Thursday, February 9, 2012

WOW..!! Yb Shuhaimi Sri Muda Kutip Duit Pasir Untuk Azmin Ali...?

Pada 23hb Mei 2009, lebih kurang jam 5 petang, satu mesyuarat telah diadakan antara Kontraktor Pasir “Sand Contractor” (selepas ini dirujuk sebagai 'SC') dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Yb Mat Shuhaimi Shafiei di Hotel Sunway di Seberang Prai, Pulau Pinang. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan perlombongan pasir…..

Yb Shuhaimi meminta SC untuk mengemukakan permohonan untuk melombong pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan satu salinan kepada beliau (Shuhaimi). Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang terlibat dalam perlombongan dan penjualan pasir di Selangor.

Pada 2 Julai 2009, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat Yb Shuhaimi di mana beliau telah mengarahkan SC untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Double Dignity (M) Sdn Bhd (syarikat nombor 308078W).

Para Pengarah syarikat adalah

1. Adnan Bin Abd Mokhtar (IC number 691119-10-5105)
2. Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli (IC number 751115-08-5026)
3. Marzaniyah Binti Arshad (IC number 721127-08-5444)
4. Mat Shuhaimi Bin Shafiei (IC number 680227-08-5275)
5. Amirudin Bin Shari (IC number 800208-01-6059)

Satu perkara yang penting untuk diperhatikan adalah bahawa Yb Shuhaimi dan Yb Amirudin kedua-dua mereka telah didaftarkan sebagai Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, 18 Januari 2010. Lihat salinan Borang 49 dari Pendaftar Syarikat….

Elaun bulanan sebagai Pengarah untuk Yb Shuhaimi dan seorang lagi Adun iaitu wakil rakyat Batu Caves, Yb Amirudin Shari telah dipersetujui dengan bayaran RM5, 000 sebulan….!

Pada 18hb Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd, mengemukakan permohonan untuk melombong pasir di Dengkil, Sepang, Selangor, kawasannya pula seluas 45 ekar.

Surat tersebut telah diberikan sesalinan cc copy kepada Yb Shuhaimi dan Yb Amirudin Shari. Amirudin menyokong permohonan itu dan menandatangani 'surat sokongan'. (Lihat surat di bawah).

Berikut adalah maklumat mengenai apa yang berlaku sebelum 18hb Januari 2010;

Pada 15 Ogos 2009, sekitar jam 10 pagi, Yb Shuhaimi menghubungi SC dan meminta wang sebanyak RM3,000 secara tunai sebagai dana kempen pilihan raya. Pada 2.30 petang pada keesokan harinya, SC pergi kepada ke pejabat Shuhaimi untuk menyerahkan wang tunai tersebut….

25 Ogos 2009 sekitar jam 10;30 pagi, SC telah menyerahkan RM2,000 secara tunai kepada Yb Shuhaimi. Tempat pertemuan telah diadakan di bilik 1514 View Hotel Mutiara di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Pada 9 September 2009, Yb Shuhaimi menghubungi SC dan meminta wang berjumlah RM35,000 sebagai “Perbelanjaan Ramadhan…”. Pada keesokkan malamnya, lebih kurang jam 11;35 malam, mereka bertemu di Restoran Nasi Kandar dalam USJ12 di mana SC menyerahkan tunai kepada Yb Shuhaimi… Wang ini adalah bayaran untuk Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kelulusan daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd diatas permohonan kerja kerja melombong pasir di Selangor…! Shuhaimi memaklumkan kepada pihak SC bahawa mereka perlu membayar “orang-orang dalam” Kumpulan Semesta.

Pada 16hb September 2009, Yb Shuhaimi menghubungi SC dan memberitahu bahawa dia mahu menganjurkan 'Majlis Berbuka Puasa'. Shuhaimi mahu pihak SC “menganjurkan”, dan sudah tentu, semua kos akan ditanggung oleh pihak SC….. Yb Shuhaimi juga bertanyakan mengenai elaun bulanan RM5, 000 beliau sebagai Pengarah Syarikat.

