belum berhijrah dan Abby Abadi lantas memotong jawapan Ustaz Azhar Idrus kerana ‘terasa’.

Tuesday, August 14, 2012

ZALIM..! Yb PKR Ahli Parlimen Kuala Langat Ceraikan Isteri Menjelang Syawal....

ZALIM...! kejam sungguh wakil rakyat PKR terhadap isterinya...

Hadiah paling pahit buat seorang isteri tatkala seluruh umat islam mahu meraikan ketibaan Syawal yang akan muncul beberapa hari lagi!

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah menjatuhkan talak satu keatas Halimah Mohd Sahat di Mahkamah Syariah Kuala Langat.

Kesian sungguh nasib malang yang menimpa wanita berusia 48 tahun ini... Perjuangan Halimah nampaknya sudah sampai ke penghujung jalan. Beliau kehilangan rumahtangga yang dibinanya selama 27 tahun bersama-sama Abdullah Sani

Yb PKR ini semenjak dipilih menjadi Ahli Parlimen telah berpeluang berkenalan dengan seorang wanita seksi berusia 27 tahun. Faizah Ariffin juga terjun ke bidang politik memegang jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor.

Perkenalan yang melahirkan bibit cinta, mungkin kerana kerap bersua wajah dalam pelbagai program parti...

Sayangnya, Halimah si isteri tua bukannya orang politik dan dia tidak pandai tendang terajang orang politik. Sedangkan lawannya iaitu suami sendiri dan madunya pula adalah orang politik yang cukup bijak memutar belitkan lidah dan memutihkan perbuatan yang hitam.

Dengan lafaz talak satu di hadapan hakim Mahkamah Syariah itu, nampaknya Faizah Ariffin berjaya merampas segala susah payah, titik peluh dan air mata yang diharungi bersama-sama Halimah Mohd Sahat dengan Abdullah Sani selama 27 tahun.

Dan Abdullah Sani pula yang mungkin terpesona kesedapan dengan goyangan gerudi Faizah Ariffin yang kisah gedik silamnya tidak kurang hebat, tidak lagi pening kepala dengan isteri tua yang layanannya mungkin tidak sebagus 27 tahun lalu.

PKR... dari parti, pemimpin sehinggalah ke akar umbi..., semuanya jenis tak berguna...!!

Yb PKR ini mungkin sudah menjadi Haram Jadah...! Wakil rakyat yang menjilat Anwar ini sering melabelkan pemimpin BN dengan perkataan Haram Jadah, saksikan video klip ini;


Habiiisslaah Najib...!! Masak Beb

Apakah benar karier politik Najib yang mahu dikuburkan oleh Anwar sedang melalui jalan buntu..?

Dapatkah Anwar menggapai cita cita jahatnya meranapkan masa depan Najib dalam sedikit waktu lagi sebelum berlangsungnya Pilihanraya ke 13..? Jawapannya ada
disini

Anwar Ibrahim BAPAK Pembohong Besar...!



Monday, August 13, 2012

Tolonglah Percaya...! Anwar Ibrahim Suka Ambil Kesempatan....

Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini.

Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.

Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.

Namun seperti yang kita maklum, keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum.

Semasa PRU 2008, DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya memperolehi 4,394 undi.

Sekalipun kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak, menariknya undi yang diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS.

BN pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU 2008.

Kebetulannya, calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang peraih ikan, lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai kemenangan "nyawa-nyawa ikan".

Selepas PRK itu, PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS terlampau minima.

Dalam pada itu, ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan.

Apabila Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri dapat diketepikan.

Berikutan itu, sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

Tanpa PAS sedari, penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya menghasilkan petroleum atau gas.

Ku Li tahu, dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat.

Antara akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], UNCLOS 1982, Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain.

Oleh sebab itu, apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak.

Sayangnya, PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi bicara dan jasa PM & UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama ini ditonjolkan oleh PAS.

Jika Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa, nyata ia umpama langkah yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya sampai bila-bila.

Pun begitu, alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan tersebut, kita harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh.

[Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja]

Ahli Ahli PAS Konfim Akan Masuk NERAKA...!!

Jika sebelum Pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya.

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.

Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud.

Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini?

Oleh kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga.

Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.

Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.

Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.

Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama.

Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.

Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa. Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.

Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?

WAJIB Tonton..!! Wajah Anwar Bertukar Macam SIAL Apabila Husam Musa Rampas Mikrofon Mencelah Dalam Sidang Media

Tontoni video klip dibawah ini, dan berikan sepenuhnya perhatian anda pada minit ke 1;37;00.

Mulanya Anwar mengumumkan yang 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diterima sebagai tema Hari Kebangsaan bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Namun, Husam telah mencelah dan memberitahu sidang media bahawa Kelantan tetap kekal menggunakan tema yang telah diumumkan, "Kelantan Menerajui Perubahan" disamping tema yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat.


Saturday, August 11, 2012

Ulamak Di Kelantan Buat Kerja Paling Gila...!!


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.....

Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.

Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.

Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik.

Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”.

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.

Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

Friday, August 10, 2012

Jadi MANGSA Tan Sri Khalid Ibrahim....!!

Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu....

p/s; Gambar Diatas Hanyalah Sebagai Hiasan Sahaja

Pilihanraya ke 13 [PRU 13] Akan Diadakan Selepas Raya....!!

PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.

"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.

Pergghh..! Yb Tido Kata Selangor Tak Ada Air Percuma Kalau Projek Langat 2 Diteruskan....!!

Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.

Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.

Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-
  1. Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.
  2. Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.
  3. Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)
  4. Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.
  5. Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.
  6. Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.
  7. Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .
Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

Thursday, August 9, 2012

GEMPAARR...! Abby Abadi Akan Bernikah Dengan Blogger RBF Online...??

Sangat menarik kisah yang akan anda baca ini, janganlah buang masa! Cepat klik disini.