Sunday, May 20, 2012

Ambiga Pastinya Sudah Menyesal Sekarang....

Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.

Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunus berkata, mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. - BERNAMA

Polis Hanya Buru Peserta BERSIH 3.0 Sahaja..?

Sudah 3 minggu berlalu Bersih 3.0 dan kita masih belum dapat saksikan apa apa tindakan tegas keatas Ambiga, Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya...

Yang kita dengar ialah pihak PDRM sedang "buru" nak hambat peserta peserta Demo Haram Bersih 3.0. Gambar foto wajah mereka dah disebarkan mintak mereka serah diri.

Tapi yang jadi persoalan sekarang ialah kenapa Polis tak nak ambil tindakan pada Bapak dan Mak kepada peserta Bersih 3.0 ini..?

Kenapa pulak mereka boleh terlepas..? Bukankah mereka jadi kepala..? Banyak blogger dah tunjukkan bukti siapa yang bagi "isyarat" suruh rempuh halangan polis...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

"Sahaja Aku Solat Kerana Ambiga..?!

Banner BERSIH 3.0 dijadikan sejadah...

Terang terang kita tahu IMAM kepada Perhimpunan Bersih 3.0 adalah Ambiga. Tak kanlah kita buat buat lupa Ambiga adalah Ibu kepada isu menghalalkan kisah MURTAD Lina Joy..?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 19, 2012

BONGKAAR Sudah...! Wajib Baca Nie...

Manusia transparen, berintegriti dan bersih seperti Tunku Aziz pun DAP cuba sogok wang dan jawatan.

Tunku Aziz masuk DAP di atas faktor yang pada anggapannya DAP, adalah parti yang memiliki segala kriteria ini dan sebab itu beliau menjadi melayu terdidik pertama yang mengiktiraf DAP sebagai parti yang mampu mentadbir dengan amalan demokratik, integriti, transparen dan bersih dari rasuah serta profesional.

Akhirnya apabila terkena batang hidung sendiri barulah beliau tahu siapa DAP.

Tunku Aziz orangnya straight forward. Dalam tubuhnya tiada darah politik dan beliau tidak pandai main politik. Kemasukannya dalam DAP bukan di atas sebab politik sangat tapi lebih kepada sebab-sebab seperti yang disebut di atas.

Apabila beliau "terkena getah politik", barulah beliau sedar bahawa DAP hanyalah sebuah parti politik yang berkiblatkan kepada kuasa, wang dan kemasyuran.

Walaupun bunyinya rasis, tapi berani saya katakan suburnya budaya rasuah dan judi adalah berpunca dari komuniti perniagaan. Komuniti perniagaan adalah komuniti opportunist yang melihat setiap keadaan boleh dimanipulasi ke arah menambah ekuiti ekonomi.

Kebolehan ini ada pada kaum cina. Bagi kapitalis cina, rasuah dan judi adalah rukun penting kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Komuniti perniagaan cina sanggup menawarkan apa saja termasuk wang, amoi dan pelbagai in kind lain sebagai tukaran kepada kontrak dan projek.

Baca seterusnya..., klik SINI

Friday, May 18, 2012

Dewan Ulama PAS Mahu Muzakarah Tanpa Had Atau Syarat

Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, PAS dan Umno seharusnya mengenepikan isu politik kepartian sebaliknya meletakkan kepentingan ummah, Islam dan negara sebagai matlamat utama.

“Jangan…jangan…jangan letak apa-apa syarat. Muzakarah ini baik untuk kepentingan umat Islam. Nanti kalau letak syarat pasti hasrat nak bermuzakarah tak menjadi.

“Dewan Ulama menyokong penuh saranan Mursyidul Am agar kedua-dua parti ini bermuzakarah,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat ketika dihubungi berhubung isu terbaru muzakarah ini.

Kenyataan Harun dilihat bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menegaskan bahawa parti itu tidak mahu bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu kepentingan ummah, Islam dan negara.

Mustafa sebaliknya menegaskan bahawa tujuan muzakarah itu hanyalah untuk menjelaskan kepada Umno mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS tanpa membabitkan isu lain.

Mengulas lanjut Harun berkata Dewan ulama berharap PAS dan Umno berkompromi bagi memastikan muzakarah membabitkan kedua-dua parti itu berjalan lancar.

“Dua-dua parti perlu tolak ansur. Jadikan muzakarah ini sebagai tempat untuk berbincang apa sahaja demi kebaikan umat Islam,” katanya lagi.