Pada 17 September 2009, Majlis Berbuka Puasa tersebut telah diadakan di Coffee House Legend Hotel di Kuala Lumpur. Pada malam itu juga sekitar jam 8:45 malam, pihak SC membayar dan menjelaskan elaun bulanan Yb Shuhaimi dan Yb Amirudin Shari sebagai Pengarah syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Beberapa hari kemudian, Shuhaimi menghubungi SC dan meminta wang sebanyak RM10,000 untuk membayar kos 'Jamuan Hari Raya'. Pada 30hb September 2009, SC telah bertemu dengan Yb Shuhaimi di pusat membeli belah Jaya Jusco di Kelang untuk menyerahkan wang tersebut…

Pada 5 Januari 2010, Yb Shuhaimi menghubungi SC dan meminta wang berjumlah RM50,000. Kali ini jumlah itu tidak dibayar dalam bentuk wang tunai seperti yang pernah dilakukan sebelum ini…, tetapi telah dibayar terus ke akaun bank Syarikat AL Norash Enterprise (Nombor Akaun 100070023904) di Affin Bank di Kelang. Transaksi itu telah dibuat pada 11 Januari 2010 (lihat bawah).

Norash Enterprise adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ashmali Bin Osman dan isterinya, Norlela Binti Ahmad, kawan-kawan rapat Yb Shuhaimi….

RM10,000 telah diambil keluar secara tunai, RM12, 500 telah dibayar kepada Farahsyamsyawati Bt Sulaiman (nombor cek jurubank 0070210000117), dan RM27,500 telah dibayar kepada Smart Renovatons Sdn Bhd (nombor cek jurubank 0070210000118) atas arahan Yb Shuhaimi.



Berikut adalah perbualan telefon yang telah dirakam curi [tapped telephone conversation] diantara Yb Shuhaimi (nombor telefon 019-6185239) dan SC (nombor telefon 019-3958888) pada 6 Januari 2010.

SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?

Yb Shuhaimi: Dalam minggu depan ye…

SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…

Yb Shuhaimi: Okay…

SC: Lepas tu takde masalah lah…

Yb Shuhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?

SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…

Yb Shuhaimi: Berapa besar tanah tu?

SC: Dia 100 lebih ekar…

Yb Shuhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…

SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.

FuuyoOOO…!! Kena bincang dengan Azmin Ali..?

Baca seterusnya…, klik SINI

SAH..! Konfirm Yang Kena Tahan Di Batam Memang Pakwe Elizabeth Wong....

Polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia, Jumaat lalu, merupakan lelaki diburu pasukan itu sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malek bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya telah menerima pengesahan identiti lelaki itu daripada pihak berkuasa negara jiran tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun lelaki tersebut pada masa ini masih disiasat Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung kesalahan dilakukan di negara itu.

"Pihak berkuasa Indonesia meminta sedikit masa untuk melengkapkan siasatan mengikut prosedur dan dakwaan yang dikemukakan terhadap lelaki tersebut.

"Kita bagaimanapun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran itu untuk pengesahan bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Chin Wah, lelaki tersebut dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk membantu siasatan kes melibatkan Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Kenyataan tersebut mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang menyiarkan berita berhubung penahanan seorang lelaki yang mendakwa sebagai anggota PKR.

Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.

Imigresen Batam pula dilaporkan memberitahu media bahawa Azmin yang menyatakan dia adalah anggota PKR telah memasuki Indonesia atas saranan keluarga dan parti tersebut, dengan menggunakan pasport Malaysia melalui pelabuhan Tanjung Balai di Karimun pada 15 Februari 2009.

Dia dikatakan memberitahu pegawai penyiasatan bahawa dia telah menjelajah ke serata Indonesia, melawat Pekan Baru, Jakarta selain tinggal di Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa melebihi 30 hari tempoh visanya.

Wednesday, February 8, 2012

Jabatan Kebajikan Masyarakat Buat Malu Jer Laaa...

