Wednesday, July 18, 2012

Syabas GAGAL..!! Selangor Take Over Tepat Pada Masa


Senator Pakatan Rakyat menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Senator Syed Hussein Ali daripada PKR berkata, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tepat pada masanya kerana Syabas gagal menguruskan air di negeri itu.

"Apa yang dikatakan krisis air di Selangor boleh dipertikai kerana bekalan air di kawasan simpanan air masih mencukupi.

"Kerajaan Pusat sengaja menjadikan isu air ini sebagai alat politik untuk merampas Selangor," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk meneruskan pembinaan Langat 2 yang menyediakan air mentah daripada Pahang.

Ini kerana katanya, kos pembinaan loji tersebut akan menggunakan wang rakyat.

"Walaupun kerajaan kata mereka akan biayai kosnya, tapi kerajaan negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut. Ini melibatkan wang rakyat.

"Bagaimana kerajaa negeri mahu beri air percuma jika terpaksa tanggung kos ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi senator daripada PKR, Syed Shahrir menegaskan, masalah sebenar bukan kekurangan air mentah sebaliknya Syabas gagal merawat air mentah menyebabkan air bersih tidak dapat dibekalkan kepada penduduk negeri itu.

"Syabas yang bertanggungjawab kerana bersikap acuh tak acuh dalam operasi merawat air. Air mentah ada tapi tak diselenggara.

Menurutnya juga, Syabas didapati menanggung hutang sebanyak RM2.8 bilion.

Angka ini merupakan jumlah yang harus dibayar kepada kepada operator rawatan air.

Syabas sebelum ini bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Namun perkara itu belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Husam Musa TEWAS Kes Mahkamah Saman Blogger RBF Online....!!


Seorang pemuda, Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad hari ini berazam mahu memulakan hidup baru sebagai seorang blogger. Mohd Faisal yang sebelum ini di saman fitnah oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa, amat bersyukur kerana saman tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu dengan alasan pihak Husam telah gagal membuktikan Faisal adalah blogger yang didakwa membuat fitnah terhadapnya.

Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.

Pada Oktober 2009, Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad. Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.

Tidak cukup dengan itu, Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.

“Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.

“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya.

Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah,” tambah Faisal.

Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian.

Kickdefella merasa terkilan bila Husam meneruskan kes saman ini walaupun Kickdefella sendiri sudah menjelaskan kepada dua sahabat karib Husam bahawa pemuda itu bukan orang yang dibuktikan dalam carian kes saman itu oleh pihak Husam.

Kickdefella adalah orang yang terlibat dari awal dalam kes ini, kerana pada satu pagi setelah Husam tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS 2009, Kickdefella dimaklumkan bahawa ada dakwaan Husam menerima wang dari Tamrin Ghafar. Setelah memperolehi maklumat itu Kickdefella segera ke pejabat seorang sahabat di Wakaf Siku Kota Bharu dan ditunjukkan posting di dalam blog ruangbicarafaisal. Kickdefella kemudian mencetak posting itu dan menghubungi Husam.

Husam menyuruh Kickdefella menemuinya di warung nasi dagang di belakang pejabat Global Media Channel. Setibanya di situ didapati lihat Husam seorang diri di dalam keadaan kusut. Setelah menunjukkan posting tersebut dan meminta Husam berterus terang sama ada dakwaan itu benar atau tidak, Husam mengakui dia tidak tahu menahu kewujudan blog itu di internet sebelum ini.

Usaha memujuk Husam untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal kerana menurut sahabat-sahabat Husam, Husam sering berkata dia belum pernah kalah di mahkamah walaupun telah berkali-kali menyaman ramai pihak.

Husam mungkin terlupa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah’. Tiba masanya Husam tunduk ke bumi dan merendah diri di dalam berdepan dengan kritikan oleh rakyat.

KICKDEFELLA

Tuesday, July 17, 2012

Kesiannyer Peneroka FELDA Kena Kencing...! Jahatnya Pemimpin Pas


Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren, tetapi PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.

Mana tidaknya, dalam berarak, berdemo dan berniaga menjual baju oren, hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung, tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.

Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datu Abdul Rahman Ibrahim.

PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja. PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.

Malah, PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.

Kita terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan. Dalam ertikata lain, penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.

Tetapi, kita merasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.

Dengan mengambil pendirian berbeza, kita tertanya-tanya, apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi...? Selama ini, kepimpinan Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai ‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.

Kali ini, susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.

Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah gimmick politik murahan...?

Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya?

Kita percaya, PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung.

Oleh itu, tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.

Nampaknya, para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS. Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.

Begitupun, PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.

Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa.

Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.

Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja. Pilihanraya semakin hampir, tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Owhh FAEKAH...! Kisah BENAR Terbongkaarr Sudaahh.....!!

Sehingga ke hari ini tidak nampak tanda-tanda yang Faekah akan berundur....

Sepertimana yang kami katakan, sejak berbulan-bulan yang lepas kami telah terima beberapa bahan mengenai penyelewengan dan salah laku Faekah...! Namun kami menyimpannya untuk kegunaan di hari depan.