Media pada Jumaat melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, parti itu bersedia menerima pelawaan PAS atas kesedaran pentingnya umat Islam perlu disatukan, yang kini dilihat sudah berpecah kerana perbezaan ideologi.

Kesedian Umno itu sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat – mstar

Ada Orang Cuba Pecah Masuk Pejabat Ambiga...

Kotak kawalan akses pejabat Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga yang dirongkah pagi tadi membangkitkan kecurigaan terdapat cubaan pecah masuk ke pejabatnya.

Menurut Ambiga, perkara itu disedari pada kira-kira jam 8 pagi tadi.

"Pekerja saya menyedarinya awal pagi dan sekarang sekarang laporan sedang dibuat di balai polis Jalan Travers (dekat Kuala Lumpur).

"Kami tidak pasti jika penceroboh (lari kerana) takut, bagaimana ia berlaku, atau jika ia berkaitan perkara lain," katanya sewaktu dihubungi.

Kejadian itu susulan dua demonstrasi oleh kumpulan anti-BERSIH di depan rumahnya di Bukit Damansara dekat Kuala Lumpur sejak himpunan BERSIH 3.0 berlangsung pada 28 April lalu.

Seorang Datuk Buat HAL Memalukan....!!

Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu.

Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.

Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadiumberkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.

Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.

"Pihak keselamatan stadium telah menasihatinya supaya segera meninggalkan padang tetapi Shah Rukh Khan sebaliknya cuba mencetuskan pergaduhan," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA) Nitin Dalal.

Menurut Dalal lagi, Shah Rukh Khan dan kumpulannya telah memasuki padang permainan sejam setengah selepas perlawanan tamat kerana ingin bermain kriket dengan kumpulannya itu.

"Para pegawai memaklumkan kepadanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian tetapi malangnya pelakon itu menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya malah menggunakan perkataan yang tidak wajardidengar," katanya.

Sehubungan itu, Dalal mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan memutuskan untukmengharamkan Shah Rukh daripada menghadiri sebarang perlawanan kriket di Stadium Wankhede pada masa hadapan.

"Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan dia memasuki stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.

Thursday, May 17, 2012

Sangat Merbahaya..! Nik Aziz Adalah POLITICAL ANIMAL....

Sebagai seorang yang beragama islam kita suka jika agama dan kaum kita kuat serta bersatu padu. Di Malaysia umat islam dah berpecah belah sejak tahun 1951. Puncanya kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar bagi merebut jawatan YDP Umno.

Bertitik tolak dari situlah tertubuhnya Pas dan Pas mendapat sokongan yang baik dari penjajah kerana mereka tidak mahu melihat melayu bersatu padu dibawah Umno kerana boleh menyusahkan kerja mereka. Dengan adanya Pas maka melayu akan berpecah belah.

Tertubuhnya Pas kerana dendam terhadap Umno , dan dendam itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Dimana ada Umno disitu akan ada Pas. Dimana ada Pas disitu masyarakat akan berpecah belah.

Kafir mengkafir , syurga neraka, sembahyang dua iman , memulau kenduri, tidak makan sembelihan, kerjasama dengan syaitan, doa pecah perut dan hinggalah ke tahap ada pasangan yang dinikahkan semula, semuanya Pas lakukan kerana dendam serta bencinya kepada Umno.

Kepala kepada segala pembencian Pas kepada Umno tidak lain tidak bukan adalah Nik Aziz.

Tahun 1973 Datuk Asri membawa Pas menyertai BN. Dalam tempoh Pas berada dalam BN Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO. Nik Aziz pada masa itu selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat antara yang mendesak supaya Datuk Asri lepaskan jawatan dalam Pas. Akhirnya Datuk Asri lepaskan juga jawatan YDP Pas pada 1982.

Nik Aziz sering mengatakan Pas serik untuk berkerjasama dengan BN atau Umno kerana pernah ditipu sebelum ini. Itu semua adalah pembohongan beliau.

Baca seterusnya...., klik SINI

Video Klip Rosmah Nyanyi Lagu Wonder Girls... Nobody Nobody But You...!!



Masa Depan Politik Datuk Seri Shafie Apdal Semakin Pudar....!!

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.


Noor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar, kiri) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga Naib Presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut.

Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Zahida dan tweet kepada Shafie bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, setakat berita ini dikemaskini, Malaysiakini masih belum menerima sebarang jawapan.