Wanita Pkr Ketagihan Makan Ayam Hidup untuk Menghilangkan Stress Nak Dekat Pilihanraya Ke 13....

Seorang wanita memiliki kebiasaan aneh untuk menghilangkan stress sekaligus memenuhi hasrat laparnya; dia akan makan ayam hidup-hidup.

Warga Dusun Jangan Asem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabo, Sidoarjo, dihebohkan dengan seorang perempuan yang mempunyai hobi aneh. Keanehan yang dimiliki oleh Miskaulah (38) tersebut adalah makan daging ayam dan ular hidup-hidup. Selain itu darah dari binatang tersebut juga diminumnya.

Pertama kali hobi tersebut diketahui, ketika seorang ibu dua anak tersebut datang berkunjung ke rumah sahabatnya di Pasuruan, Jumat (10/6/2011). Tidak diduga sebelumnya, tiba-tiba ia meminta seekor ayam hidup kepada tuan rumah.

Ayam tersebut tidak dipelihara, melainkan ayam tersebut dimakan mentah-mentah. Bahkan tanpa rasa jijik, darah segar yang keluar dari ayam tersebut pun diminumnya.

Ketika Miskaulah menyantap ayam mentah tersebut, terlihat sangatlah lahap. Awal mulanya ayam hidup tersebut ia gigit di bagian lehernya hingga mati. Kemudian tanpa ragu ibu dua anak tersebut mencabuti bulu dan menguliti ayam dengan giginya. Setelah bersih, daging ayam segar tersebut dimakannya dengan lahap.

Berdasarkan pengakuan dari seorang ibu tersebut, hobi yang aneh itu telah dilakukannya sejak duduk dibangku kelas 4 SD. “Saat itu saya sering ikut bapak ke sawah untuk membuat batu bata. Karena sering merasa lapar saat di sawah, saya mencari ikan, kalajengking, jangkrik dan yuyu. Saya langsung memakannya,” kata Miskaulah usai memakan ayam.

Sehingga adanya kebiasaan tersebut berlanjut hingga kini ia dewasa. Kebiasaannya makan ayam dan ular hidup tersebut, kini sudah menjadi hobinya. Bahkan ia pun mengakui kalau sehari tidak makan ayam maupun ular mentah, badannya akan terasa meriang (demam) dan lemas.

Dengan melakukan terapi, kini ini ia berusaha untuk menghentikan perilakunya yang aneh tersebut. Dahulu sebelum melakukan terapi, setiap hari bisa 3-5 ekor ayam mentah yang dimakannya. Namun setelah melakukan terapi kini hanya 1-2 ekor setiap harinya. Kini berat badan perempuan tersebut mencapai 101 kg.

Berita terakhir di TransTV mengisahkan wanita ini sedang mencoba untuk mengalihkan hobi makan ayam hidup dengan menggigit buah kelapa, hingga bersih dari seratnya. Tentunya ini bisa lebih bermanfaat, kan bisa dijual…

Tuesday, February 7, 2012

Bila Pkr Nak Pecat Yb Elizabeth Wong Dari Jawatan Exco..?

LG nak tanya satu soalan bonus..!

Pakatan Pembangkang bukan main bersungguh-sungguh pecat Yb Dato Dr Hasan Ali walaupun bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dah buat yang terbaik melaksanakan "Amal Makruf Nahi Mungkar.."

Nampak tak double standard yang begitu jelas..? Ada pemimpin dipecat kerana menjadi penghalang kepada semua aktiviti maksiat anjuran Dap.

Sekarang nie timbul balik kisah Elizabeth Wong bila tersiar berita seorang anak muda melayu bernama Azmin Heli ditangkap pihak berkuasa Indonesia. Kesalahannya ialah memalsukan dokumen dan identiti... Yang buat berita ni jadik gempak sebab lelaki yang kena tahan ini pulak ada kaitan dengan Pkr..!

