Sunday, June 17, 2012

Khairy Mahu Satu Penggal Lagi Jadi Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau memerlukan satu penggal lagi untuk memimpin sayap parti itu sebelum berfikir untuk bertanding bagi jawatan lain dalam parti.

Beliau berkata, tugas membawa transformasi kepada Pemuda tidak cukup hanya satu penggal.

"Saya perlu satu lagi penggal untuk transformasi pada Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN). Kita tak nak persoal tentang Naib Presiden lagi atau apa-apa. Saya cuma akan duduk di Pemuda Umno.

"Sebab saya rasa kalau betul-betul dapat membuat perubahan pada Pemuda, bukan setakat program, tetapi mentaliti dan budaya yang ada dalam Pemuda Umno dan BN.

"Kalau orang tanya, adakah saya berjaya sebagai ketua pemuda, saya akan jawab baru 50 peratus... dari segi budaya, sikap dan mentaliti masih lagi belum mencapai kejayaan 100 peratus," katanya.

Khairy menegaskan demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang hadirin sesi pertemuan ahli Parlimen Rembau itu dengan pengikut Twitternya malam tadi di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Dalam sesi pertemuan yang dihadiri kira-kira 50 orang itu, Khairy juga ditanya mengenai kemungkinan bertanding di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menjawab pertanyaan itu, Khairy berkata, beliau akan tetap bertanding di Rembau kerana tidak mahu menjadi calon 'payung terjun'.

"Kepala Batas mahukan calon tempatan. Saya bukan orang Kepala Batas. Saya kahwin dengan anak orang Kepala Batas," kata Khairy ketawa sambil menambah, adalah tidak adil sekiranya beliau bertanding di kawasan yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

Jelasnya, untuk bertanding di sesebuah kawasan, adalah lebih elok sekiranya orang tempatan dan yang telah bekerja lama di tempat itu untuk bertanding.

"Kalau ada permintaan untuk ke tempat lain, saya rela tak bertanding. Bagi saya tak adil. Saya tak ada kena mengena dengan tempat lain. Mereka ada orang tempatan, orang lama yang buat kerja di situ. Saya tak nak ada calon payung terjun. Punca kita kalah di sesetengah tempat ialah ada calon payung terjun ini," kata Khairy.

Sementara itu, pada sesi kira-kira selama 1 jam 40 minit itu, Khairy turut ditanya mengenai hubungannya yang dikatakan rapat dan menyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan nada tegas dan menyeloroh, Khairy berkata, beliau sehingga hari ini tidak pernah menyukai Ketua Pembangkang itu.

Katanya lagi, beliau tidak pernah sekalipun mencium tangan Anwar sebaliknya, katanya, terdapat pemimpin lain dalam Umno yang pernah mencium tangan penasihat PKR itu sehingga ke tahap 'telan cincin'.

"Saya tak pernah ubah pendirian saya tentang Permatang Pauh (Anwar). Dari dulu sampai sekarang saya tak suka Datuk Seri Anwar. Kalau ada orang cakap saya dulu sokong Anwar, tunjuk bukti.

"Ramai kata saya sokong Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar sampai tahap nak telan cincin. Ada ramai pemimpin Umno lain termasuk yang ada di kabinet yang pernah 'telan cincin' Anwar Ibrahim.

"Kalau nak kata yang sokong Anwar Ibrahim tu, ramai pemimpin senior dalam Umno yang banyak sokong Anwar dulu... Ada pemimpin Umno yang masih lagi dalam kepimpinan tertinggi Umno yang pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan dia," tegas Khairy disambut tepukan hadirin.

Malaysiakini

Saturday, June 16, 2012

Anak Muda KURANG Ajar..!! Haziq Abdul Aziz Serang DYMM Sultan Johor...,Pertahankan Nizar Perak..!!

FITNAH Jahat PKR Gagal..!! Tan Sri Aziz Pengerusi SPR Buktikan....



Nurul Izzah Telanjangkan Jamaluddin Jarjis....

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada anak Jamaludin Jarjis, Pengarah Pilihanraya BN sekarang.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas menteri itu sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?” soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

“Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan,” katanya.

“Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka,” jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Brutal Giler Bila Aishah Kata..., "Usah Ingat Hanya Orang Umno Saja Pandai Memerintah.."

Kuala Terengganu: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.

Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.

Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.

“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.

“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.


Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.

Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.

“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.

“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.

“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin. - HD

Friday, June 15, 2012

Wajah Baru Terkini..! Wanita Aiskrim Azmin Ali Dalam Jamban Sekarang Sudah Bertudung....!!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku.

Anwar memberi contoh kekecohan yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti dakwaannya.

Rakyat tahu hakikat sebenar bahawa sepanjang sejarah politik negara tidak pernah berlaku kejadian seperti mana yang dituduh oleh Anwar.

Pola keganasan politik yang disebut beliau mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara lapan tahun lalu.