Abdul Rahim Sabri - Malaysiakini

Wednesday, May 16, 2012

Durian Runtuh FELDA Sepatutnya Antara RM25,000 Hingga RM50,000

Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh PM Datuk Seri Najib berkenaan durian runtuh Felda, saya cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda.

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion.

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga.

Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada la kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818.

Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000.'

Walaupun begitu, saya merasakan PM DS Najib tak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu 'digelapkan' oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka.

Terima kasih.

MRR, Anak Peneroka Felda - Klik SINI

Tarikh PRU 13 Selepas FGVH Tersenarai..! Tontoni Wawancara Najib Di Luar Negara Semalam....



Anwar Akan HALANG Sebaran Video Klip Ini...! Kita Lawan.., Jom Kita SEBAARKAANN....!!

Cepat Tonton Video Klip Panaas..., Klik SINI

Tuesday, May 15, 2012

Bubar Sajalah Majlis Fatwa...!!

MAJLIS Fatwa Kebangsaan ini sepatutnya menjawab kepada Yang Dipertuan Agung – itu yang sepatutnya. Kalau pun keputusannya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, itu memang dah patut, sebab dia takdak kena mengena dengan politik.

Masalah datang bila, ahli politik yang diketahui berpihak dan tidak bebas ini masuk campur dalam urusan fatwa, rakyat semua jadi celaru dan keliru. Sementara tuduhan kata UMNO masuk campur dalam keputusan Majlis Fatwa berhubung pengharaman Bersih 3.0 tidak terbukti, yang puak-puak pembangkang dah jelas mempertikaikan keputusan tersebut berasaskan faham-faham masing-masing.

Sehinggakan Anwar yang kaki zina dan liwat jantan itu pun nak persoal Fatwa juga!!!

Kelakar, kelakar. Macam mana kaki betina, kaki jantan (ada video dan keputusan mahkamah yang mengesahkan) ni boleh tergerak hatinya untuk mengulas soal Fatwa. Fatwa, untuk apa sekalipun hanya layak disebut oleh orang yang ada latar belakang agama dan merdeka (bebas dari sebarang pengaruh).

Lagipun dalam fahaman Zionis yang didukung Anwar, ada ke soal fatwa ini semua?

Dalam soal Bersih ini, kalau dah tunggang terbalik hadangan polis, kereta polis dan sebagainya tu, takkan nak kata rusuhan itu halal dan dibolehkan pulak? Soal Yusof Qardhawi nak cakap apa, itu soal lain. Fatwanya mengenai demonstrasi Dataran Tahrir itu adalah sesuai dengan keadaan di Mesir.

Kita disini ada ke masalah macam itu?

Sebab itu Majlis Fatwa Kebangsaan diwujudkan di Malaysia ini sebab hanya ulama sini saja yang tahu keadaan dan situasi disini. Kalau rasa Yusof Qardhawi saja layak bagi fatwa, maka kenapa PAS tak ambik Yusof Tantawi saja jadi Mursyidul Am, terajang mayat hidup nama Nik Aziz tu ke jalan.

Skrip dan plot sama setiap kali dapat dilihat bila bercakap tentang fatwa ataupun kenyataan mufti yang tidak selari dengan pendirian politik Pakatan haram. Itu nasib baik, DAP pun tidak tumpang semangkuk, kalau tidak mahu juga surah Al- Aura keluar.

Kalau ada pendapat mufti yang berkenan di hati Nik Aziz tu kang, maka berkoyan-koyanlah pujian dan hamburan kata-kata manis terhadap Mufti tersebut. Masa tu tak teringatlah dengan Yusof Qardhawi.

Tapi cuba kalau bertentangan kang, tak cukup-cukup keji dan nista dilemparkan. Macamlah masing-masing berilmu sangat.

Hairannya, di Kedah, negeri yang diperintah PAS, ada undang-undang yang melarang sesiapa pun mempertikaikan Fatwa yang dikeluarkan Mufti (kecuali di Mahkamah). Di luar Kedah sekarang, berduyun-duyun penyokong PAS, termasuk sibangka Nik Aziz, gasak mempertikaikan fatwa berhubung Bersih.

Itu macam mana cerita tu. Parti yang sama, diketuai Tuk Guru Bangka itu juga tapi boleh cerita sana lain sini lain. Politik, macam inilah, ikut suka perut aje nak cakap macam mana.

myKMU.net