Haaa..! Terus nama bekas kekasih Elizabeth Wong yang pernah "hilang" sampai ke hari ini, Hilmi Malek jadi isu panas..

Apa tindakan MB Tan Sri Khalid nak buat..? Tak nak pecat ker..?

Polis Malaysia Sahkan Pakwe Yb Elizabeth Wong Ditahan Di Indonesia


Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.

Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan.

Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.

Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.

"Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.

"Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.

Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.

Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.

Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.

Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya.

Boleh Percayer Ker Tan Sri Khalid Akan Siasat...??

Kerajaan negeri Selangor memandang serius berita penahanan seorang lelaki negara ini oleh pihak berkuasa Indonesia yang didakwa bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah pihak kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan susulan sekiranya lelaki berkenaan ada hubung kait dengan individu yang menjadi buruan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri Selangor itu di Internet pada 2009.

"Kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," kata Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan di sini, Isnin.

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.

Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.

Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia ini mengaku dibiayai keluarganya di negara ini dan PKR sepanjang berada di negara itu.

Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.

Bagaimanapun Hilmi gagal dikesan pihak berkuasa walaupun waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak polis.

Gambar separuh bogel itu dikata dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di sofa kediamannya.

Bagaimanapun selepas terbongkar kontroversi itu, Hilmi dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang, dekat sini.

Monday, February 6, 2012

Mulot Anwar Ibrahim Bau Longkang Kot..., Tutup Lagi Bagus...!

Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.

"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.

"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menurut Fathul Bari, Islam tidak pernah memberi pengiktirafan kepada agama Yahudi dengan menyatakan sokongan mahupun melakukan perkara yang menggembirakan mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', beliau menjelaskan, ia adalah selaras dengan konsep kebaikan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini perlu bermuhasabah tentang kepentingan untuk bersatu padu.

"Tambahan pula dalam negara kita telah wujud manusia yang cuba memecahbelahkan umat Islam di kalangan mereka sendiri. Maka kita perlu mengorak langkah untuk bersatu padu kembali," ujarnya.

Sunday, February 5, 2012

Bye Bye Pas...!!

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengambil keputusan muktamad untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan selepas beliau dipecat sebagai ahli parti dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Januari lalu.

Ujarnya, perkara itu diputuskan selepas beliau mengambil kira setiap pandangan daripada ulama sama ada di dalam atau di luar Pas, golongan profesional, ahli akademik, ahli biasa serta setelah melakukan istikharah.

Katanya, keputusan tersebut juga berkait rapat dengan cara pemecatannya oleh Pas yang disifatkannya sebagai paling autokratik dan paling tidak demokratik walaupun tempoh rayuan masih berbaki tiga hari lagi iaitu pada 7 Februari ini.

''Pimpinan tertinggi Pas telah membuat keputusan untuk memecat saya tanpa mengikut prosedur lazim yang digunakan oleh mana-mana pertubuhan politik termasuk Pas yang sepatutnya menjunjung syariat Allah SWT, antaranya memberi peluang serta ruang untuk membela diri.

''(Namun) mereka membuat keputusan secara arbitrari, berhujah dan mendengar daripada satu pihak sahaja. Tindakan yang diambil begitu tergesa-gesa termasuk menggugurkan saya sebagai Exco kerajaan negeri yang mana Setiausaha Agung Pas meminta ia dibuat secara serta-merta,'' katanya dalam satu sidang media di kediamannya dekat sini, hari ini.

Pengumuman yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Pas itu menamatkan segala teka-teki sama ada beliau mahu mengemukakan rayuan atau sebaliknya selepas dipecat oleh parti bulan lalu.

Pada 8 Januari lalu, Hasan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor telah dipecat sebagai ahli Pas kerana didakwa tindakan-tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Hasan berkata, secara asasnya terdapat sembilan sebab utama keputusan muktamad itu dibuat, antaranya peranan parasit yang begitu menonjol di dalam parti sehingga kepimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia.

''Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan yang dikenakan terhadap saya.

''Saya masih berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan segala-gala yang melibatkan saya telah selesai dalam pertemuan mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember tahun lalu,'' ujarnya.