Mana yang dirasakan perlu untuk dilepaskan, kami akan lepaskan dulu.... Soal penyelewengan dan salah laku bukan sahaja melibatkan Faekah, malah turut melibatkan rakan baik Faekah, Arfaeza Aziz, bekas wartawan malaysiakini yang bertugas sebagai setiausaha akhbar MB Selangor.

Mereka bergerak dalam satu kumpulan seramai 3 orang. Seorang lagi adalah Rohany Talib selaku ketua pentadbir MBI.

Kesemua salah laku yang melibatkan mereka bertiga telah berada di tangan kami dan kami akan dedahkan berperingkat-peringkat. Ketiga-tiga mereka juga berkuasa penuh dalam menguruskan geran SelangorKu. Kuasa mereka dalam menguruskan geran berkenaan mengalahkan kuasa exco. Semuanya akan didedahkan tidak lama lagi.

Sebagai membuktikan pesanan kami kepada Faekah sebelum ini bukannya satu pesanan kosong, hari ini kami tampilkan satu lagi pendedahan.

Seseorang setiusaha politik adalah penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak. Tidak kira samada kontrak atau pun tetap seseorang kakitangan kerajaan perlu patuh kepada dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Seseorang kakitangan kerajaan tidak dibenarkan bekerja di dua tempat.

Tidak boleh menerima gaji atau elaun tetap bulanan dari pihak lain. Jika mereka dilantik menduduki mana-mana ahli lembaga pengarah ianya tidak menjadi masalah kerana jawatan tersebut tidak memberikan elaun tetap bulanan.

Sepertimana jawatan Faekah di UNISEL sebagai ahli lembaga pengarah, ianya tidak menjadi masalah atau melanggar peraturan sebagai kakitangan awam.

Namun sungguh mengejutkan apabila Faekah telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar dengan dibayar elaun tetap sebanyak RM 5000 sebulan yang dinamakan Imbuhan Elaun Tanggungjawab yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Kami sengaja menggelapkan bahagian kepala surat dan bahagian tandatangan di surat berkenaan. Kami mahu melihat ada pihak yang akan mengaku beliau bertanggungjawab mengeluarkan surat itu atau mahu menafikannya.

Adakah Faekah juga akan mengaku menerima elaun tetap bulanan tersebut sepertimana yang beliau mengaku berhubung suratnya yang kami dedahkan sebelum ini ?

Walaupun sedang berdepan dengan kesalahan moral yang serius berhubung surat sokongannya terhadap syarikat milik anak saudaranya, Faekah masih tidak malu untuk bercakap tentang kesalahan orang lain.

Minggu lepas bukan main kepalang lagi Faekah menyerang Ahli Parlimen Tanjong Karang berhubung papan tanda yang dipasang di Tanjung Karang. Faekah berkata Noh Omar Noh memang tidak tahu untung dan tidak sedar diri.

“Sudahlah dibina secara haram, reka bentuk dan keperluan lain pun gagal dipatuhi. Noh menjadikan Tanjung Karang umpama pekan koboi dengan melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya. Ikuti laporannya di sini.

Hari ini kami ingin bertanya Faekah, apakah dia sedar diri dan tahu untung....? Sudahlah mengada-ngada mengalahkan wakil rakyat dan Exco , kemudian menerima gaji tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan dan melanggar peraturan sebagai kakitangan awam. Tidak merasa malukah.....?

Faekah sering menghentam BN dan UMNO berhubung isu rasuah dan penyelewengan. Jika Faekah seorang yang bersih, jujur dan telus dia akan menolak apa yang ditawarkan kepadanya kerana ianya menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Perangai Faekah saling tak tumpah dengan perangai pencuri yang berpura-pura mengejar pencuri. Itulah wajah-wajah orang-orang PKR, PAS serta DAP. Siang malam mereka menuduh orang lain jahat, sedangkan merekalah kepala jahat....!!

Apa yang dilaungkan mereka selama ini hanya untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap kerja jijik mereka.

Selain dari menjawat jawatan setiausaha politik dan Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar, Faekah juga adalah ahli lembaga pengarah UNISEL. Jika dicampur kesemua pendapatannya mencecah belasan ribu ringgit sebulan...!

Belum lagi dikira ‘hasil-hasil’ yang lain yang akan kami dedahkan kemudian. Pendek kata wang gaji dan elaun-elaun yang diterimanya sebulan mengalahkan wakil rakyat dan Exco. Sedangkan dia tidak ada kawasan yang perlu dijaga....

Wakil rakyat dan Exco perlu menjaga kawasan masing-masing.

Episod akan datang kami akan dedahkan sesuatu yang lebih hebat lagi yang melibatkan Faekah dan Arfaeza.

Sumber

Sunday, July 15, 2012

Bila RTM, TV3, Astro Oasis Nak Buat Ikan Solat Macam Nie...??



Amboiii..!! Yusry Kata Lisa Surihani Isteri Yang Mantap Tip Top Non Stop.....


Tan Sri Khalid Arahkan Wan Azizah Masuk Team Faekah....?


Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri. Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin.

Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan. Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding.