Ia bertambah rancak apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan seterusnya diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Kalau dahulu hanya terdapat protes secara kecil-kecilan dan terpencil oleh penyokong pembangkang tetapi setelah Anwar memimpin gabungan parti-parti PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah terdapat perancangan yang lebih teratur dan tersusun untuk menimbulkan huru hara di negara ini.

Kemuncaknya boleh dilihat daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu.

Bukan sahaja harta benda awam musnah dan rosak, malah kenderaan pasukan polis juga dimusnahkan serta petugas media tercedera.

Klip video jelas menunjukkan Anwar memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya penyokong merempuh halangan perimeter Dataran Merdeka.

Rusuhan Bersih 3.0 disebabkan peranan utama Anwar menghasut orang ramai serta pengerusi perhimpunan, Ambiga Sreenevasen yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Inilah politik benci dan hasutan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sejak dari dahulu.

Pergi sahaja ke mana-mana ceramah yang dianjurkan mereka, rakyat akan berpeluang mendengar bermacam-macam tuduhan liar, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.

Sudah tentu sasaran utama mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang menggembangkan budaya politik kotor mereka untuk menyerang isteri Perdana Menteri, malah anggota keluarga Perdana Menteri juga tidak bebas daripada serangan politik pembangkang.

Politik hasutan yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan lain-lain inilah yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan ketidakstabilan politik di dalam negara.

Pembangkang tidak mempunyai modal politik yang kukuh untuk menghentam kerajaan melainkan membuat dakwa dakwi yang kadangkala di luar logik dan penerimaan akal yang sihat.

Setiap isu diputar belit dan diselewengkan fakta, umpamanya menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat secara langsung dalam isu NFC semasa beliau menjadi anggota Kabinet.

Setelah meletak jawatan barulah SPRM membersihkan namanya dan keluar fakta sebenar bahawa beliau tidak terbabit langsung dalam isu tersebut.

Namun kerosakan terhadap integriti dan maruah seorang menteri telah pun berlaku disebabkan fitnah pihak pembangkang.

Anwar serta pemimpin pembangkang tidak peduli samada apa yang dihamburkan dari mulut mereka dalam siri ceramah kepada rakyat berlandaskan kepada fakta atau sebaliknya.

Yang penting pembangkang mahu menimbulkan semaksimum kebencian di dalam hati rakyat terhadap kerajaan.

Segala usaha pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat sejak merdeka mahu ditutup oleh pembangkang dengan budaya fitnah dan hasutan mereka.

Pembangkang berfikir jika rakyat sudah cukup membenci kerajaan atas propaganda dan dakyah ang mereka sebarkan, maka mereka untuk merampas Putrajaya menjadi semakin cerah.

Mereka gagal memahami politik lapuk yang mereka amalkan sudah lama ketinggalan zaman.

Pemimpin politik seperti Anwar dilihat sebagai sudah usang dan lebih sesuai dikaitkan dengan zaman Jurassik.

Rakyat mahu kerajaan sediada terus menerajui usaha membela mereka kerana mereka tahu membezakan antara fakta Perdana Menteri dan auta Anwar.

GEMPAARR..! Anwar Ibrahim Melatih Tentera GERILA Di Indonesia....

Anwar Melatih Gerila Pluralisme Di Indonesia?

Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.

Pendedahan di muka depannya yang bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat.

Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.

Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.

Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang.

Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.

Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja.

Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.

Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.

Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.

Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama.

Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.

Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.

Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi.

Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.

Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.

Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.

Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.

Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT.

Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.

Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini,walaupun dirujuk atas nama hak asasi,kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.

Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.

Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120).

Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata.Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.

Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini. Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.

Thursday, June 14, 2012

Azmin Ali Hangin Kat Nizar Perak Bila Citer Plat Nombor BBM3 Dah Jadi Kecoh...!!

Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.

Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.

"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.

Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.

Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.

Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.

Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.

Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.

Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW.

MAMPUSS..! Di Selangor Untuk Bina Surau Perlu Dapat Kelulusan Exco Bernama XAVIER.....!

Kita rasa amat sangsi dan curiga kerana di Selangor hari ini sudah wujud sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Antara Agama, yang difahamkan di dalamnya semua agama dimasukkan dalam satu Jawatankuasa.

Aktivis masyakat, Hamidzun Khairuddin berkata, beliau sendiri ada pengalaman apabila ingin mendirikan sebuah surau di Taman Aman Perdana, surat permohonan untuk meminta bantuan dari kerajaan negeri telah disalurkan kepada jawatankuasa tersebut.

“Akhirnya kami tidak mendapat sebarang bantuan untuk mendirikan surau di taman Aman Perdana itu dan yang lebih memeranjatkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama ini ialah seorang EXCO Kerajaan Negeri yang bukan beragama Islam.