Hasan berkata, antara sebab lain beliau enggan mengemukakan rayuan adalah kerana perjuangan Pas yang telah terkeluar daripada landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama, persaudaraan dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan dalam parti.

''Saya juga kerap kali mencadangkan agar Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang. Ini berikutan pendekatan 'akomodatif' yang diambil oleh parasit di dalam Pas telah membuatkan dasar parti terpaksa dikorbankan untuk menjaga dua rakan sekutu (DAP dan PKR),'' katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Hasan menegaskan program jelajah yang dilakukan ketika ini tiada kaitan dengan UMNO, sebaliknya ia dianjurkan oleh badan-badan sukarela dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''NGO-NGO tersebut dengan sukarela menganjurkan program-program tersebut kerana ia bertepatan dengan aspirasi dan cita rasa sebilangan besar rakyat negara ini.

''Setakat ini sambutan yang diberikan sama sekali di luar jangkaan. Rakyat pelbagai golongan membanjiri majlis-majlis diadakan. Di Bakri, Muar malam tadi dianggarkan 8,000 orang yang hadir.

Di Bukit Gantang, Perak sebelum ini, katanya, 8,000 rakyat yang hadir manakala secara purata jumlah kehadiran di dalam majlis serupa di beberapa kawasan di Selangor adalah antara 2,500 hingga 4,000 orang.

Ku Li Akan Lead Umno Kelantan Untuk PRU Ke 13...?

Umno Kelantan akan meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Pasir Puteh hari ini.

Mengulas kehadiran Tengku Razaleigh (kiri) dalam mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata ia memberi impak dan semangat kepada ahli Umno untuk bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

Beliau berkata Umno Kelantan akan menjadikan amanat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan dua hari lalu sebagai perangsang untuk terus melipatgandakan usaha menawan Kelantan.

"Saya ada berbincang dengan timbalan perdana menteri tentang beberapa perkara seperti sokongan golongan muda yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan-kawasan tertentu," kata Mustapa.

Beliau berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno ketika ini.

"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan timbalan perdana menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Mengulas desakan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Mustapa berkata Umno Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan parti lain.

"Terpulanglah kepada Nik Abdul Aziz membuat pendirian berdasarkan tahap kesihatannya yang pastinya akan dinilai rakyat," katanya.

Sementara itu, Mustapa berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah banyak berjasa kepada rakyat dalam usaha membantu golongan Bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang termasuk melahirkan usahawan baru.

- Bernama

Salam Maulidur Rasul Dari Blog LG...

Saturday, February 4, 2012

Haa.. haa...!! Jarum DAP Cucuk Anwar Ibrahim Tak Cukup Kuat Laa.....

PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan raya Umum ke-13 sama ada di peringkat Dun atau Parlimen dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari di Pejabat Agung PAS.

“Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.

“Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke-13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS, katanya bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

Beliau menambah, walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden PAS terus menerajui PR.

Semua Pemimpin Pas Menunggu Acara Petang Ini...

Persoalan sama ada bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan merayu untuk kebali kepada PAS atau sebaliknya akan terjawab hari ini menerusi sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur.

Penjelasan mengenai keputusannya itu bakal menentukan kedudukannya selepas ini sama ada mahu terus kekal dalam PAS atau bergerak aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan ditubuhkannya yang dikenali sebagai 'Jati'.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk mengemukakan rayuan terhadap Majlis Syura yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun sehingga Selasa lalu, Hasan mengesahkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang pertuduhan ke atasnya berhubung pemecatannya itu.

Malah beliau turut mengesahkan tidak pernah diberi peluang untuk membela diri

Friday, February 3, 2012

Rafizi Masih Belum Puas Dengan Shahrizat....!

PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut, Rabu depan, adalah mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga menteri tersebut.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation - syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National.

"Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu... Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, PKR akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan.

Shahrizat bercuti tiga minggu, berakhir minggu ini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal itu.