Isterinya, Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar. Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Soalnya, di mana...?

Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor. Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Alasan Wan Azizah ialah, beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya ‘boleh menang’.

Kerusi Permatang Pasir adalah kerusi turun temurun PAS maka ia bolehlah dikira sebagai ‘boleh menang’ jika dilihat dari sudut Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah entiti.

Tetapi, masalah di sini ialah, semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti sekutu PR adalah terlalu longgar. Jika Wan Azizah benar-benar ingin bertanding di situ, maka beliau perlu memujuk PAS untuk melepaskannya.

Kalaupun benar PAS sanggup memberi laluan kepada PKR, apakah pengundi di sana sanggup menerima Wan Azizah sebagai wakil mereka...?

Di dalam PR, penyokong PAS tidak semestinya menyokong PKR atau DAP dan begitu juga sebaliknya. Justeru, bukan mudah untuk PR memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU yang dikatakan tidak berapa lama lagi.

Sehingga ke hari ini, walaupun Anwar sebagai Ketua Pembangkang telah mengumumkan yang pengagihan kerusi telah muktamad tetapi PAS masih belum mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan DAP juga masih berdolak dalih mengenainya.

Nampaknya, Anwar hanya memuktamadkan pengagihan kerusi di dalam mimpi.... Malah Anwar juga tidak dapat mengesahkan kerusi untuk isterinya...!!

Jika benar Wan Azizah ingin bertanding maka ini juga mengesahkan cakap-cakap mengenai keperibadiannya yang sukar dijangka. Wan Azizah dikatakan mempunyai cita-cita yang tidak kurang rakusnya dengan Anwar Ibrahim.

Sudah pasti segala air mata dan tebal mukanya selama ini mempunyai matlamat yang jauh lebih tinggi dari sekadar ingin membela suami biseksualnya.

Wan Azizah tahu bahawa di kala imej Anwar sudah terlalu buruk dan tidak dapat dipulihkan lagi, imej dirinya sebagai wanita mulia, waja dan tabah masih kekal. Dari satu segi, beliau telah berjaya mengalahkan Anwar yang selama ini menyiksa hidupnya.

Mungkin Wan Azizah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berbuat sesuatu untuk dirinya sendiri, dan bukan lagi untuk Anwar. Kerana itu, beliau ingin bertanding lagi. Masalah beliau adalah di DUN mana dan apakah PAS sanggup memberi laluan kepadanya.

Lupakan DAP, kerana DAP tidak akan mengalah untuk sesiapa saja....

Apapun keputusan Wan Azizah, yang pasti ialah seperti juga suaminya, Wan Azizah hanya akan bertanding untuk kepentingan dan kepuasan dirinya, bukan untuk rakyat ataupun negara.

Kita sebagai rakyat jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini.

Ulamak Ulamak PAS Sedang Galak Menonton Video Klip Abby Abadi Gelek Maut....!!



Saturday, July 14, 2012

Rayuan Kes Liwat Saiful.... Anwar Sangat YAKIN Dia Akan Menang


Kes Liwat II: Rancangan ‘Rusuhan 901’ Mungkin Perlu Diteruskan?

Pada 9hb Januari 2012, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya.

Bagi memberi impak yang lebih bermakna, hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang.

Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.

Namun, rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun, baru baru ini pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.

Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut.

Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

[1]
Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

[2]
Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan.

"Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

[3]
Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

[4]
Hakim telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

[5]
Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

[6]
Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.

[7]
Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

[8]
Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

[9]
Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

Jika pihak pendakwa berjaya dalam rayuan ini, maka Anwar boleh menerima hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pastinya, ini adalah alasan yang kuat untuk Anwar menggerakkan satu rusuhan mengikut perancangan asal ‘901’. Mungkin nama ‘901’ perlu diubah memandangkan tarikh tersebut sudah tidak relevan lagi.

Nampaknya masih ada harapan untuk Anwar menjadi hero dengan cara yang dramatik sepertimana yang diimpikannya selama ini.

Cuma yang perlu diingatkan ialah, jika impian Anwar untuk mencipta huru-hara ini menjadi nyata, masih tidak ada jaminan yang Anwar akan berjaya bebas mengikut skrip asal yang dibayangkannya iaitu dengan campurtangan asing menobatkannya sebagai pemerintah.

Tidak mustahil huru-hara akan berlaku juga tetapi hanya dalam lingkungan 500m di luar mahkamah dalam tempoh 1 – 2 jam, dan Anwar menjadi hero yang meracau sendirian dari dalam penjara selama 20 tahun yang akan datang.

Video Klip 5;29 Minit Ini TERBAEEKK Untuk Tontonan Abby Abadi.....!!



Friday, July 13, 2012

Konvensyen Media Sosial Wilayah Persekutuan - 5 Blogger Pakatan Akan Umum Keluar PAS

LELONGG...! LELOONGG...!! Melayu Mau Kena LELONG

Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.

Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.

Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.

Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.

Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967.

Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.

Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Pertama, ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam.

Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading.

Tanpa peruntukan ini, sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka.

Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini.

Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan!

Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.

Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.

Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang?

Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak, pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP.

Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN.

Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi.

Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Rakyat.

Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.