Persoalannya ialah mengapa perlu diwujudkan jawatankuasa Antara Agama ini dan apakah akibat serta implikasinya kepada agama Islam sebagai agama rasmi di Selangor dan agama rasmi di peringkat persekutuan?,” ujarnya ketika ditemui di Shah Alam sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, dalam hal pembianaan pusat-pusat ibadat agama lain, peruntukan yang diberikan kerajaan negeri sangat mewah dan berlimpah-ruah, berbanding dengan permohonan untuk mendirikan surau dan masjid oleh penduduk Islam di Selangor.

“Mengapa apabila kita ingin mendirikan surau atau masjid, mengapa tidak ada apa-apa bantuan dari kerajaan negeri?. Islam sebagai agama rasmi di Selangor, wajar diberikan peruntukan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri dalam mendirikan dan memakmurkan surau dan masjid di Selangor.

Persoalan besar yang harus diketahui rakyat, mengapa agama Islam wajibataupun telah dimasukkan sebagai suatu entiti dalam Jawatankuasa Antara Agama ini. Saya mahu Menteri Besar selaku EXCO Agama Islam jawab persoalan-persoalan seperti ini,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Hamidzun meminta kerajaan negeri mengiktiraf islam sebagai agama Islam di Selangor, kerana beliau melihat sudah ada cubaan untuk menganak-tirikan Islam sebagai agama rasmi di Selangor.

Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar yang dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Exco Agama Islam di negeri Selangor ini.

Posted by Sahabat Gunung

Nafsu SEKS Abang Mat Memang KUAT...!!

Mat Sabu tidak suka pada perjuangan anwarisme dalam parti pas. dek kerana itulah dia senantiasa memilih untuk mendiamkan diri tatkala pas diserang melalui jaluran Anwarisme....!

Mat Sabu juga bukan pilihan Hj Hadi...., Mat Sabu juga bukan golongan ulamak.

Dia cukup ditolak oleh proksi besar Hj Hadi di Trengganu iaitu Dato Harun Taib. Malahan nasib dia di Kedah pun tidak terbela oleh pimpinan PAS Kedah.

Umum mengetahui Ustaz Azizan MB Kedah tidak pernah sependapat dengan Mat Sabu, baik dari segi sokongan politik mahupun perjuangan syiar.

PRU ke 13 semakin dekat....!

Nik Ajis beberapa bulan lepas membayangkan untuk melepas bebaskan beberapa nama nama luar calon import untuk bertanding di negeri asal. Baca seterusnya..., klik sini

Wednesday, June 13, 2012

Hhmm... Dah Macam Gampang Dah Si Rafizi Ni Nak Buat Lawak Bodoh

Datuk Seri Najib TAK Pernah Berdendam Dengan Khairy.....

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak untuk memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak terjejas.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Khairy telah melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan politik balas dendam.

"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk, Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam.

Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda.

"Yang paling menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.

"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.

Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

"Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.

Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya.

Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.

Tuesday, June 12, 2012

Datuk Seri Ismail Sabri Sindir Datuk Seri Najib...?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat sebagai kenyataan yang melucukan.

Kenyataan beliau ibarat ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus’, beliau mahu mengajar pemimpin partinya supaya ‘berjalan lurus’ walhal beliaulah yang perlu dinasihatkan dahulu supaya ‘berjalan lurus’ sebelum beliau menasihatkan pemimpin lainnya.

Datuk Seri Ismal Sabri seperti baru menyedari sekarang bahawa Umno berjuang untuk keluarga dan kroni terdekat.

Umum mengetahui kebejatan Umno bukan berlaku sehari dua ini, tetapi sudah bertahun lamanya dan sudah berbilion ringgit duit rakyat dirompak untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.

Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka sehinggakan ramai pemimpin pemimpin Umno pelbagai peringkat dan keluarga mereka hidup kaya raya dengan hasil projek segera.

Datuk Seri Ismail sendiri boleh hitung jumlah pemimpin termasuk suku sakat dan keluarga mereka yang menikmati kekayaan hasil daripada projek kerajaan.

DPPM menganggap kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan lagi bahawa perjuangan Umno telah jauh tersasar dari matlamat penubuhannya yang mahu membela nasib bangsa Melayu di negara ini.

Bahkan Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengakui teruknya Umno sehingga menggambarkan Umno busuk sehingga ke ususnya.

Mungkin Datuk Seri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan melihat keadaan parti beliau yang sudah semakin hilang sokongan rakyat dan mungkin beliau pula akan kalah di parlimennya dalam PRU ke 13.

DPPM juga mengagak beliau seolah-olah menyindir ketuanya sendiri iaitu Presiden Umno yang dilihat terlalu banyak terpalit dengan dakwaan skandal dan rasuah serta amalan kronisme yang berlingkar sekitar beliau.

Barangkali Datuk Seri Ismail Sabri digerakkan oleh seseorang atau kumpulan tertentu untuk mengeluarkan kenyataan demikian sebagai tanda bermulanya persengketaan yang besar terhadap Presiden Umno dan sekutunya.